CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suria FM Tamat Kontrak Dengan Shahrol Shiro Sebab Selalu Ponteng Dan Ingkar Arahan?

23-1-2019 12:46 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 24986| Komen: 122|Original author: Oleh: LilRose

Eh, eh? Shahrol dari kumpulan pelawak Shiro banyak masalah disiplin sampai ditamatkan kontraknya sebagai penyampai radio Suria FM.

Macam susah dipercayai kerana dia dan pasangannya, Ajak baru saja diumumkan sebagai juara dalam program Maharaja Lawak Mega 2018.



Kredit foto: IG Shahrol

Menurut mStar, Kumpulan Radio Star (SRG) terpaksa mengambil tindakan drastik menamatkan kontraknya kerana mempamerkan masalah disiplin yang teruk.

"Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun, tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2019 yang mana kurang enam bulan dia berkhidmat di stesen radio ini.

Selain prestasi kerja Shahrol kurang memuaskan, dia juga ingkar perintah dan melanggar peraturan serta garis panduan kerja ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit (MC) tanpa mengemukakan sijil pegawai perubatan serta tidak menghadirkan diri ke acara yang dianjurkan Suria," jelas kenyataan daripada pihak pengurusan stesen berkenaan.



Sebelum itu, selepas kemenangannya di MLM2018, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menjelaskan dalam sidang media bahawa dia tidak akan menyambung kontrak selepas enam bulan bekerja dengan Suria menerusi segmen Team Pagi Suria bersama Issey dan Fizi Ali yang disertainya sejak 1 Ogos tahun lepas.

"Kami tidak membuat hebahan awal tentang penamatan kontrak Shahrol kerana tidak mahu fokusnya dalam MLM2018 terganggu.

"Hari ini (Selasa) adalah masa paling sesuai untuk membuat pengumuman tersebut," tambah kenyataan itu.



Selepas berkhidmat selama hanya tiga bulan bersama Suria pada 2017, Shahrol menyertai Best FM di Johor sebelum ditawarkan untuk kembali kepada Suria tahun lalu.

Alahai Shahrol, baru dipuji-puji tapi rupanya buat perangai di belakang ya? - CARI
9

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 23-1-2019 01:29 PM
Patut la tak dengor dah dia dalam Suria.. ingat kan sebab dia curi MLM tapi ajak steady jer... elok la tu.. Ise ngan Fizi dah boleh cover...
Quote rainbowrainz 23-1-2019 01:42 PM
Pedehalllll
Quote kecikgurl 23-1-2019 02:19 PM
dah la xbest..perasan kelaka..elok la tu
Quote NmeeraR 23-1-2019 02:36 PM
Alahai... tak disiplin ke?
Quote bajusejuk 23-1-2019 02:46 PM
kelakar sgt ke smpai leh jd juara?
Quote Jajabeans 23-1-2019 03:01 PM
buragazz replied at 23-1-2019 01:29 PM
Patut la tak dengor dah dia dalam Suria.. ingat kan sebab dia curi MLM tapi ajak steady jer... elok  ...

Haha kan. Aku pun pelik npe dh xdgr suara dia igt bz rehearsel MLM. Dh suria pun mcm xde org lain nk pggil buat dj. Mmg bad record kan dia ni tu yg lompat2 radio.
Quote pavlovachoc 23-1-2019 03:02 PM
padan la muke si dj lin tu .. .. mcm xde org lain lak .. ,mse kt best fm pun dia kejap je
Quote Megikari 23-1-2019 03:06 PM
Takde dia pun takpe... Issey tu pun jauh lagi best walaupun mula2 dulu kena kutuk. Shahrol ni buat lawak tak kelakar, mencacatkan segmen je
Quote AshkieLa 23-1-2019 03:16 PM
Dalam maharajalawak mega.. sebok nasihatkan orang...
tapi disiplin diri sendiri ke laut. Elok laa tuh...

Dia ni jenis tak boleh stick satu2 keje lama2 ni.. cepat bosan tapi nak ade duit.
Kira macam takde duit baru gigih kerja, dah ade duit takmo kerja sampai duit habis baru cari kerja balik... begitulaa sampai abg jamil mampos..
Quote Burong_Hantuk 23-1-2019 03:23 PM
maap,sya x pernah minat stok stok busok nih
Quote Parit.Hilton 23-1-2019 03:26 PM
dah agak dah!

padan muka DJ Lin.

dia  yg beria nak amik mamat ni kan? rasakan lo
Quote Y-Nots! 23-1-2019 03:41 PM
Shahrol ni dah tak relevant jadi pelawak lah
Quote chicozinn 23-1-2019 04:02 PM
Parit.Hilton replied at 23-1-2019 03:26 PM
dah agak dah!

padan muka DJ Lin.

ni bukan kat thread dulu yg chuollss ckap dia mmg ade masalah disiplin kan??

camne la leh menang MLM cm kemenangan terancang lak sbab bocey n zero da penah jadi juara..si taman lgsung xkelakar tpi patutnya Puteh jadi juara tapi tu la bak kata Remi Mamak, Puteh ni group underdog
Quote laksmanabentan 23-1-2019 04:07 PM
chicozinn replied at 23-1-2019 04:02 PM
ni bukan kat thread dulu yg chuollss ckap dia mmg ade masalah disiplin kan??

camne la leh menan ...

kan patutnya Puteh la juara kan..
tempat kedua Taman...
baru ler sesuai dengan level maharaja lawak gitu kan...
Quote SuriNate 23-1-2019 04:09 PM
chicozinn replied at 23-1-2019 04:02 PM
ni bukan kat thread dulu yg chuollss ckap dia mmg ade masalah disiplin kan??

camne la leh menan ...

Puteh lawak and boleh tengok dia orang memang try sungguh2 nak menang.. Taman ok lah and after Tauke ada isu dengan wife dia nampak dia tak bersemangat... Shiro hurrmm
Quote SuriNate 23-1-2019 04:10 PM
laksmanabentan replied at 23-1-2019 04:07 PM
kan patutnya Puteh la juara kan..
tempat kedua Taman...
baru ler sesuai dengan level maharaja la ...

Kalau tengok performance malam tu Puteh mcm tak patut dpt no 4 ..they deserve better kan...
Quote chicozinn 23-1-2019 04:13 PM
laksmanabentan replied at 23-1-2019 04:07 PM
kan patutnya Puteh la juara kan..
tempat kedua Taman...
baru ler sesuai dengan level maharaja la ...

shiro lagi xdeserve dpt juara..lawak recycle da boleh agak..tapi tu la ramai xtau masalah si sharol ni..agak2 kalu netizen tau xkan la dorang nk undi tiktok si shiro..wat lawak pekik2 siyes xbez yachh..soooo yesterday
Quote chicozinn 23-1-2019 04:14 PM
SuriNate replied at 23-1-2019 04:09 PM
Puteh lawak and boleh tengok dia orang memang try sungguh2 nak menang.. Taman ok lah and after Tau ...

tu la..aku bukan karats PUTEH sbab aku tgok MLM 2018 pun time semi n final je..tapi kalu si remi mamak leh wat SO for the 1st time sepanjang jadi juri kat Puteh ko ghaser level lawak dorang bese2 ke hape?
Quote makton 23-1-2019 04:15 PM
apa yg best mamat ni? elok la diberhentikan klu masalah disiplin

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064656 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top