CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beriya-Iya Nak Ambil Swafoto, Rupa-Rupanya Tanda Sebelum Rentung Dalam Nahas

1-2-2019 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2856| Komen: 6|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lelaki dikenali sebagai Norhaliszam Bongsu, 33, sempat mengambil swafoto terkahir sebelum rentung dalam nahas yang berlaku di Jalan Bulat, Sarikei.

Menurut rakan karibnya, Awang Mohd Khairol Hakimi Awang Sudin, 25, berkata kira-kira dua jam sebelum kejadian,  Allahyarham kelihatan bersungguh-sungguh mahu berswafoto ketika mereka keluar bersama menunggang motosikal berkuasa tinggi.


Norhaliszam Bongsu (belakang) bersama Hakimi (depan), Foto: Berita Harian
“Ia seolah-olah menjadi petanda kejadian akan berlaku, namun ketika itu saya tidak perasan kerana arwah memang kelihatan ceria seperti biasa.

“Pelik apabila arwah minta nombor telefon saya sedangkan beliau memang ada menyimpannya. 


“Saya bertanya mengapa begitu beriya-iya meminta nombor telefon saya sedangkan kami sudah lama berkawan. Arwah cuma menjawab manalah tahu kalau ada apa-apa berlaku."

Berita Harian melaporkan, arwah dan beberapa rakan lain menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi menjelajah Borneo dan sedang dalam perjalanan ke Sabah.

Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya meneruskan perjalanan sebelum singgah dan bermalam di Bandaraya Miri.

“Selepas mengisi minyak di Jakar (di Sarikei), arwah Norhaliszam meneruskan perjalanan dan memang saya tidak menyangka itulah detik terakhir saya melihatnya,” tambah Hakimi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Alfian Awang Bujang, berkata motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan selepas memotong sebuah lori lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan kenderaan awam itu.

Foto: newsarawaktribune
“Kejadian ini menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal motosikal untuk mengelak bas sebelum bertembung lalu terperosok di bawah kenderaan itu.

“Bas yang dipandu lelaki berusia 54 tahun yang turut membawa seorang konduktor tiket dan empat penumpang bagaimanapun tidak cedera." -CARI
7

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • edmorita79

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 1-2-2019 11:26 AM
kasian...Al-Fatihah...
Quote moonbug 1-2-2019 11:34 AM
Takziah. Selfie jadi kenangan terakhir dengan arwah
Quote ninjago 1-2-2019 11:37 AM
Alfatihah.. tgk kt pic dia siap pakai safety vest and all.. ye lah, malang tak berbau kan. smga diampunkan segala dosanya dan ditempatkn bersama para solehin. amin.
Quote kaklong32 1-2-2019 05:22 PM
alfatihah..
Quote batmana 1-2-2019 08:09 PM
kan double line tu, mana leh potong
ke moto besar dikecualikn undang2 ni?

aku harap, moto besar diharamkan la buat konvoi, selalu nmpk moto bsr camni putus dua, kemalangan, psl yg bawa tu tiada pengalaman

Quote aku_best 2-2-2019 12:03 PM
Al fatihah buat arwah...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.197529 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top