CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kemahiran Setiap Lelaki Harus Miliki Dalam Kehidupan

7-2-2019 11:08 AM| Diterbitkan: hatimhaizan| Dilihat: 3639| Komen: 7|Original author: Oleh: hatimhaizan

Apa yang membezakan lelaki dan budak lelaki? Perbezaaannya adalah kemahiran dan tanggungjawab seseorang lelaki itu.

Ini adalah empat perkara yang anda perlu mahir supaya boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik. 



1. Belajar cara mempertahankan diri.

Sebagai seorang lelaki yang akan menjadi ketua keluarga kelak, anda haruslah belajar cara-cara untuk mempertahankan diri. Tidak kisahlah mempertahankan diri daripada apa sekalipun. 

Lelaki perlulah nampak gagah dan boleh diharap di mata wanita. Kalau semua benda anda nak takut, perempuan mana yang nak kan?




2. Penyelenggaraan asas kereta.

Lelaki perlu tahu cara-cara untuk penyelenggaraan asas kereta. Tidak perlu untuk menjadi mekanik yang mahir baru nak belajar tukar tayar. Penyelenggaraan kereta paling asas adalah seperti menukar tayar dan jumpstart kereta. 

Kalau nampak tayar kereta awek pancit, bolehlah tolong tukarkan. Silap-silap, boleh bertemu jodoh pula. Siapa tahu, kan?



3. Belajar memasak.

Bukan wanita sahaja yang perlu tahu memasak, tetapi lelaki juga perlu tahu memasak. Masak makanan yang mudah saja pun sudah mencukupi seperti telur masak kicap, sotong goreng tepung dan sebagainya. 

Lagipun, memasak adalah kemahiran yang bagus untuk dimiliki. Jika wanita yang anda suka tahu bahawa anda boleh memasak, pasti dia akan jatuh hati.


4. Kemaskan penampilan diri. 

Misai atau janggut yang tidak kemas akan menampakkan lelaki itu sebagai seorang pengotor dan tidak kisah terhadap penampilan dirinya. Sebagai seorang lelaki, anda perlulah tahu cara-cara untuk membersihkan atau trim misai dan janggut supaya sentiasa kelihatan kemas. 

Wanita mana saja mahukan lelaki yang kelihatan tidak terurus dan serabai.



Jadi, kepada lelaki diluar sana, belajarlah kemahiran-kemahiran ini untuk menjadi lelaki yang berguna kepada si dia kelak. Kalau anda rasa ada lagi tambahan, sila kongsi di ruangan komen, okey? - CARI
8

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spankee_fili 7-2-2019 11:34 AM
Orang laki ni advantage dari segi teknikal..
Tak payah beriya belajar pun tau aje takat nak buat simple wiring atau plumbing..
Ai kalau nak tukar soket pun mau google dulu step by step pastu the dos and donts..
Sama jugak kalau masak, takyah beriya pun sodap..
Dulu pernah duduk ngan ayah berdua masa cuti sem sebab mak ngan siblings lain balik kampung nenek sakit..
satu hari tu gigih iols masak gulai ayam tapi fail semedang..
Esok pagi bangun ada seperiuk bapak meols masak gulai ayam tip top punya sedap..saja je dia masak awal2 nak hijack supaya tak perlu makan masakan meols..
Sentap tau..
Quote Sang_Pencinta 7-2-2019 11:41 AM
Ini jer?

Macam mana pula dengan cari nafkah?
Jaga baby?
Membaiki peralatan rumah?
Mencuci?
Quote mdhelmi 7-2-2019 12:18 PM
aku suka buat wiring dan repair alat elektrik
asalnya dulu mmg suka memandai2 sampai jahanam mesin2
pernah 2 hari asik blackout siap komplen TnB buat penyambungan xbtol
padahal 2minggu sebelum tu aku btolkan rice cooker tukar thermal fuse je
buang rice cooker tu terus setel huhu
byk benda belajar dari pengalaman tapahape
skrg dah terer la jugak
Quote Artemesiaa 7-2-2019 12:26 PM
Sebab tu kena biasakan semua tu sedari kecik bukan dirajakan oleh orang tua yang akhirnya bakal menyusahlan bila dewasa kelak sebab tak pandai itu ini.
Quote syidasaleh 8-2-2019 01:09 AM
Ada je jenis tak reti apa. Officemate i. Dok hari2 cite tunang dia lipat baju sangkut baju iron baju segala tak pandai, tukar mentol lampu tak reti, lepas makan tggl pinggan atas meja. Ayoyoyo. Pure bodoh ke pemalas
Quote None68 8-2-2019 04:50 PM
Yang sebenaunya tolak ansur dan kerjasama utk membina persefahaman dan keserasian..
Quote Juju89 4-3-2019 03:49 PM
menolong isteri di dapur tak semestinya air muka tu akan jatuh anda berkahwin untuk hidup bersama bukan lah ambik orang gaji.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038234 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top