Mungkin umum maklum tentang kontroversi yang dicetuskan chef terkenal seantero dunia baru-baru ini. Walaupun sering menjadi bahan kecaman netizen, namun Chef Wan sebenarnya telah banyak menyumbang kepada negara sama ada dari segi dunia masakan, hiburan mahupun pengacaraan. Jom kita kenali pemilik nama Redzuawan Ismail ini. Chef Wan dilahirkan di Singapura, pada tahun 1958, setahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Merupakan anak sulung kepada 7 orang adik beradik, bapa Chef Wan adalah seorang askar dalam Tuntera Udara Diraja Malaysia manakala ibunya adalah seorang suri rumah yang berasal dari Singapura. Ketika Chef Wan berusia 3 tahun, beliau bersama keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura kerana urusan kerja ayahandanya. Usia remaja Chef Wan digunakan sebaiknya dengan pencapaian cemerlang dalam SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan perakaunan. Setelah menggenggam diploma perakaunan, Chef Wan tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian tersebut, dan kemudian pada tahun 1979, beliau meneruskan lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia. Pencapaian Chef Wan hari ini adalah hasil daripada pengalaman beliau selama beberapa tahun menimba ilmu masakan di luar negara. Selain daripada menjadi pelajar pertama bertugas sambil belajar di hotel terkemuka Paris, masakannya juga digemari hartawan terkenal dari Hawaii, dan dilantik menjadi tukang masak dan perancang makanan untuk kebanyakan acara yang dianjurkan hartawan tersebut. Dengan kepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang masakan, Chef Wan telah dianugaerahkan Profesor Adjung yang memberikan gelaran Datuk (Dr.) Redzuawan Ismail. Kini, seteah menerbitkan banyak siri buku masakan, nama Chef Wan terus kekal sebagai jaguh masakan tanah air. Dengan sedikit sebanyak latar belakang ini, semoga lebih ramai lagi chef muda yang menjadikan Chef Wan sebagai insprasi dalam bidang masakan serta melahirkan lebih ramai pelapis. - CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mawar_mustika replied at 24-1-2019 12:34 PM
pernah tgk 1 rancangan pertandingan masakan ape tah tp internationallh kut sbb contestant die dr byk ...
boboiyot replied at 24-1-2019 02:04 PM
Satu je bahasa tu cerminan diri. Takde istilah mulut jahat hati baik......
ADVERTISEMENT