Glasier adalah salah satu fenomena alam yang paling luar biasa. Ia adalah sungai ais yang bergerak perlahan dalam saiz yang besar. Fenomena ini terbentuk dari salji yang turun dari pergunungan dan membeku menjadi ais dan turun ke kaki bukit, ke arah cerun, lembah atau badan air.
Pergerakan glasier juga tidak boleh dilihat dengan serta merta, tetapi jika anda melihatnya sekali lagi selama beberapa dekad, anda dapat melihat perubahan dramatik dalam landskapnya. Glasier Kaki Gajah/ Elephant Foot Glacier, Greenland Kelihatan seperti mangkuk adunan yang telah dicurahkan di atas kuali. Ia adalah tekanan berbilion tan ais yang menembusi gunung dan tumpah simetri ke laut berdekatan.
Biafo Glacier, Pakistan Glasier ini terletak di pergunungan Karakoram di Pakistan dengan panjang 36 kilometer, ketinggian lebih dari 5000 meter. Biafo dan Hispar bergabung sehingga membentuk sistem glasier terpanjang di luar Kawasan polar. Bagaimanapun , glasier ini tidak begitu popular kerana pendakian yang sangat sukar dan pengangkutan yang kurang maju untuk ke sini. Perito Moreno Glacier, Argentina Pembentukan ais 250 km2 (97 batu persegi) ini adalah tarikan pelancong di Patagonia, Argentina. Tidak seperti kebanyakan glasier, ia sebenarnya makin bertambah, bukannya menyusut. Glasier ini juga merupakan salah satu yang paling mudah diakses di Patagonia yang memiliki tiga kawasan tontonan yang membolehkan pelancong mendekati dengan sebeberapa dekat. Margerie Glacier, Glacier Bay Alaska Alaska dikenali kerana mempunyai beberapa glasier terbesar dan paling popular di dunia dan Margerie Glacier pasti salah satunya. Di 34 kilometer, ia adalah salah satu daripada glasier terbesar di luar Antartika dan merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular untuk orang di seluruh dunia. Ia terletak Taman Negara dan Pemeliharaan Glacier Bay yang didedikasikan untuk memelihara ekosistem Arktik. Vatnajökull Glacier, Iceland Vatnajökull Glacier merupakan salah satu glasier yang terbesar di Eropah. Ia juga terletak di kawasan dikatakan sebagai "wild wonderful of a landscape" kerana dikelilingi oleh gunung berapi aktif, gua ais dan mata air panas. Ia juga disenaraikan dalam Guinness Book of Records, sebagai "object of the world's longest sight line". Namun sayangnya, glasier ini kian surut dan belum dipastikan bagaimana ia mampu mempertahankan status itu. Canada Gracier, Antartica Antartika memiliki glasier terbesar di dunia yang mana salah satunya adalah Canada Gracier. Ia terletak berhampiran Taylor Valley, Victoria Land dan menerima salji yang sangat kurang. Kawasan ini memiliki ekosistem padang pasir dengan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan haiwan yang sangat sedikit. Jostedalsbreen Glacier, Norway Merupakan salah satu glasier yang paling luar biasa di dunia dan terbesar di Eropah. Glasier ini mempunyai 60 kilometer panjang, tebal 600 meter dan tersebar di kawasan seluas 486 kilometer persegi. Terdapat beberapa formasi ais yang luar biasa mengalir melalui gunung dan secara beransur-ansur bercampur dengan hutan sekitarnya. Kredit Foto : Google Fox Glacier Dan Franz Josef Glacier, New Zealand Sepasang glasier ini unik kerana ketinggiannya rendah yang mana kurang daripada 300 meter atas paras laut di antara hutan hujan sederhana, dan bukannya batu tinggi di puncak gunung. Ia juga merupakan sebahagian daripada Taman Tapak Warisan Dunia Te Wahipounamu, yang merupakan rumah kepada pelbagai hidupan liar yang unik dan dijangka akan menyusut pada tahun 2100. Jika anda tidak mahu berjalan kaki, anda boleh melakukan perjalanan dengan helikopter dan melihat pemandangan luar biasa dari udara. Furtwängler Glacier Mount Kilimanjaro, Tanzania Puncak Gunung Kilimanjaro mempunyai salah satu glasier paling menakjubkan di dunia. Glasier ini telah merosot dengan cepat sejak abad lalu dan hari ini, hanya 18% daripadanya kekal utuh. Dianggarkan akan mencair sepenuhnya menjelang 2020. Apa kata anda? Adakah ia cukup menakjubkan? -CARI Sumber : https://earthnworld.com/top-10-most-beautiful-glaciers-in-the-world/,https://www.bookmundi.com/t/vatnajokull-glacier-in-iceland,https://nge-baca.blogspot.com/2015/11/gletser-kaki-gajah-di-greenland.html,https://www.hostelbookers.com/blog/travel/weird-and-wonderful/ten-amazing-glaciers/ |
17
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
carisha replied at 5-2-2019 05:24 PM
Pernah hike Vatnajökull Glacier. Stunning view everywhere!
ADVERTISEMENT