Terdapat banyak tempat yang sentiasa berada dalam misteri dan sentiasa kelihatan ngeri apabila dilihat. Untuk sebab-sebab yang tertentu, kawasan sedemikian sentiasa bercampur dengan unsur-unsur yang gelap dan merosakkan pemikiran kita.
Namun, di sebalik misteri yang berlaku di seluruh dunia, salah satu tempat misteri tempat yang kaya dengan landskap adalah Hutan Aokigahara di Jepun. Di kaki gunung Fuji, beradanya salah satu tempat yang mempunyai pemandangan yang paling indah di Jepun. Bahagian tapak kawasan tersebut terletaknya hutan Aokigahara yang sentiasa dipanggil tempat berkumpulnya roh-roh manusia oleh rakyat Jepun sendiri. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan yang penuh dengan jin dan syaitan yang sentiasa menghantui kawasan tersebut.
Hutan Aokigahara terletak di bahagian utara tapak Gunung Fuji. Kawasannya yang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dengan landskap yang amat tersohor kerana keunikannya. Namun bagaimanapun, pemandangannya yang cantik boleh menipu pandangan mata. Apabila seseorang itu menjejaki kawasan tersebut, akan jelas bahawa ada sesuatu yang macam ganjil tentang hutan tersebut. Cahaya matahari tidak menembusi kawasan hutan tersebut sebaliknya, hanya kelihatan pada kedudukan atas sahaja, angin juga tidak melalui kawasan tersebut dan cuaca yang menyeramkan. Tiada juga bunyi burung-burung yang berkicauan di kawasan tersebut menyebabkan kawasan ini menjadi kawasan yang ditakuti oleh orang lain dan juga rakyat negara Jepun. Kompas biasa juga tidak berfungsi di kawasan tersebut. Jarum kompas akan sentiasa bergerak secara rawak dan pandu arah di dalam hutan ini boleh menyesatkan sesiapa yang pergi ke sana. Banyak pendaki dan pelancong yang cuba datang ke tempat tersebut mengakui bahawa hutan ini sangat gelap dan sunyi menyebabkan ramai orang sesat. Masih juga terjadi kes pendaki yang berjalan jauh dan menyedari dia masih berjalan di bulatan yang sama di kawasan itu. Disebabkan demikian, majoriti sesiapa yang pergi ke hutan ini mengambil langkah selamat dengan membawa penanda ke mana sahaja mereka pergi dalam hutan tersebut. Berdasarkan kajian juga, hutan ini adalah tempat sesetengan rakyat Jepun yang ingin membunuh diri dan pergi ke tempat tersebut. Kelihatan banyak selipar, kasut, khemah, dan tinggalan barang manusia tanpa berpenghuni di Hutan Aokigahara. Walaupun dengan keadaan seram, masih ramai pelancong yang cuba datang ke hutan itu untuk mengalami situasi yang seram dan mnerokai alam di sekitar gunung Fuji. - CARI |
8
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
smeetasmitten replied at 18-2-2019 07:23 PM
Baru semalam tengok 'sea of trees'.
Psl matthew mconeghey nak suicide sini
Tapi muvi ni more to sa ...
RatuDunia94 replied at 18-2-2019 10:22 PM
Mmg setahun 3-4 kali ke nk kena buka benang pasal hutan ni?? Ke camne?
pichee replied at 18-2-2019 06:43 PM
Ala..tgk je cite the forest...psl hutan ni juga...
Tp cite hantu la...ada 1 lg japanese movie...p ...
ADVERTISEMENT