Emma Maembong sah tidak lagi bertudung sejak tiga hari lepas. Pengakuan tersebut dibuat secara eksklusif kepada BH Online. Menurutnya tindakan tersebut bukanlah contoh yang baik sekaligus memohon maaf dan mengakui khilafnya.
Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, mengakui imannya masih belum kukuh.
"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada. "Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Buka tudung bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya. "Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka." Tambahnya, "Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung. "Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain. "Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah kantoi, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna."
Sementara itu Emma turut menafikan dakwaan dia mengenakan hijab sebelim ini kerana mengusahakan perniagaan tudung. "Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan."
Mengulas mengenai reaksi ahli keluarganya Emma menjawab, mereka akur dengan keputusannya. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan sakit saya menjadi anak seni. "Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|