Polis Indiana menahan sepasang kekasih selepas didakwa membelah lidah bayi berusia 14 bulan dipercayai menggunakan gunting, minggu lepas. The Sun melaporkan, Scott Edwards dan Holly Cota ditahan selepas membawa anak mereka ke hospital dengan kecederaan parah pada lidahnya yang dibelah dua.
Menurut pihak berkuasa Terre Haute, Indiana, pemeriksaan mendapati tubuh mangsa dipenuhi kesan lebam selain buah zakarnya bengkak. Holly dikatakan cuba menipu dengan mendakwa kecederaan bayi itu akibat beberapa kali terjatuh dari katil bayi dan tergigit lidahnya sendiri, manakala kecederaan pada alat kelaminnya mungkin disebabkan mangsa memeluk mainannya ketika terjatuh.
Bagaimanapun, doktor memaklumkan kepada polis bahawa kecederaan pada lidah bayi itu tidak mungkin disebabkan gigitan kerana kesan luka didapati tidak selari dengan kedudukan giginya, lapor media tempatan WTHI. Berdasarkan laporan polis, kesan luka pada lidah mangsa menunjukkan ia seperti dilakukan alat tajam seperti gunting. Selain itu, doktor percaya kecederaan lain pada tubuh bayi berkenaan adalah akibat dipukul. Akibat kesalahannya itu, Edwards dikenakan bon sebanyak ASD75,000 (RM309,940). Manakala, Holly dilepaskan dengan jaminan sehingga dibicarakan pada Jumaat. - CARI
|
9
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Holly dikatakan cuba menipu dengan mendakwa kecederaan bayi itu akibat beberapa kali terjatuh dari katil bayi dan tergigit lidahnya sendiri, manakala kecederaan pada alat kelaminnya mungkin disebabkan mangsa memeluk mainannya ketika terjatuh.
barfi replied at 27-1-2019 05:41 PM
Adoiii baya anak aku je 15bulan.. sial la jantan betina dua ekor ni..
ADVERTISEMENT