Video berdurasi 49 saaat membabitkan aktiviti keagamaan Hindu di hadapan sebuah restoran tular di media sosial. Rakaman tersebut menyaksikan seorang lelaki berjalan tanpa selipar membawa api melalui pagar besi tertera perkataan Prata Maju.
Mengulas mengenainya, pemilik restoran Prata Maju di Bandar Putra Kulai, Kulai, Abul Barakath Khanifah, 44, berkata, “Dia tahu ketika ini restoran mamak keluar dengan pelbagai isu bukan-bukan dan inilah kesempatan untuk menghentam bisnes saya.”
Tambahnya dia tidak menolak perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak tertentu untuk mensabotaj perniagaan yang sudah diusahakannya sejak 17 tahun lepas bersama isteri, Syedha Begam Gani, 39. Harian Metro melaporkan, sebagai seorang muslim, dia tahu mana halal dan haram. Dia mengetahui mengenai video tersebut selepas diberitahu oleh pelanggan tetapnya sejak 10 tahun lepas. “Ketika itu, memang saya terkejut melihat gelagat seorang lelaki mengadakan upacara perubatan tradisional India di hadapan kedai saya. “Apabila saya perhatikan, lelaki itu adalah pekerja saya dan ia berlaku ketika saya mengikuti program ijtima’ jemaah tabligh di India selama tiga hari, minggu lalu.” “Apabila saya tanya mengenai perbuatan itu, pekerja terbabit mengaku membuat perkara berkenaan kerana mahu mengubati penyakitnya (pekerja). “Dia mengaku melakukan perbuatan berkenaan ketika kedai kami ditutup selepas jam 12 tengah malam tanpa memberitahu saya atau isteri.” Video yang tular itu memberi kesan kepada perniagaannya hingga tiada pelanggan datang kerana dipercayai percayakan fitnah netizen yang tidak tahu perkara sebenar. “Kejadian ini seperti mengulangi sejarah lalu apabila restoran saya pernah mendapat kecaman pada 2003. “Cuma dulu tidak ada medium media sosial dan cerita restoran ini dijaja dari mulut ke mulut termasuk makanan tidak sedap, tempat tidak bersih hingga mengadu perkara itu kepada Kementerian Kesihatan. “Tapi akhirnya pihak yang menjaja cerita gagal dalam usahanya untuk menjatuhkan bisnes saya.” Tidak timbul isu halal atau haram kerana semua bahan mentah dibelinya sendiri dengan isteri. “Tukang masak saya orang Melayu bernama Kak Hamidah, selain dibantu tiga pekerja muslim lain termasuk warga Indonesia. “Saya menyerahkan isu berkenaan kepada Persatuan Usahawan India Muslim (PERUSIM) untuk mengambil sebarang tindakan sewajarnya. “Identiti individu yang merakam dan menyebarkan video terbabit sudah dikenalpasti." -CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iwansa replied at 7-2-2019 12:44 PM
dalam 10 cakap 1 nombor, dalam hati aku ada apa aku cakap.. kikikiki
zjen replied at 7-2-2019 06:05 PM
susah la nak kasi restoren mamak semua tak wujud, sbb bangsa deols mostly akan sokong wlpon agama ...
minguk replied at 7-2-2019 12:20 PM
dah kenapa buat sembahan dalam restoran muslim?
zjen replied at 7-2-2019 06:05 PM
susah la nak kasi restoren mamak semua tak wujud, sbb bangsa deols mostly akan sokong wlpon agama ...
ADVERTISEMENT