Sanrio Hello Kitty Town adalah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana ia adalah bandar Hello Kitty pertama di luar dari Jepun. Ia merupakan bawah pengurusan Theme Attraction iaitu syarikat yang turut menguruskan KidZania Kuala Lumpur.
Lokasinya juga hanya lebih kurang 10 minit sahaja dari Taman Tema Legoland Malaysia. Sanrio Hello Kitty Maps Untuk itu, ini 10 fakta menarik mengenai Sanrio Hello Kitty Town. 1. Seperti berada di dunia Hello Kitty Di sini, "si penggemar Hello Kitty" boleh rasakan sendiri bagaimana berada di dunia Hello Kitty. Anda berpeluang menjelajahi rumah Hello Kitty dan rasakan keseronokannya di Hello Kitty House. Bahkan, ada aktiviti menarik seperti mencari petunjuk yang tersembunyi sebagai tugas yang perlu diselesaikan. 2. Sanrio Hello Kitty Town dibuka setiap hari kecuali hari Selasa Tiada yang perlu dirisaukan mengenai hari sesuai untuk berkunjung ke sini. SHT di buka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang (kecuali Hari Selasa di TUTUP). Namun begitu, bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ini, SHT akan beroperasi pada hari Selasa. 3. Menonton meet and greet, mini show, dan perarakan bersama Hello Kitty dan watak Sanrio yang lain Meet and greet ini diadakan setiap hari kecuali hari Selasa di kawasan Dream Photo Garden. Jadualnya bergilir-gilir di antara Hello Kitty, My Melody, dan Bad Badtz-Maru bermula dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Selain itu, pameran mini juga diadakan di kawasan Purrfect Stage setiap hari pada jam 1 petang (hari kerja) atau pukul 2 petang (hujung minggu dan cuti sekolah. 4. Pengembaraan bersama Hello Kitty di Hello Kitty OZ Pernah anda menonton filem The Wizard of OZ? Filem yang dikeluarkan pada tahun 1939 (sudah tentu kita semua belum dilahirkan) adalah salah satu filem terbaik abad ke-20 dan telah diulang beberapa kali. Di Sanrio Hello Kitty, anda akan dijemput untuk bercuti dengan Dorothy penyihir besar OZ dan rakan-rakannya dengan latar belakang beberapa tahun selepas mereka berjaya mengalahkan Witch Wicked Barat dan perlu berjuang melindungi negaranya dari pemusnah. Untuk itu, peserta perlu mendapatkan peranti dan mesti digunakan apabila memulakan cabaran untuk menyelesaikan empat cabaran dalam lima belas minit untuk dapat kembali Tanah Oz dan juga membawa cenderahati rumah. Menarik bukan? 5. Melakukan pelbagai aktiviti "feminin" di Wishful Studio Di Wishful Studio, Anda dapat melakukan beberapa aktiviti seperti Jewellery Making, Costume Dress Up sambil mengambil gambar dengankostum Hello Kitty dan watak Sanrio yang telah disediakan. Kemudian di Cookie Studio, anda boleh menghias cookies berbentuk kepala Hello Kitty sesuai mengikut keinginan anda dan setelah itu boleh memakannya. 6. Mengingati nostalgia zaman kecil dengan menaiki Tea Cup Rides Mengenang masa kecil sambil duduk riang di dalam cawan teh bergambar Hello Kitty yang berjalan dan berputar-putar. 7. Singgah sebentar di The Cinnamoroll Café dan Red Bow Cafe yang penuh gaya watak Sanrio dan Hello Kitty Nikmati makanan enak bertemakan Cinnamoroll dan Hello Kitty di dua cafe ini. Antara menu yang menarik adalah nasi lemak Hello Kitty, Nasi Goreng Hello Kitty, Waffle Hello Kitty dan banyak lagi. 8. Jangan lupa membeli belah di Official Hello Kitty Marchandise Store Kredit foto: Google Di sini anda boleh membeli semua jenis barangan Hello Kitty seperti anak patung, botol air, baju t-shirt, baju sejuk, cawan, beg, set alat makan, kotak makan tengah hari, kotan pensil, dan sebagainya. 9. Masih tak boleh 'move on? dengan Hello Kitty? Apa kata anda menginap di Jen Hotel dan menempah bilik bertemakan Hello Kitty Jen Hotel sebuah hotel mempunyai satu kompleks dengan dengan Sanrio Hello Kitty Town. Jika anda mempunyai bajet lebih, apa kata anda cuba menginap di bilik hotel bertemakan Hello Kitty yang berada di sini. Terdapat pelbagai jenis saiz bilik yang pasti menepati citarasa anda. Bawa anak-anak dinikmati keseronokan dengan bermain permainan seperti Bertie The Bus, Sodor Windmill Ride, Colin Crine Drop Ride dan banyak lagi. Anda juga boleh membeli cenderamata bertemakan Thomas dan menjamu selera di McBunn Café yang diinspirasikan dari TV Siri Thomas & Friends di Crosby sebuah bandar kecil di Pulau Sodor. 10. Bermain bersama Barney, Angelina Ballerina, Bon Builder, Pingu Dah ada yang pernah berkunjung ke sini ke? Bagi yang belum, apa tunggu lagi.. Harga serendah RM85 dan mengikut pakej yang anda inginkan. Untuk makluman lanjut boleh layari: Sanrio Hello Kitty Town -CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT