Pernahkah anda mengetahui di dunia ini ada satu pulau yang
dianggap seolah-olah berada di planet asing? Memetik majalah sains dan Harian Metro, Pulau Socotra adalah sebuah pulau yang berada kira-kira 350 kilometer dari pantai tenggara
Yaman. Semasa pembentukan benua masih aktif ,sebahagian kecil tanah
Afrika terpisah . Ia berlaku sekitar 7 juta tahun dahulu yang membentuk sebuah
gugusan-gugusan pulau . Antaranya ialah Pulau Socotra, yang ditemui sejak kurun
pertama Masihi. Kesultanan Mahra pernah memiliki pulau ini sebelum beralih kuasa kepada republik Yaman pada 30 November 1967 . Pulau-pulau kecil berdekatan dengannya ialah Pulau Samhah, Abd
Al Kuri dan Darsa. Pulau Socotra ini terkenal dengan flora dan fauna yang
pelik. Ia dianggap seperti sebuah tempat yang mempunyai landskap yang sangat
luar biasa seolah-olah berada di planet lain. Pulau ini juga mempunyai 40 ribu
penduduk yang masih mempercayai amalan kuno
dan mengamalkan sistem barter. Mereka ini merupakan penggembala kambing,nelayan ,dukun dan imam. Pergunungan Haghier merupakan
puncak tertinggi di pulau tersebut dengan ketinggian 1.500 m dari permukaan
laut dan suhu tahunan kira-kira 18 darjah celcius. Melalui satu kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), saintis telah menemui 700 spesis endemic yang tidak pernah wujud di
mana-mana tempat di muka bumi ini. Pada Julai 2008, Pulau ini telah perakui oleh UNESCO sebagai
warisan dunia .Walaupun mempunyai permandangan luar
biasa, ia tidak boleh dilawati buat masa ini. Banyak juga negara yang melarang
untuk melawati pulau ini kerana situasi keselamatan di negara tersebut yang tidak
stabil. Mari
kita susuri gambar-gambar menarik Pulau Socotra Cantik bukan? Pulau ini juga dikaitkan dengan tempat kurungan Dajjal, melihat kepada lokasi Pulau tersebut yang terpencil dengan keunikan alamnya dan kawasannya tepat di Laut Yaman. Wallaahu'alam. -CARI |
10
Bagus |
4
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT