CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari Kelantan Ke Kedah, Ibu Bapa Hanya Ada RM100 Nak Lawat Anak Pecah Usus

23-1-2019 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7436| Komen: 70|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penoreh getah hanya mempunyai RM100 yang diebrikan seorang rakan untuk menampung kos perjalanan dari Kuala Krai Kelantan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


Ab Rahim Ab Rahman,64 dan isterinya Che Siti Zabidah Ismail, 51 ke sana selepas dimaklumkan anak perempuan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Foto: mStar Online
mStar Online melaporkan, Siti Zulaihah, 22 mengalami pecah usus akibat melambung ke udara ketika membonceng motiosikal yang ditunggan oleh rakannya ketika pulang menyambut tahun baharu bersama keluarga.

"Anak makcik melambung dan perutnya terhentak ke atas pembahagi jalan."

Susulan tidak mempunya wang sewaktu melawat anak mereka, pasangan terbabit terpaksa bermalam dalam kereta.


Foto: mStar Online
"Selepas mengetahui kami berdua tidur dalam kereta, syukur ada kawan suami yang bantu sewakan bilik di depan hospital pada harga RM50 satu malam.

Tambahnya, mereka kehilangan punca pendapatan kerana tidak boleh keluar menoreh getah sejak memasuki musim hujan November lalu.

Zulaihah terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar Kedah.

Ketika dia dibawa ambulans untuk ke hospital, ibu bapanya mengekori dengan menaiki kereta.

Malangnya kereta tersebut rosak di tengah jalan dan kos membaikinya berjumlah RM390.

Foto: mStar Online
"Tal tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara mara.

"Nanti bila cuaca dah baik, kami akan cuba bayar semula wang yang dipinjam.

Ibu kepada lapan anak ini menyatakan kadang-kadang dia mengalas perut dengan makan hidangan hospital yang disediakan untuk anak perempuannya itu.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan dengan menghubungi Ab Rahim, 0179402754. -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 23-1-2019 06:27 PM
kesiannyyaaaa pakcik n makcik
moga Allah permudahkan dan anaknya cepat sembuh
Quote EvieWanKenobi 23-1-2019 06:41 PM
semoga diberikan ketabahan buat
mokcik pokcik sekeluarga..
Quote JohnDeSouza 23-1-2019 06:42 PM
mintak no akaun
Quote monsterwife 23-1-2019 06:44 PM
Kesian... Harap anak mereka cepat sembuh.
Quote Bedah.Cun 23-1-2019 06:49 PM
Mulakan dana segera bantu keluarga ini, cepat hoiii!!!!
Quote melnanzz 23-1-2019 06:54 PM
Aduhai... apasal mata ni masuk habuk hari ni....
Quote cikanggun 23-1-2019 06:56 PM
Sedihnyaaaaaa
Quote tumpanglalu74 23-1-2019 07:03 PM
Saje nak membawang.  Nampak bahagia makcik pakcik ni..  
Quote armin 23-1-2019 07:04 PM
Kesiannya. Dah la ramai tanggungan ada 8 anak
Quote OttoVonBismark 23-1-2019 07:06 PM

kan dah bagi no telepon tu. telepon laaa mintak.
Quote OttoVonBismark 23-1-2019 07:07 PM
melnanzz replied at 23-1-2019 06:54 PM
Aduhai... apasal mata ni masuk habuk hari ni....

kotornya tempat ko berteduh.
Quote OttoVonBismark 23-1-2019 07:07 PM
tumpanglalu74 replied at 23-1-2019 07:03 PM
Saje nak membawang.  Nampak bahagia makcik pakcik ni..

walaupon duet tak ada, hati tetap hepi kan..... bukan macam kita yg tak ada duet bercerai berai
Quote cmf_premierleag 23-1-2019 07:14 PM
kesiannya
semoga Tuhan permudahkan urusan mereka.
Quote multinicky 23-1-2019 07:19 PM
Moga Allah permudahkan urusan pak cik n mak cik sekeluarga..
Quote adila39 23-1-2019 07:21 PM
allahu... xde account no terus ke
Quote swayne 23-1-2019 07:26 PM
Takde sesiapa ke yang dah contact and dapat no acc?
Quote fahima80 23-1-2019 07:29 PM
Siapa yang dah dapat no akaun couple ni mohon share di sini ye. Tq
Quote felinecat 23-1-2019 07:34 PM
alahai sedihnya. mesti parents risau. dlu aku sugery aku xbgtau parents sbb takut depa risau dtg jauh2 nak melawat, aku rasa akj bleh jaga dori sendiri.ini kes mcm ni susah la nak sorok dari parents.semoga dipermudahkan urusan
Quote Peaches113 23-1-2019 07:42 PM
Sedihnya. Semoga dimudahkan urusan

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055046 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top