Pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, 46, dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan kelmarin kerana menyebarkan kata-kata kebencian berhubung dengan status Twitter yang ditulisnya pada Mac dua tahun lalu.
Dalam status tersebut, Ahmad Dhani menyerang penyokong mantan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (BTP) yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok. Menurut Detik.com, Ahmad Dhani didakwa mengikut Artikel 45, Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik negara tersebut. Ketika kempen Govenor pada Mac 2017, Ahok terpalit tuduhan menista agama dan Ahmad Dhani telah menulis beberapa status antaranya ‘Yang menistakan agama si Ahok, yang diadili KH Ma'ruf Amin’. Tweet keduanya pula 'Siapa saja dukung penista agama adalah bajingan yang perlu diludahi mukanya' Manakala status ketiganya adalah 'Kalimat sila pertama KETUHANAN YME, PENISTA Agama jadi Gubernur, kalian WARAS?.' Hakim Ratmoho memutuskan Dhani didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian berdasarkan sesuatu bangsa, etnik dan kelas. ‘Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman satu tahun enam bulan kepada Ahmad Dhani’ putus Hakim Ratmoho. Hukuman terhadap Ahmad Dhani kurang enam bulan berbanding yang disarankan oleh pihak pendakwaraya. Hukuman terhadap penista agama dan penyebar kebencian di negara itu semakin tegas. Southeast Asia Freedom of Expression Network (SAFEnet) melaporkan sejak Artikel 45, Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik diperkenalkan pada tahun 2008, seramai 381 orang telah dipenjarakan, 90% daripadanya berupa fitnah manakala selebihnya kerana ucapan berbaur kebencian. -CARI
|
8
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HujanBatuTiga: Konsert sabtu ni apa cerita?
HujanBatuTiga: Konsert sabtu ni apa cerita?
helicornia: katanya diteruskan.vokalis asal mcm once n sorang lagi tu ada
MadameOnion replied at 29-1-2019 12:38 PM
Tapi kalau dhani takde mmg tak dewa la..
cikkittydiva replied at 29-1-2019 12:48 PM
Haah la dah dia pengasasnya.... Adoii.. bukan senang nak kumpul2kan ex dewa ni... Lagu2 dewa 19 mm ...
MadameOnion replied at 29-1-2019 01:10 PM
Dhani founder dewa..lagu2 pun semua dhani tulis..nasib baik i tak terbeli tiket sbb ada kenduri ka ...
duri_durians replied at 29-1-2019 01:16 PM
sampai kini masih terfikir kenapa netizen indon asyik tnya
" kenapa pemain badminton malaysia se ...
drivethru replied at 29-1-2019 01:18 PM
Nape dani n ahok x dipenjarakan sekali. Boleh main jatuh2 sabun.
ADVERTISEMENT