CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Orang Cacat Berkerusi Roda Dilarang Solat Dalam Masjid"

24-1-2019 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7863| Komen: 65|Original author: Oleh: Myra Rozi

Video tular menyaksikan seorang lelaki cacat yang diarah untuk bersolat di luar Masjid Besar Sumatra Barat di Padang, Sumatera Barat, telah mencetuskan kemarahan ramai di media sosial.


Abraham Ismed dihalang kerana kerusi roda yang digunakannya dianggap sebagai tidak bersih.

Jakarta Post melaporkan, lelaki berkenaan menulis pengalamannya berbalah dengan pegawai keselamatan masjid melalui akaun Instagramny, @boy1492.


Kebanyakan netizen mengutuk sikap pegawai terbabit yang dianggap mendikriminasi, tidak beretikan dan tidak berperikemanusiaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Abraham turut mengutuk peraturan di masjid itu sebagai "tidak masuk akal."

“Adakah saya perlu merangkak masuk ke dalam masjid untuk bersolat? Kerusi roda ibarat kaki untuk OKU seperti saya.” 

Sementara itu, pekerja di masjid terbabit, Yulius Said, berkata pegawai keselamatan sudah menawarkan bantuan untuk membantu Abraham masuk ke dalam masjid tanpa perlu berkerusi roda, tetapi ditolak.


“Memasuki masjid dengan berkerusi roda adalah sama seperti memakai kasut ketika bersolat. Kita tidak tahu sejauh mana kebersihan kerusi roda itu."

Timbalan Gabenor Sumatera Barat, Nasrul Abit turut dilaporkan kecewa dengan kejadian berkenaan.

Foto: IG boy1492
“Setiap orang Islam termasuklah golongan cacat, dibenarkan memasuki masjid besar.

“Perkara ini diketahui oleh Gabenor Irwan Prayitno dan mengarahkan pegawainya untuk bercakap dengan pihak berkuasa masjid.” -CARI
15

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 24-1-2019 10:50 AM
Kala I pun takkan benarkan kerusi roda masuk rumah.
Dah tentu segala benda digelek sepanjang perjalanan.
Betul la tindakan pegawai Masjid tu.
Yang kau pulak dah ditawar bantuan mask tanpa kerusi roda,  kenapa tolak?

Quote monreyes 24-1-2019 10:59 AM
btol la tu...
kerusi roda da masuk sampai jamban segala...
ish ish....
Quote HujanBatuTiga 24-1-2019 11:01 AM
Kesian pakgad tu pulak disalahkan..
Quote prettyuglybabe 24-1-2019 11:03 AM
ye.. kalau kerusi roda dibenarkan masuk, apa beza benarkan jemaah lain masuk berkasut?
dah kata pengawal offer bantuan untuk masuk tanpa kerusi roda tapi kenapa tolak?
so i guess  tiap masjid besar sekarang perlu sediakan kerusi roda di dalam masjid untuk kemudahan oku..
Quote beraslava 24-1-2019 11:12 AM
dah la cacat kaki, otak pun sama cacat

Quote renko 24-1-2019 11:30 AM
indon kan
rase diri betul n fefeeling teraniaya je konon
Quote Dwdrum 24-1-2019 11:49 AM
“Setiap orang Islam termasuklah golongan cacat, dibenarkan memasuki masjid besar.


“Perkara ini diketahui oleh Gabenor Irwan Prayitno dan mengarahkan pegawainya untuk bercakap dengan pihak berkuasa masjid.” -CARI

masalah nya kerusi roda ...bukan orang cacat ...ada di uk i baca di forum cari juga .... yang guna assistance dog ...pihak masjid boleh jah provide tempat untuk anjing .... ada yang membantu beliau tunai solat dalam masjid .... dahsyat play victim lah sangat ....
Quote pokaibanktokyo 24-1-2019 11:51 AM
Dah cacat tubuh, akal pula terencat
Quote talapia 24-1-2019 11:55 AM
pernah terbaca kisah cikgu OKU dulu... tiap hari dia berkerusi roda lalu jalan lecak apa smua... sampai sekolah first thing to do.. dia cuci n bersihkan tayar kerusi roda dia.

So rasanya... kalau OKU tu amik wudhu.... bole kot dia cuci sekali tayar roda wheelchair dia tu..  even kalau kat rumah pon.. kerusi roda tu kita cuci or lap kan tayarnya sebelum masuk rumah. Entah taik ayam ke hape dilenyek... logically mmg kita akan samakan tayar kerusi roda tu dengan tapak kasut kita.
Quote bakingsoda 24-1-2019 11:57 AM
kena sediakan kerusi roda khas atas masjid, settle.
Quote JohnDeSouza 24-1-2019 11:59 AM
Elok ada standby tayar baru utk kegunaan dlm masjid
Quote ira_229 24-1-2019 12:03 PM
prettyuglybabe replied at 24-1-2019 11:03 AM
ye.. kalau kerusi roda dibenarkan masuk, apa beza benarkan jemaah lain masuk berkasut?
dah kata pen ...

selalu nampak kerusi roda di standby diluar lift masjid...agaknya utk kegunaan hanya dlm mesjid..

Quote prettyuglybabe 24-1-2019 12:06 PM
ira_229 replied at 24-1-2019 12:03 PM
selalu nampak kerusi roda di standby diluar lift masjid...agaknya utk kegunaan hanya dlm mesjid..
...

ooo.. ada masjid yang dah sediakan kerusi roda untuk kegunaan dalam masjid ye..
bagus la pengurusan masjid tu peka dengan keperluan oku..
Quote Z77 24-1-2019 12:06 PM
camna pula kat masjidil haram aku ada nampak orang boleh pakai kerusi roda
Quote moonbug 24-1-2019 12:41 PM
Bersihkan dulu tayar wheelchair tu
Quote Dunhill. 24-1-2019 01:42 PM
apa nama FB news tu? nak membawang jap
Quote Atata 24-1-2019 01:47 PM
Kat masjidil haram, masjid Nabawi org rilex2 ja bawak wheelchair, serius sapa yg pernah ke sana mmg akan terasa pelik tgk org bersolat sebelah menyebelah dengan selipar. Dorg siap pakai selipar utk jalan d area2 solat. Seriously no hal. Dorg kat sana siap bentang sejadah atas lantai mall bila tiba waktu solat. Kalau kita tgk, mesti akan fikir pasal suci ke tak suci. Tp sebenarnya, selagi kita x nampak najis kat tempat tu, anggap ja tempat tu suci utk solat. Yg lebih penting sebenarnya pastikan d badan kita ni yg bebas dari najis.
Quote Dwdrum 24-1-2019 01:51 PM
Atata replied at 23-1-2019 09:47 PM
Kat masjidil haram, masjid Nabawi org rilex2 ja bawak wheelchair, serius sapa yg pernah ke sana mmg  ...

bukan kah kawasan masjidil haram itubersih kah ? (tidak peenah sampai )...pada case oku ini kejadian di indo mana lah tahu roda wheelchair beliau terkena najis .... my mean najis sudah menjadi debu /bergaul dengan tanah .... apabila kering yang kita sendiri tidak nampak ...... @mbhcsf ini akan syubhah kah?
Quote Malaysia.Doom 24-1-2019 01:54 PM
patutnya sediakan lah kerusi roda untuk ke dalam masjid.

btw Nabi Muhammad dulu shalat pakai selipar kan?

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top