Antara 10 negara Asean, Brunei Darussalam ialah negara terkecil dan paling jarang diperkatakan di kalangan pelancong Malaysia mahupun pelancong antarabangsa. Ini kerana industri pelancongan bukanlah keutamaan negara itu dan kurang dipromosikan.
Sebab itulah, mesti ramai yang tertanya-tanya 'Apakah perkara menarik yang boleh dibuat di Brunei Darussalam?' Dengan niat untuk memenuhi checklist melawat kesemua negara Asean, penulis telah meluangkan masa dua hari untuk menjelajah negara tersebut melalui jalan darat dari Kota Kinabalu. Perjalanan bas selama beberapa jam ke Bandar Seri Begawan melintasi 8 pos imigresen (4 Malaysia , 4 Brunei), jadi bagi anda yang tidak mahu turun-naik berbaris untuk berulang kali cop passport, anda digalakkan menggunakan laluan udara.
Ini 7 perkara yang anda boleh buat di negara Brunei Darussalam; 1. Melawat Masjid Omar Ali Saifuddien Masjid Omar Ali Saifuddien ialah lambang kemegahan negara ini dan sering muncul dalam poster, Instagram ataupun promosi kerana keindahannya. Dikelilingi lagun atau tasik buatan manusia, masjid ini menjadi tumpuan para jurugambar di waktu malam kerana pantulan imej yang seakan simetri apabila terkena cahaya gemerlapan dari lampu-lampu yang mengelilinginya. Dibina menghadap Sungai Brunei, anda juga boleh melawatnya sepuas hati di siang hari. 2. Jelajah Bot Sepanjang Sungai Brunei Sama ada ingin menyewa bot separa mewah ataupun bot bajet, pastikan anda meluangkan masa 2 jam menjelajah sepanjang Sungai Brunei. Bagi yang ingin berjimat, silalah ke dermaga Waterfront dan berunding terus dengan pengemudi bot tempatan. Sepanjang sungai, anda akan disugguhkan dengan pemandangan hutan bakau, perkampungan di atas air, hidupan liar seperti buaya dan monyet proboscis serta beberapa buah Istana Diraja. 3. Melihat Kehidupan Warga Tempatan di Kampung Ayer Dianggarkan lebih 13 ribu warga Brunei memilih untuk mendiami 40 kawasan perkampungan di atas air. Berbeza dengan perkampungan air di Malaysia yang sinonim dengan kemiskinan, Kampung Ayer di negara ini mempunyai nilai sejarah dan serba lengkap dengan kemudahan asas seperti kemudahan elektrik, balai bomba, kedai, masjid, hospital dan sekolah. Melirik ke dalam rumah mereka, anda pasti akan terkejut dengan keadaan hidup mereka yang serba selesa. 4. Jungle Trekking di Taman Negara Ulu Temburong Taman Negara Ulu Temburong ialah taman yang pertama di negara ini dibuka pada tahun 1991, terletak di daerah Temburong. Seperti lazimnya sebuah taman negara, kawasan ini dilindungi dan dikatakan mendapat peruntukan yang besar dariapda Kerajaan untuk pemuliharaan. Pelancong yang berminat boleh menjelajah hutan dan melihat pemandangan menarik dan hidupan liar dari jambatan kanopi. 5. Mencuba Makanan Tempatan di Pasar Malam Gadong Setiap hari mulai jam 4 malam, Pasar Malam Gadong akan mula beroperasi. Banyak gera-gerai yang menjual menu tempatan boleh didapati di sini. Pastikan anda mencuba Nasi Katok, sejenis sajian asli negara Brunei. Sekiranya anda ingin mencuba kuih muih, bolehlH berkunjung ke Tamu Kianggeh, berdekatan Kampung Ayer yang beroperasi seawal 6.00 pagi. 6. Melihat Artifak Diraja di Royal Regalia Museum dan Muzium Brunei Terdapat beberapa muzium yang menarik di Bandar Seri Begawan. Dua jenis muzium yang utama ialah Royal Regalia yang mempamerkan peralatan kebesaran mewah Diraja Brunei dan Muzium Brunei yang menyimpan khazanah bersejarah negara tersebut. Untungnya, hampir kesemua muzium di negara ini tidak mengenakan bayaran masuk untuk warga tempatan dan pelancong! 7. Mencuba Permainan di Jerudong Park Jika anda datang dengan keluarga dan membawa anak-anak, berkunjunglah ke Jerudong Park. Mula dibuka pada tahun 1994, taman rekreasi ini dahulunya adalah taman tema yang terbesar di Asia sebelum disaingi oleh beberapa taman tema negara lain. Sekiranya anda ada kesempatan lebih 2 hari, anda juga boleh menambah aktiviti-aktiviti lain seperti melawat Istana Nurul Iman, berjalan-jalan sekitar bandaraya, membeli belah ataupun mengunjungi pantai. Pastikan juga anda menyewa teksi harian kerana pengangkutan awam di negara ini sangat terbatas memandangkan hampir setiap keluarga memiliki kenderaan masing-masing. Semoga perkongsian ini berfaedah bagi anda yang ingin melihat sendiri keindahan Negara Brunei Darussalam. -CARI
|
14
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 7-2-2019 12:25 PM
Tips
1. Jangan pegi masa cuti, kotanya sepi-sesepi sepinya
sinalegna: Brunei takde Grab ke TT? Rakyatnye pon dok shopping sini je
belilies replied at 7-2-2019 12:49 PM
Iols dh pernah keje sana. And baca dr view seorg pelancong, there's nothing interesting in any of th ...
syadq replied at 7-2-2019 01:23 PM
Anak ikan ramai tak sis?
Nampak ramai jgk pergi Brunei last year. Tapi kalau takde yg in ...
belilies replied at 7-2-2019 12:49 PM
Iols dh pernah keje sana. And baca dr view seorg pelancong, there's nothing interesting in any of th ...
prettyuglybabe replied at 7-2-2019 03:42 PM
klu perempuan travel alone selamat tak?
brunei tak ada beach ke just for short vacay?
epis replied at 7-2-2019 04:43 PM
Baca review pon gtau penduduk brunei x mesra pelancong.. tu yg x ramai pelancong nk ke sana tu.. ape ...
Sang_Pencinta replied at 7-2-2019 05:03 PM
Kalau pelancong orang putih dilayan bak raja sis
Hari tu jalan2 dgn kawan satu hostel (orang pu ...
prettyuglybabe replied at 7-2-2019 03:42 PM
klu perempuan travel alone selamat tak?
brunei tak ada beach ke just for short vacay?
ADVERTISEMENT