CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Manfaat Labu Siam Selain Enak Di MakanTerutama Bagi Ibu Mengandung

21-2-2019 10:25 AM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 5424| Komen: 12|Original author: Oleh: monolog

Labu Siam, Labu Jepun atau Sechium edule adalah sejenis sayuran yang sama, merupakan jenis sayuran labu rendah kalori. Labu siam sangat baik untuk wanita hamil dan golongan yang ingin menurunkan berat badan.



Kredit foto:google

Berikut adalah faedah labu siam kepada kesihatan tubuh:


1. Bagus untuk wanita hamil

Kandungan vitamin B9 (folat) sangat baik bagi memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil bagi kesihatan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan, bahkan mengelak daripada berlakunya keguguran.
 

2. Menjaga kolesterol


Labu adalah sayuran yang mengandungi rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu. Sehubungan itu, ia sangat sesuai diamalkan dalam diet pemakanan seharian bagi menjaga kadar kolesterol dalam badan.


3. Mengawal tekanan darah tinggi

Ia juga dapat membantu anda mengawal tekanan darah tinggi kerana mempunyai sifat diuretik ringan.


Kredit foto:google


4. Mengatasi Anemia

Kekurangan zat besi adalah salah satu sebab anda boleh menderita penyakit anemia. Maka, labu siam merupakan sumber  terbaik bagi membantu hemoglobin mengikat oksigen kerana kandungan zat besi yang ada di dalamnya.


5. Mengatasi Radikal Bebas

Vitamin C yang terdapat dalam labu siam bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Zat ini juga membantu mencegah kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas. Tidak hairan juga labu siam boleh membantu membaiki kulit wajah.


6. Antikanser

Kandungan antioksidan flavonoid poli fenolik di dalam labu siam dikatakan boleh mengikat radikal bebas yang berbahaya di
dalam tubuh yang merupakan agen tercetusnya sel kanser. Amalan pemakanan labu siam yang teratur dapat mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser.


Kredit foto:google

Pada sesiapa di luar sana yang belum pernah merasainya, marilah cuba mengamalkannya. Cukup ditumis air sahaja sudah memikat selera. Apa lagi, jom cuba! - CARI
7

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 21-2-2019 11:09 AM
sedapnya buat sup ni..ala2 buah kundur gitu..
Quote Artemesiaa 21-2-2019 11:39 AM
Tips menarik tapi tak ramai yang tahu atau pernah makannya
Quote bluebellvine 21-2-2019 11:58 AM
penah tgk buah ni tapi tak tau apa dia. rupa2nya labu ye. masak apa yg sedap. ada yg blh share resepi tak. nnt boleh try beli dan masak.
Quote ninjago 21-2-2019 12:13 PM
selalu labu siam nie samada makan kt restoran, hospital / asrama je. tak penah beli sendiri and masak. nanti nak try la...sedap nie buat sup letak su'un letak lada sulah banyak2.. makan ngan nasi pepanas.. fuhhh
Quote intan_smsb 21-2-2019 12:57 PM
ok meols lapar
Quote awliya 21-2-2019 01:33 PM
labu air kan
Quote lee_sakura 21-2-2019 02:27 PM
bagusnya khasiat buah ni, tq tt bg info
Quote ciwelireng 21-2-2019 05:15 PM
make sure buang getah dia dulu sebelum di masak
Quote monolog 21-2-2019 05:27 PM
awliya replied at 21-2-2019 01:33 PM
labu air kan

Bukan labu air...lain..labu air rupanya lain
Quote sehirkedi 22-2-2019 02:29 AM
Dulu nampak kat Cameron Highlands ingatkan buah jambu batu.. Hehe.. Beli bawak balik, mak cakap ni sayurla. Sedap sangat. Tumis dengan udang atau buat masak air.
Quote Ivysaur 5-6-2019 06:53 PM
ciwelireng replied at 21-2-2019 05:15 PM
make sure buang getah dia dulu sebelum di masak

Macam mana nak buang getah buah ni
Quote MrsYaya 10-6-2019 04:20 PM
saya masak halia letak labu ni..potong panjang2..
cara2..buang kulit dia je..lepas tu potong panjang2..
masak ayam halia+labu ni..yummy!

sangat sedap..

sayur tumis air pun sedap, sup pun sedap..sup ayam cincang tambah labu ni pun sedap

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099159 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top