CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerana Menjawab Simple, Dr.Rafidah Dilabel Angkuh Dan Sarkastik

24-1-2019 10:43 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8364| Komen: 31|Original author: Oleh: Azza





Selain Dr.Amalina yang digelar Doktor Selebriti kerana sering berkongsi info dan ilmu mengenai dunia perubatan di media sosial, seorang lagi Doktor wanita yang juga makin popular, Dr.Rafidah Abdullah turut menjawab pelbagai persoalan netizen.

Jawapan yang diberi berdasarkan pengetahuan mereka dalam dunia perubatan. Bagaimanapun, ada kelompok netizen yang kurang senang dengan jawapan daripada Dr.Rafidah.

Bagi mereka, jawapan tersebut berbunyi angkuh, sarkastik dan menganggap seolah-olah semua pertanyaan tersebut adalah sampah. Hal ini lah yang membuatkan kelompok ini bercerita mengenai kisah 'keegoan' Dr.Rafidah dan tanpa disangka ramai juga yang turut mempunyai perasaan sama. Jadi, betul kah, jawapan Dr.Rafidah itu berbunyi angkuh atau netizen ini yang tidak boleh menerima pandangan?


Kredit foto:

Twitter

Bagi golongan ini, mereka bertanya sebenarnya mahukan kepastian mengenai sesuatu produk makanan tambahan. Jadi, adalah lebih baik bertanya pakar berbanding membuat carian sendiri di Internet. Namun mereka hampa apabila mendapat jawapan ringkas iaitu "makan sayur dan buah-buahan, anda tak perlukan supplemen' tanpa fakta-fakta yang menyokong hujah tersebut. Malahan Dr.Rafidah dianggap memandang hina mereka yang bertanya ini.


Kredit foto: Twitter

Walhal Dr.Rafidah boleh sahaja menjawab supaya pesakit merujuk kepada pakar perunding diet bukannya membakul sampahkan semua produk.

Hal ini membawa kepada rujukan netizen yang lebih popular iaitu Dr.Amalina. Ini kerana Dr.Amalina memberikan jawapan yang berilmu serta memberi beberapa sumber untuk dibuat rujukan tanpa perlu menjawab sarkastik.


Kredit foto: IG

"Dah lah jawab angkuh, konon belajar tinggi, pandai. Alahai, orang tanya ja kot, takkan itu pun nak sarkastik."
Pendapat netizen ini disokong oleh rakannya yang lain kerana mengalami masalah serupa iaitu apabila bertanya diperlekehkan bukannya diberikan ilmu berguna. Ia seperti mahu memberi kesedaran kepada orang awam mengenai pelbagai penyakit dan ubat, tetapi tidak secara menyeluruh, malahan diperbodohkan pula.


Bagaimanapun, bagi mereka yang selalu menyokong tindakan Dr.Rafidah, mereka menganggap netizen lah yang tidak beradab. Ini kerana netizen sering bertanya soalan sama berulang kali hingga meloyakan siapa jua yang membacanya. Namun, Dr.Rafidah menjawab yang dia sudah biasa dengan kecaman tersebut.



Kredit foto: IG

Susah juga ya apabila berkongsi ilmu di media sosial. Jika anda sebagai netizen, adakah salah teguran Dr.Rafidah? Adakah ia dianggap sarkastik atau netizen saja yang cepat sentap? - CARI 
10

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orgkgdukobesi 24-1-2019 11:27 AM
Jawab berjela2 nanti orang cop macam nak buat karangan essay  pulak.

Biar jawab ringkas tepat dan padat  
Quote manjalara_01 24-1-2019 11:31 AM
setahu mnaja la ade 2 jenis supplement

1- dari sumber ori
slalunye harga lebih mahal tp lebih elok & baik utk kesihatan

2- dari sumber sintetik
kalau kerap mkn bleh merosakkan buah pinggang..tapi harga berpatutan

actually ape2 jenis makanan yg sintetik...is not good for your health...in the long term
Quote fliphair8 24-1-2019 11:38 AM
Orang melayu mmg kalau boleh nak kena bercakap macam menyembah gitu..kononnya berbudi bahasa laa walaupun context perkara yg dibincangkan tu bodoh...sentap dan melayu berpisah tiada...muka nurse masam pun jadik hal....budi bahasa amalan mulia ni still ade cons...to ummah meleis being straight forward is rude...whereas mandatori bermuka manis walopun kena cuci bontot orang tua sakit yg ade anak dia tercongok kat situ...pastu viral! Cannot brain
Quote nisako 24-1-2019 12:49 PM
mesti dia malas nak jwd soalan yag sama je…………...
Quote Victorioussss 24-1-2019 01:29 PM
Eleh fefeeling jadi dr.house lettew

Kosser la makcik oi nk sakarastik bagai
Hrp bile ko tnya laki kau, dia akan jwb sakastik jgk

"B..mcm mana ayg nk buat posisi y b sedap..ajarkn la"
"Ayg..nk sedap tambah ajimomoto"
Quote arm_band 24-1-2019 03:29 PM
fliphair8 replied at 24-1-2019 11:38 AM
Orang melayu mmg kalau boleh nak kena bercakap macam menyembah gitu..kononnya berbudi bahasa laa wal ...

entitled gituh sisturrr
Quote msamyrazi 24-1-2019 04:13 PM
fliphair8 replied at 24-1-2019 11:38 AM
Orang melayu mmg kalau boleh nak kena bercakap macam menyembah gitu..kononnya berbudi bahasa laa wal ...

setuju dengan you. if staff buat salah tak boleh nak marah-marah sebab nanti staff sentap . so boss kena cakap lemah lembut supaya staff sedar salah dia. tapi in the of the day , staff still make the same mistake over and over again . untuk tak ot , i setuju je apa yg dr rafidah cakap. ringkas dan padat .
Quote ~boolean 24-1-2019 10:50 PM
Memang jawapan dia angkuh.

