|
Polis memburu seorang lelaki dipercayai mengintai wanita di tandas awam sebuah pusat beli-belah di Jalan Penampang Bypass, Penampang, kelmarin, lapor Harian Metro.
Menurut mangsa berusia 20-an itu, dia menyedari seorang lelaki mengintainya dari bawah pintu tandas. Dalam kejadian jam 2 petang itu, suspek melarikan diri ketika mangsa yang juga pembantu kedai cuba mengejar sebaik perbuatan jijiknya disedari. Difahamkan, adik mangsa turut melihat lelaki berusia 20-an keluar dari tandas wanita berkenaan. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kejadian selain usaha mengesan suspek giat dilakukan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengganggu dengan mendatangkan aib," katanya. - CARI
|
|
5
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
5
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
3
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

minguk replied at 29-1-2019 11:52 AM
gila la keluar kepala macam tu hahahah.. dah macam juon
kaklong32 replied at 29-1-2019 11:58 AM
tau takpe seram jugak la haha

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.378679 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.