Baru-baru ini, tular di media sosial dengan tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan guru menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.
Seperti apa yang berlaku kepada Cikgu Napisah ini, boleh sakit jantung dibuatnya! Bukan apa, kebanyakan ibu bapa zaman kini seolah-olah lebih sudu dari kuah dengan kerenah mereka mengasak guru dengan pertanyaan remeh-temeh. Menerusi perbualan itu, antara pertanyaan remeh yang ditanyakan termasuklah buku latihan apa yang perlu dibawa dan pakaian yang boleh dipakai anak mereka ke sekolah. Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka sendiri sama ada dari sudut pandangan guru, ibu bapa mahupun pelajar. Siapa yang bersekolah sebenarnya? Ada yang berpendapat, ibu bapa masa kini tidak percayakan anak masing-masing hingga boleh membantutkan perkembangan dan kemandirian anak-anak. Berikutan itu, ramai berharap agar Cikgu Napisah tidak akan meninggalkan kumpulan WhatsApp berkenaan kerana terlalu stres. Persoalannya, adakah kumpulan WhatsApp yang sepatutnya menjadi penghubung antara ibu bapa dan tenaga pengajar memudahkan atau menjadi satu beban? - CARI
|
7
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT