CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Ingat Naqiu Boboy? Apa Ceritanya Sekarang..

29-1-2019 05:45 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 20870| Komen: 50|Original author: Oleh: Safrie Halim


Kemunculan Naqiu Boboy di konti stesen Radio GEGAR baru-baru ini nyata mengubati kerinduan peminat tegar penyanyi tersebut. Hampir 15  tahun menyepi pasti generasi hari ini tidak mengenali kumpulan Boboy,  yang  pernah suatu ketika dahulu mewarnai industri muzik Malaysia di era awal 2000an.


Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib (33 tahun) adalah vokalis utama kumpulan Boboy. Kumpulan Boboy telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan anggota asalnya ialah Naqiu, Shah, Zul, Didie dan Muz. Mereka pernah muncul dengan 3 album dalam tempoh 5 tahun.

Foto: IG Gegar
Debut album pertama mereka iaitu Episod Cinta dianggarkan terjual melebihi 30,000 unit. Selain lagu Episod Cinta, kumpulan Boboy juga popular dengan lagu Demi Masa, Janji Seorang Kekasih dan Dalam Benci Ada Rindu.


Dalam temubual segmen throwback 90an GEGAR pagi tersebut, Naqiu memberitahu Boboy tidak pernah berpecah dan line up Boboy masih sama seperti 19 tahun lepas. Menurut Naqiu, Boboy kini dikenali sebagai 6years.  Mereka menamakan Boboy kepada 6years sempena peristiwa pertemuan mereka selepas 6 tahun tidak berjumpa semenjak kontrak Boboy bersama NSR tamat pada tahun 2005.

Pada penghujung tahun 2016, akhbar Berita Harian pernah menulis berita perkembangan semasa Naqiu. Dalam temubual bersama wartawan Berita Harian ketika itu, Naqiu menceritakan yang dia sudah 10 tahun bernyanyi di kelab malam semenjak meninggalkan dunia nyanyian arus perdana.


Naqiu juga pada ketika itu memberitahu sudah enam tahun mendirikan perkahwinan dan telah mempunyai empat orang anak. Naqiu juga menjelaskan dia dan tiga lagi anggota asal kumpulan berkenaan pernah muncul dengan single baharu berjudul Hukum Aku, sebagai isyarat kemunculan semula mereka sekitar tahun 2015. Bagaimanapun, single itu tidak mendapat sambutan.


Selepas selesai sesi temubual di konti radio GEGAR, Naqiu digandingkan bersama-sama rakan artis sezamannya iaitu Tomok Newboyz, Lan Kristal, Fairuz Q-Face mendendangkan secara madley lagu-lagu popular mereka. Naqiu menyanyikan semula lagu Episod Cinta diiringi petikan gitar gitaris Dramaband. 

Rata-rata netizen yang menonton video mereka di youtube (GEGAR) sangat teruja dengan kehadiran semula Naqiu Boboy. Netizen juga memuji vokal Naqiu yang semakin matang dan padu. Ramai  berharap Naqiu akan muncul dalam pertandingan gegar vaganza untuk musim 2019. - CARI 
7

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 29-1-2019 05:56 PM
fuhhhh boboy ni layan zaman sekolah dulu

episod cinta iniiii (sengau sket)
Quote Kurex 29-1-2019 08:15 PM
Terasa diri kembalu muda
Quote RatuDunia94 29-1-2019 08:55 PM
Tengok IG dia mcm bbnu jah.. bertindik bagai laki bini.. hmmm.. anak dh empat kot.
Quote NmeeraR 29-1-2019 09:36 PM
Selain Tomok... Dia pun rambut belah tengah..

Dulu2 . Selain new boyz, Kristal,.. lagu boboy iuols sukaaa
Quote rayray28 29-1-2019 09:41 PM
Power jugak suara dia berbanding zmn belum pecah...try laa GV plak kot laku pasni
Quote buapakperut 29-1-2019 09:47 PM
mana satu naqiu nya. iols zaman ni layan o-town nsync bsb
Quote bakingsoda 29-1-2019 09:49 PM
asal mcm tak pernah dengar pon lagu boboy dulu2 kat radio? walaupon masa tu masih kanak2 riang tapi populariti sejarah mungkin berulang boleh ingat dgn jelas sbb lagu tu mmg pemes sangat awal 2000 gitu
Quote komotthecat 30-1-2019 12:32 AM
dah x sengau cam dulu2

Quote hyie 30-1-2019 02:50 AM
sape je yang mengharap theyols masuk GV ye? teringin nak tahu juga Si fairuz tu meols pernah la terserempak dengan heshe masa konsert SATU tokti kat istana budaya dulu, masa tu kurus2 je..and heshe keje gomen khuens...ptd ke apa entah la nyah...so yang masih kekal dalam arus perdana kat sini yelah momok dan lan...
Quote RatuDunia94 30-1-2019 03:39 AM
bakingsoda replied at 29-1-2019 09:49 PM
asal mcm tak pernah dengar pon lagu boboy dulu2 kat radio? walaupon masa tu masih kanak2 riang tapi  ...

Dulu boboy ni popular gak.. tp xde la tahap meletop sgt.. dulu iols siap beli tau VCD drama deols. Pastu duk ulang2 bukak hari2. LOL.
Quote amyza 30-1-2019 07:32 AM
Naqiu ni yang rambut panjang tu ke? Dah tak ensem, dulu2 muka jambu.
Betul lah orang ckp kalau remaja ensem/lawa/kegilaan 1sekolah, abis blajar jadi kureng sikit.
Quote fushimi 30-1-2019 08:55 AM
ada kakak senior iols time study dulu suka betul  ngan tomok

pastu cari boyfriend nak muka yang ada iras iras tomok

memang bebetul dapat boyfriend ada iras iras tomok sekarang dah kawin pun ada anak 3
Quote shuerin 30-1-2019 09:08 AM
RatuDunia94 replied at 29-1-2019 08:55 PM
Tengok IG dia mcm bbnu jah.. bertindik bagai laki bini.. hmmm.. anak dh empat kot.

gigih i skodeng...
berbeza sgt penampilan...
Quote gummygummy 30-1-2019 09:09 AM
pergh dulu siap beli vcd dia weyh gigih kumpul duit zaman skolah.
Quote gujiwa 30-1-2019 09:12 AM
Edisi mengimbau
Quote itsmeshikin 30-1-2019 09:42 AM
alallalallala...bring back memories laaaa korang ni...
ni zaman2 sis tampal poster mereka kat gobok baju ni..

Quote mieymiey 30-1-2019 09:59 AM
Heols mendadih ker?
Quote mizruncing 30-1-2019 10:01 AM
tak hensem dh beliau skg. tp lagu dorg dolu2 mmg legend laa
Quote dewi_rina 30-1-2019 10:26 AM
Boboy nie sezaman dgn spin,newboyz,kristal,antz,budak kacamata HAHA

Tapi dalam banyak2 masa tu paling minat spin sbb ada achik

Yg sedara lain suka boboy sbb naqiu, lagi sorang suka newboyz sbb tomok,syuk,lan

Siap bergaduh nangis siap nak carik balak pun carik muka achik spin adudududu

Kenangan silam betul.. indahnya waktu dulu

Siapa yg kenal artis2 zaman2 nie makna nye korang budak hujung & pertengahan 90 an

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.106666 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top