CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bangkai Haiwan Bergelimpangan, Australia Alami Musim Panas Terburuk

28-1-2019 05:26 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 6033| Komen: 13|Original author: Oleh: Safrie Halim


Foto: WWF Australia

Pada 2017, media antarabangsa melaporkan Australia akan menghadapi musim panas terburuk dalam masa 25 tahun akan datang berdasarkan kajian yang dibuat Universiti Kebangsaan Australia.

Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila dilaporkan, lebih 13 bandar seluruh Australia Selatan bakal memecahkan rekod kepanasan, yang mana diramalkan akan mencapai suhu 50 darjah Celsius dalam tempoh sehari dua ini. lapor Ginfomasa.

Negeri di Australia Selatan yang dijangka akan terjejas teruk adalah wilayah utara Adelaide. Biro Kaji Cuaca Australia melaporkan suhu di utara Adelaide kini telah mencapai 47.9 darjah Celsius, manakala suhu dalam bandar raya pula telah mencecah 46.2 darjah celcius. Difahamkan, ia adalah rekod terburuk sejak tahun 1939.


Walaupun penduduk Adelaide sudah biasa dengan suhu tinggi ketika musim panas hemisfera selatan, namun kali ini mereka terpaksa bertahan menghadapi cuaca panas yang paling buruk.

Kawasan Tenggara Australia juga menghadapi fenomena kepanasan melampau, malah sejak tiga minggu lepas amaran kebakaran hutan telah dibuat oleh Pejabat Meteorologi Australia. 

Begitu juga kawasan barat Australia yang telah menghadapi suhu panas melampau sejak tiga minggu lepas namun tidak seteruk suhu panas melampau di selatan Australia.

Sementara itu, negeri di pedalaman Australia, Alice Spring yang juga menghadapi fenomena gelombang haba panas pula dikejutkan dengan kematian lebih 90 kuda liar berhampiran lubang air kering. 40 daripada kuda itu mati disebabkan dehidrasi dan kelaparan, manakala selebihnya terpaksa dimatikan.
Gambar daripada Ralph Turner.

Menurut media tempatan, seorang artis kesenian orang asli, Ralph Turner telah menemui bangkai sekawan kuda liar jenis brumby. Menurut beliau, kuda-kuda liar itu mungkin turun ke dalam kolam kering tersebut bagi mencari air yang biasanya ada di situ setiap kali kawanan berkenaan singgah, namun disebabkan kemarau melampau semua air di situ kering dan menyebabkan haiwan terbabit  kehausan.

Setiap tahun, negara itu menghadapi gelombang panas iaitu sepanjang bulan Disember hingga Februari. Menurut Biro Meteorologi dan Sains Kebangsaan, CSIRO, Australia mengalami pertambahan saru darjah Celsius sejak tahun 1910. 

Peningkatan suhu di Australia ini mungkin berpunca daripada pencemaran gas rumah hijau yang mana tenaga berasas arang batu masih banyak digunakan di negara tersebut.

Menurut sumber Wikipedia, Australia akan terus terdedah kepada kesan pemanasan global yang dijangkakan untuk 50 hingga 100 tahun akan datang kerana kawasannya yang gersang dan separa gersang, iklim panas, perubahan suhu hujan yang tinggi, dan tekanan pada bekalan air. - CARI
9

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 28-1-2019 06:34 PM
Sangat informatif.

Teruskan menulis.
Quote ninja boy 28-1-2019 06:59 PM
Kesian haiwan2
Quote giyomi 28-1-2019 07:19 PM
sedih tgk kuda2 tu
Quote umaidebab 29-1-2019 09:18 AM
serius sedih bila part haiwan mati sbb kemarau and pemanasan global
Quote cikatilia 29-1-2019 10:48 AM
kesiannya


Quote madamjaja 29-1-2019 05:50 PM


pnh ke sana musim panas suhu dlm 40 darjah..mmg turn off nk bjalan rs bahang mlampau sgt
Quote cacaumerba 4-2-2019 09:56 AM
itu la heatwave tu dah smp ke tmp aku skrg ni..mmg xrajin aku nak keluar rumah
Quote lonso 13-2-2019 04:55 PM
Malaysia skrg punya cuaca boleh tahan panasnya..
Quote aunisofia 19-2-2019 02:44 PM
kesiannya..
Quote AyaqMeloSuam 25-2-2019 05:03 PM
Kesiannya... mcm cerita The Land Before Time.. semua berhijrah cari air....
Quote Artemesiaa 8-3-2019 05:03 PM
Bila ni berlaku selalunya haiwan yang akan paling banyak jadi mangsa
Quote mayong 12-3-2019 05:11 PM
kesiannyaaa
Quote chauky314 13-3-2019 11:23 AM
Kat malaysia pun skang panas berbahang2 wpun hujan...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056333 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top