CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bapa Kedekut...Bagi Nafkah Anak RM10 Sebulan. Agak-Agak Dapat Beli Apa?

8-2-2019 10:06 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10974| Komen: 50|Original author: Oleh: Whitney



Kredit foto: Fb: Khyer Hameed & caria internet

Apabila ibu bapa bercerai, kebanyakan anak-anak akan menjadi mangsa keadaan. Mereka bukan sahaja akan kekurangan kasih sayang tetapi turut tidak mendapat nafkah daripada si bapa jika bapa mereka seakan tidak mahu bertanggungjawab apabila anak-anaknya berada dibawah jagaan bekas isteri.  


Sudah banyak kisah yang dikongsi berkenaan tuntutan nafkah daripada golongan wanita tetapi kaum lelaki yang bergelar bapa sentiasa culas dalam pemberian nafkah kepada anak-anak lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin lagi dan mempunyai tanggungan lain. Walau pun jumlah nafkah untuk anak-anak sudah diputuskan oleh pihak mahkamah tetapi ia bagaikan tidak membantu.


Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status tidak berpuas hati dan mengecam sikap kaum lelaki yang bergelar bapa tetapi begitu kedekut dalam pemberian nafkah kepada darah dagingnya sendiri. Lucunya, biar pun mahkamah telah mengarahkan bapa tersebut memberi nafkah sebanyak RM818 sebulan untuk ketiga-tiga anaknya tetapi dia hanya memasukkan RM10 sahaja ke dalam akaun bank bekas isterinya.

Kredit foto: Fb: Khyer Hameed

Kedekut...Baik tak payah bagi terus!

Rata-rata netizen wanita yang ramai memberi komen pada status facebook tersebut dan sudah semestinya mereka turut mengecam dan marah dengan sikap kedekut dan tidak bertanggung jawab lelaki itu. Ada yang berpendapat lebih baik si bapa tidak memberi nafkah langsung jika hanya memberi RM10 kerana ia seakan menghina anak-anak sendiri dan menyakitkan hati bekas isterinya.


Akhirnya, anak-anak juga yang dituduh derhaka

Agak-agaknya apa yang mampu dibeli dengan hanya RM10 dan dikongsi pula dengan tiga orang anak. Netizen membuat andaian sendiri, bahawa tidak hairanlah apabila anak-anak sudah besar nanti, ada bapa mereka yang hidup merempat kerana terlalu berkira dengan nafkah anak-anak mereka semasa kecil. Tetapi akhirnya anak-anak juga yang digelar anak derhaka.


Gagal dalam hidup kerana tidak berkat

Seorang netizen turut berkongsi kisahnya berkaitan tuntutan nafkah yang tidak pernah diberikan oleh bekas suaminya. Bukan hanya selepas bercerai, malah semasa masih sah bergelar isteri, haknya turut dinafikan. Kesian betul pada wanita yang dapat spesis suami kedekut kan? Sememangnya hidup lelaki sebegitu tidak diberkati dan sentiasa tidak tenang dalam hidup mereka.   

Jika kalian adalah lelaki yang masih belum faham erti tanggung jawab dan belum bersedia untuk bergelar bapa, lebih baik kalian menangguhkan dulu niat untuk berkahwin dan mempunyai anak. Isteri dan anak-anak adalah amanah dan akan dipersoalkan hak mereka di akhirat nanti. Betul tak? - CARI 

3

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • cikenet76

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mahalnya 8-2-2019 10:25 AM
Mjawab la spesis bangau ni kat akhirat ye
Quote manehnya 8-2-2019 10:35 AM
Sampainya hati ayah
Quote prettyuglybabe 8-2-2019 10:38 AM
nak tengok cerita full dulu..
kadang pompuan ni dia bolot anak sorang..
bapak nak jumpa nak bawak keluar nak bermalam tak dapat..
pastu dok meratib itu ini..
kalau i jadi pompuan, i bagi je laki jaga anak..
i amik hujung minggu
Quote Megikari 8-2-2019 10:55 AM
prettyuglybabe: nak tengok cerita full dulu..kadang pompuan ni dia bolot anak sorang..bapak nak jumpa nak bawak keluar nak bermalam tak dapat..pastu dok meratib itu i ...


Hahahah.. Kannn... Kalau i pun, i bagi je bapaknya jaga. Biar menyusahkan bini baru dia pulak
Quote mieymiey 8-2-2019 11:18 AM
RM10 tu asal lepas istilah 'bagi nafkah' ker caner??
Quote nisako 8-2-2019 11:19 AM
adui kedekutnye.................
Quote idadzira 8-2-2019 12:07 PM
ok la tu atleast dia bagi.....ex aku harammmm....3 bulan lepas cerai je bagi lepas tu terus hilang. memanjang x de duit.
Quote chicozinn 8-2-2019 12:14 PM
aku jenis xbelahkan sesape la ye cuma nk citer pengalaman aku je..

bese dlm proses cerai dlm peruntukan undang2 pun ade cakap laki kne bagi nafkah kat ex bini sampai la ex bini kawen lain..tapi kalu jenis non muslim ni deyyoollss kebanyakan bersekedudukan sesenyap ngn bf baru n mostly bf baru support kaw2 tapi masih dok tagih2 duit nafkah dari somi..kadang aku tgok deyoollss bercerai sebab laki keje jauh (singapore) xpun wat 2-3 keje sebulan n jarang spend time ngn bini..bila tgok bini kemaghin muka licin pastu beg designer ori2 kalah beg aku beli kat the store ajerr..tapi kalu jinjang cerai memang ex wife tekan habis-habisan ex laki deyoollss ni padahal yg wt taik si ex wife tu..pastu anak pndai lak bgi kat laki soh jaga..hanat tol prangai..
Quote glump 8-2-2019 01:58 PM
Ada gak wanita yg bijak sikit, lepas cerai jaga anak2 so bekas suami kena bg nafkah utk ank tu kat dia. Dia tak yah kerja hari2 melepak. Anak2 bg mak n adk beradik dia jaga. Yg penting bila nk duit, mintak bekas suami dgn alasan anak. Tak yah kerja sbb sibuk jaga anak
Quote None68 8-2-2019 02:42 PM
Bertahun2 isu gini..kena buat undang2 la klu bercerai kena potong gaji suami bulan2 masuk akaun anak.
Quote kakaro940 8-2-2019 03:40 PM
bab nafkah ni lelaki mmg fail la bkn smua tp majoriti bgini..nak kata x kerja ada kerja jgk..
Quote haryatie 8-2-2019 03:44 PM
Edited by haryatie at 8-2-2019 03:47 PM

ramai jerk jntn2 yg kedekut pe lg da bercerai
kdg tu masih sbg suami pun kedekut jugak
tu la malang nya prempuan kalau da tersalah pilih suami
so yg penting semua prempuan sepatut nya ada kerjaya & income yg tetap
lg elok berharta jugak
ex laki @ laki x nak bg duit, still boleh hidup dgn elok jugak
kemudian hari biar lah dia menjwb dgn Allah
kalau da degil nk mampus tu...
agak2 klau laki tu mcam biawak hidup buang jerk jauh2
aman2 duit x yah kongsi dgn dia
baik guna utk diri sendiri dgn anak2 klau masih nak jaga sendiri
sok2 da tua ada la ank2 dgn kita
lg pun anak2 akan makin membesar
ex laki biar la dia hidup mcam mana pun
mcam aku sekrang kita org gelak2 jerk tengok ex laki aku kawin baru
maybe kalau ada ank baru nak blajar merangkak
sdg kan ank aku da bsar pjg
aku da bleh jd mem besar...

Quote makita 8-2-2019 04:55 PM
prettyuglybabe replied at 8-2-2019 10:38 AM
nak tengok cerita full dulu..
kadang pompuan ni dia bolot anak sorang..
bapak nak jumpa nak bawak  ...

55 thun lepas nenek meols pnh buat mcm gini. Laki curang, then nenek meols tinggal kan ank kt ex laki. Ex laki hantar ank2 kt kampung suh mak dia jaga. Ex laki cari bini baru n ada ank baru dan nenek meols cari laki baru n ada ank baru. Anak2 dari perkahwinan lama terpaksa hidop seadanya dengan nenek dan atok.
Quote pumpkingirl 8-2-2019 06:02 PM
None68 replied at 8-2-2019 02:42 PM
Bertahun2 isu gini..kena buat undang2 la klu bercerai kena potong gaji suami bulan2 masuk akaun anak ...

Kan..isu yg dah basi dari dulu takde perubahan.. mcm non muslim aman2 je potong gaji ex laki..kwn aku sorang anak potong rm600 slip gaji exlaki..padahal ex laki gaji tak byk mana pun..yg muslim pulak ex laki kaya tapi dpt sorang rm50 je sebulan..tu pun kdg bayar kdg tak..kesian..menjawabla mahkamah syariah yg berat sebelah ni..
Quote prettyuglybabe 8-2-2019 06:15 PM
makita replied at 8-2-2019 04:55 PM
55 thun lepas nenek meols pnh buat mcm gini. Laki curang, then nenek meols tinggal kan ank kt ex l ...

by right, kalau bapak tak bertanggungjawab, family si bapak kena tanggung nafkah anak-anak tu..

Quote None68 8-2-2019 07:50 PM
prettyuglybabe replied at 8-2-2019 06:15 PM
by right, kalau bapak tak bertanggungjawab, family si bapak kena tanggung nafkah anak-anak tu..

...

Hati kena kental ler takut kena dera ke apa..
Quote makita 8-2-2019 09:47 PM
prettyuglybabe replied at 8-2-2019 06:15 PM
by right, kalau bapak tak bertanggungjawab, family si bapak kena tanggung nafkah anak-anak tu..

...

Dari segi duit suma cukup mkn pakai anak tu cuma bab kasih syg mak pak tu xde la sebab masing2 pakat berlumba2 bina family baru.
Quote coconico 8-2-2019 10:42 PM
RM10 serupa mcm tak bagi apa. Beras sekampit pun tak lepas. Baik dia simpan buat beli kondom. Berhenti membiak.
Quote chinta89 10-2-2019 03:18 PM
mak pak kalau dgn anak perempuan kemain duk ajar suruh bljr memasak, anak malas berbakul2 kena bleter, suruh ambik hati mentua la ape la bila lps kawin..

tp kalau anak lelaki buat anak org mcm ni, ade mak pak berani tegur? duk sibuk suruh berbini lagi ade lah semata2 kesian anak tu hidup makan minum pakai tak terurus katanya.

susah eh makpak nk bg ajaran didikan sepatutnya ttg tanggungjawab lelaki??

ni kawan2 aku yg cter ye, dan jgk pengalaman tgk sdra mara sdiri. sedih.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.047032 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top