Gara-gara mahu membuktikan tangkal azimat yang dijual seorang penjual jalanan tidak mempunyai sebarang kuasa, seorang sami Buddha bertindak menikam lelaki berkenaan.
Nasib menyebelahi Nai Atchawanit,30 apabila dia terselamat dari maut akibat tikaman sami, Niwan Phrachakasem. Daily Mail melaporka, ketika insiden tersebut, Atchawani berkata kepada Phrachakasem bahawa tangkal yang dijualnya mempunyai kuasa ajaib dan mampu menangkis sebarang serangan. Bagaimanapun sami berkenaan tidak setuju dengan dakwaannya sebelum bertindak menikam kepala dan leher mangsa bagi membuktikannya ia adalah sekadar omong kosong. Mangsa yang berlumuran darah akhirnya rebah dan dibantu oleh seorang pelancong warga asing yang kebetulan lalu di situ.
Ketika ditahan, sami mempertahankan dirinya dengan mengatakan mangsa sendiri yang mendorongnya untuk bertindak sedemikian. Mangsa kini masih menjalani rawatan di hospital. -CARI |
ADVERTISEMENT