CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Intai Hotel Berusia 1300 Tahun, Tertua Di Dunia!

29-1-2019 05:06 PM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 4815| Komen: 21|Original author: Oleh: The Queen

Bila kita membincangkan topik pelancongan, pasti ianya berkait rapat dengan tempat penginapan seperti hotel dan resort, bukan?

Tahukah anda, hotel di daerah Hayakawa, Jepun ini telah berusia 1313 tahun dan dinobatkan sebagai hotel TERTUA di dunia oleh Guinness World Record pada 2011! 


Hotel ini dikatakan dibina pada tahun 705 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.


Kredit foto : RocketNews24

Hotel bernama Nishiyama Onsen ini dibina oleh seorang aristokrat Jepun, Fujiwara Mahito yang dipercayai merupakan anak kepada pembantu Kaisar yang berkuasa pada ketika itu. 

Uniknya, sistem pemilikan hotel ini tidak pernah berubah. Ia dioperasi dan diuruskan oleh keluarga Fujiwara Mahito selama lebih kurang 52 generasi! Perusahaan hotel ini dikira sukses di Jepun kerana masih bertahan dan menjadi tumpuan pengunjung.

Seni bina hotel ini sangat klasik dan menggunakan dominasi elemen kayu yang sangat bergaya, sekali gus menyerlahkan gaya negara matahari terbit itu. 

Ianya telah diubahsuai hanya beberapa kali sahaja dan kali terakhir pada tahun 1997 untuk memperbaiki struktur yang rapuh kerana usianya. Namun, seni binanya masih tidak berubah dan kekal bentuk asalnya.

Hotel yang lebih kepada sebuah resort ini terletak di kaki gunung Akaishi, tidak jauh dari gunung Fuji dan memiliki sumber air panas yang melimpah dari mata air Hakuho. 

Pengunjung dapat menikmati mandian air panas yang disediakan selain dapat menenangkan fikiran kerana lokasinya jauh dari kebisingan kota.


Kredit foto : Knowikia.blogspot.com

Kredit foto : blog.gaijinpot.com

Kredit foto : blog.gaijinpot.com

Kredit foto : blog.gaijinpot.com

Kredit foto : blog.gaijinpot.com

Hotel ini memiliki 35 bilik selepas diubah suai pada 1997 dan pengunjung kebiasaannya datang dari golongan artis, komando askar, para samurai, golongan Kaisar dan ahli politik. 

Walaupun usianya mencecah 1313 tahun, anda tidak perlu khuatir dengan kemudahan di sana kerana ianya cukup lengkap seperti hotel lain. 

Dengan cuaca di kaki gunung yang sejuk dan pemandangan indah, pengalaman menginap di hotel ini pasti menarik! Tetapi, harga bilik di hotel ini juga boleh tahan mahal melebihi RM1700 untuk satu malam!


Kredit foto : knowikia.blogspot.com
Kredit foto : RocketNews24

Namun, di sini tidak disediakan perkhidmatan WiFi dan televisyen. Ianya khusus untuk pengunjung yang inginkan kedamaian dan jauh dari kesibukan dunia seketika. Pendek kata, sesiapa yang menginap di sini tak dapat la nak kemas kini Instagram ya! - CARI
6

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 29-1-2019 06:02 PM
masih cantik
Quote moonbug 29-1-2019 06:20 PM
Masih utuh dan cantik
Quote Artemesiaa 29-1-2019 06:29 PM
Masih cantik dan baik terjaga.
Quote DeeHanania 29-1-2019 06:31 PM
Bes yer, cantik kawasan kat situ
Quote airmineral 29-1-2019 07:08 PM
Bestnyeeee kalau ada duit byk boleh p sini
Quote mareenie 29-1-2019 08:20 PM
Huii mahalnye hampir rm2k satu malam
Quote HannahMontana 29-1-2019 09:12 PM
Aku pernah ke Jepun , pernah gi tempat  under UNESCO ,

Yg xbest aku xboleh tidur.

Bila dah xboleh tidur mmg xkan menjadi   makan angin tu sebab setiap jam aku xcukup tidur.

mcm gusar , mcm serba-serbi xkena


xpernah best melancong  melainkan aku dapat menginap tempat kebiasaan , pergi travel beberapa km lepas tu kena boleh  balik ke tempat inapan baru aku senyum.

Quote doubleA 29-1-2019 11:04 PM
Unik, cantik, dan utuh lagi
Quote tompie 29-1-2019 11:13 PM
insyaAllah satu hari nanti kita boleh menginap di sini.. Aamiin
Quote MsKathryn 29-1-2019 11:47 PM
Hotel cantik.. view pn cantik
Quote farlis 29-1-2019 11:51 PM
Ok.. Blh masuk dlm wish list
Quote mawar_mustika 30-1-2019 09:22 AM
cantiknya tempat ni...teringin nk pergi...tp ble tgk harga dlm mimpi dh le huhuu
Quote sue_liah 30-1-2019 09:38 AM
cantik..mesti rasa nyaman tenang je klau dpt stay sini
Quote ninjago 30-1-2019 11:48 AM
bestnya tinggal kt tempat camnie. zen habis.. dgr kicau burung bunyi air sungai, tengok hijau, udara segar..i miss all this
Quote fifie_olin 30-1-2019 01:49 PM
org2 jepun mmg jaga
Quote puanbintang 30-1-2019 02:21 PM
cantik, bersih je tengok tempatnya
Quote nora_balqis 30-1-2019 03:21 PM
cantiknya..tenang jer tengok
Quote NmeeraR 31-1-2019 04:13 PM
Jepun dan kebersihan mmg win....!
Cantik betul tempat dia....
Quote makton 31-1-2019 04:23 PM
cantiknyaaaa

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063608 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top