Dia jawab soalan, tapi jawapannya seolah-olah macam menganggap orang yang bertanya tu bodoh sangat.

Bukan minta dia jawab sopan santun pun..
Tapi tak perlu lah jawab dengan nada bongkak.

Dr amalina pun kadang kala ringkas saja jawapan dia, tapi berisi.
Quote salmon-suki 24-1-2019 11:17 PM
Mcm nak tak nak je jwb tu...kalau betul2 ikhlas dan "redha" dia akn cuba jwb elok2..simple and short tp kena lah berisi..setakat simple n short with no solution,wadehek sgt...

Org y bertanya tu ofkos ler mereka tak tahu,as someone who knows the matters in detailed,bg taw je ler...kalau soalan y sama seperti sblm ni,boleh aja suh dorg refer to ur previous comments ke..tp kalau dah previous ones pn jwpn cam hanat gitu,mmg sengaja mengundang kecaman jelaa.. "doctor"~~
Quote naina 25-1-2019 01:00 AM
Dr.rafidah ni mmg doktor kontroversi sama macam rushaini ke apa.nama.tah.
Bukan betol sangat fakta dia..i mean pasal sejarah pesakit yg konon tak jaga makan bla.bla..sekali family explain rupanya ada.kisah tersembunyi. Well aku pon tak suka.doktor ni. Kau malas jawab ko tutup je fb dan fokus pada pesakit in real.
Quote rons 25-1-2019 09:02 AM
betul la dr rafidah jwb camtu.jwb pjg2 cite journal kang xpaham.lgpn bntk kali dah kot dr rafidah explain,xpaham2 lg..kalau aku pun tepuk kepala
Quote rons 25-1-2019 09:03 AM
bnyk kali.typo
Quote KekDurian 25-1-2019 09:59 AM
fliphair8 replied at 24-1-2019 11:38 AM
Orang melayu mmg kalau boleh nak kena bercakap macam menyembah gitu..kononnya berbudi bahasa laa wal ...

Wahhh...agreed sis...mesti rmai sentap kan? Nk senyum2 bgai..org tu dh wat kje ckup elok dh..nk senyum2 tgk miss world tu je senyum2 lambai tangan..pastu otak kosong..apa tanya jawap je world peace
Quote leylapple 25-1-2019 10:51 AM
dah betul dah apa dia jawab tu... ingat org ada masa ker nak reply panjang2... dia doktor celebrity, yang bertanya tu apa motip nak buruk2kan orang?

perasan jugak nak jadi doktor? nak google kebaikan supplement pun malas..harapkan doktor nak terangkan free..

pegi jumpa dietician dekkk.... sekali jumpa mungkin kena cas rm120 consultancy fee
Quote dekmieDandy 25-1-2019 10:54 AM
betul je dia cakap macam tu

sebab dah berpuluh kali dia jawab benda yg sama, jawapan dia memang camtu

unless prescribed xyah sibuk2 nak telan supplement

lagi orang dok tanya
Quote ninjago 25-1-2019 01:48 PM
atau kalau dah banyak kali org ulang tanya benda yg sama, why don't dia up 1 posting, ckp in general and address to those yg bertanya..tapi points tu biar jelas & padat. pastu buat p/s : sape tanya lagi benda sama sorry i tak boleh nak layan. takleh ke camtu? byk pahala dia tolong org dgn kelebihan dia as a doctor tu.
Quote nora_balqis 25-1-2019 04:25 PM
baik tanya dr @ipes2 ...jwapan bernas dan friendly...
Quote misz_sanggul 25-1-2019 04:56 PM
Victorioussss replied at 24-1-2019 01:29 PM
Eleh fefeeling jadi dr.house lettew

Kosser la makcik oi nk sakarastik bagai

ok lg dr rafidah ni dr R yg lg sorg tu ya ampun..jwb smua soklan mcm nk bgaduh dgn smua org..
asik nk bgaduh ngn bani jamu..plik doc lain xde ms nk update fb reply komen..
die byk ms yela duk kt hospital askar kan..
melambak2 membe kt fb suarakan ketidakpuasan hati kt doc R kt hospotal askar tu


Quote ipes2 27-1-2019 06:30 PM
nora_balqis replied at 25-1-2019 04:25 PM
baik tanya dr @ipes2 ...jwapan bernas dan friendly...

mekasih nora

oh psl tanya things
ada code of conduct actually
jawap bersopan dan jawab dgn pendek dan dalam bahasa yang ringkas
juga, jgn jadi terse, jgn jadi emotional atau angry
jika kita tidak disukai, siapalah kita

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065175 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top