Jika anda di meja makan atau makan malam di sebuah restoran, cuba lihat di sekeliling anda. Berapa ramai yang sedang tekun dengan telefon pintar masing-masing?
Pasti bilangannya mengejutkan. Menurut laporan terbaru dalam MalayMail, rakyat Malaysia antara penagih telefon pintar tertinggi di dunia. Dilaporkan lebih 66 peratus rakyat negara ini tidak dapat berenggang dengan telefon pintar masing-masing seperti Samsung, iPhone, iPads, dan gajet lain. Malangnya, ramai yang tidak tidak tahu mereka sebenarnya penagih gajet sehingga menggangu kualiti hidup sekeluarga. Menurut laman Psy Guides, berikut adalah 10 Tanda anda mungkin penagih telefon yang kronik. 1. Tiada Sela 15 Minit Perhatikan sela masa anda berenggang dengan telefon. Adakah anda dapat melupakannya kurang daripada 15 minit? Adakah anda membawa telefon ke mana sahaja anda berada, walaupun di dalam tandas? Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 2. Pertama dan Terakhir Apakah benda pertama yang anda cari selepas bangun pagi? Pasti bukannya memberus gigi. Dan apakah benda terakhir yang anda letakkan sebelum tidur? Juga bukan buku seperti dahulu. Jika jawapan anda untuk kedua-dua perkara ini adalah telefon, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 3. Guna Telefon Walaupun Tidak Sepatutnya Adakah anda pernah membawa dan memeriksa telefon pintar ketika berada di masjid ataupun gereja? Bagaimana pula ketika menghadiri majlis dan taklimat penting, bolehkah anda menumpukan perhatian dan menyimpannya di dalam beg sehingga majlis selesai? Jika anda menggunakan telefon walaupun tidak sepatutnya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 4. Guna Telefon Walau Ada Risiko Perkara yang paling berbahaya, menggunakan telefon ketika sedang berada dalam keadaan berisiko seperti memandu atau melintas jalan. Lebih menakutkan, bukan sekadar menjawab panggilan malahan ada juga yang sempat menaip jawapan mesej ketika memegang stereng. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 5. Guna Telefon Untuk Kerja Mudah Anda terlalu mengandalkan telefon bimbit walaupun untuk kerja-kerja mudah seperti menyemak ejaan atau kiraan 20+19 menggunakan kalkulator. Pendek kata, anda tidak suka lagi menggunakan sel otak untuk berfikir atau bekerja walaupun untuk seketika. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 6. Abaikan Masa Bersama Keluarga Masa yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga sebaliknya diisi dengan membelek telefon pintar. Ketika bersama dengan anak atau beriadah, anda pula lebih tertarik dengan status kawan-kawan di Facebook atau Instagram. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 7. Guna Telefon Ketika Makan Anda meletakkan telefon bimbit di sebelah pinggan ketika makan. Malah, ada ketikanya anda menyuap makanan sambil fokus dengan perbualan WhatApps di alam maya berbanding dengan perbualan di alam nyata dengan ahli keluarga di meja makan. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 8. Resah Gelisah Tanpa Telefon Tertinggal telefon, telefon rosak atau kehabisan bateri adalah mimpi ngeri buat anda. Anda menjadi resah gelisah dan seboleh-bolehnya ingin menggantikan kehilangan telefon atau mencari pengecas secepat mungkin. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 9. Balas Mesej Serta merta Walaupun tidak penting, anda tetap membalas mesej rakan-rakan dengan serta merta. Anda juga suka menyampuk perbualan walaupun yang tidak ada kaitan dengan anda. Sekiranya telefon anda senyap seketika, anda merasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. 10. Lebih Suka Pegang Telefon Daripada Masukkan Dalam Poket / Beg Anda lebih suka memegang telefon bimbit daripada memasukkannya ke dalam poket atau beg. Anda mahu akses segera kepada telefon bimbit sekiranya ada panggilan atau mesej. Anda juga kerap 'on' dan 'off' skrin tanpa sebarang sebab. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik. Sekiranya anda menunjukkan salah satu simptom yang kronik seperti di atas, anda memerkukan bantuan untuk menghilangkan ketagihan terhadap telefon pintar anda. Menurut pakar psikologi, anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan seperti meninggalkan telefon sekali-sekala, mengehadkan pembelian data internat, keluar daripada kumpulan WhatApps yang tidak bermanfaat dan dapatkan hobi baru yang menarik dan tidak melibatkan telefon. - CARI
|
4
Bagus |
9
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 7-2-2019 12:44 PM
Rindu 10 tahun lepas lepak dengan kawan-kawan kat mamak berborak 3-4 jam sampai lebam. Sekarang no e ...
netto_ replied at 10-2-2019 09:50 AM
Aku mlm td dr kul 8mlm smpai 11mlm duk ngadap phone. Letih btul la da mcm ape je. Asal blk ke rutin ...
Sang_Pencinta replied at 10-2-2019 09:23 PM
Amboi 3 jam straight ke pegang phone?
ADVERTISEMENT