Kecoh media sosial apabila ada netizen yang memberi tip bagaimana untuk berkahwin dengan bajet serendah RM3,000 sahaja. Tweet tersebut mendapat banyak persoalan hingga ramai yang tidak percaya dengan post itu. Mana mungkin kenduri perkahwinan yang biasanya memakan kos berpuluh ribu ringgit tiba-tiba hanya itu yang dibelanjakan, tetamu makan apa? Lantaran itu, netizen menyelongkar kisah pasangan tersebut lalu mendapat tahu bahawa kos perkahwinan itu sebenarnya lebih dari itu walaupun pengantin beriya-iya menafikannya.
Ini kerana keluarga pengantin mengeluarkan sebahagian kos menaja menyebabkan pengantin cuma mrngeluarkan bajet 3k sahaja. Jadi, tak teluslah sharing tersebut, sekadar mahukan perhatian? "Nak kahwin cara orang Melayu ni takyah citerlah, memang paling sikit 10K, tetamu 150 orang? Katering apa yang RM6.50 boleh support tu? Lainlah kalau 1,000 orang. Aku yang 300 tetamu pun 1 kepala RM11." Begitulah antara rentetan sindiran kepada individu kahwin yang cuma 3K sahaja. Banyak yang tidak logik dari situ. Malahan, menurut netizen ia lagi pelik apabila memberikan tip jimat kahwin dan berbangga dengannya, lalu meminta orang lain turut berjimat. Sedangkan pengantin sebenarnya ditaja oleh saudara mara. Hal ini menyebabkan netizen yang waras menyampah dengan 'sharing' yang sekadar mengejar populariti. Ini kerana setiap kali 'sharing' ia akan mendapat perhatian dan remaja misalnya akan mempercayai seolah-olah itu adalah bajet sebenar. Jadi, ia mungkin majlis doa selamat tetapi pembuka thread menulisnya sebagai tip jimat kahwin. Mungkin penulis di Twitter perlu menukar tajuk supaya tidak disalah faham hingga menimbulkan pergaduhan di alam maya. - CARI |
9
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie replied at 31-1-2019 02:28 PM
aku dulu pun kawin guna duit seciput jerk
aku cuma bgtau dn kenalkan dgn abg aku calon adik ipar di ...
AbukRokok replied at 31-1-2019 04:26 PM
budak2 twitter mmg sial... lg teruk dri budak wechat
fushimi replied at 31-1-2019 02:47 PM
batak viral ujung ujung kena keji
ADVERTISEMENT