Jika membawang di media sosial, sakitnya tidaklah terlalu dalam, namun apabila dihamburkan kata nista di depan mata, pastinya pedih hingga ke hati. Begitulah yang terjadi kepada pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir atau lebih dikenali dengan nama Haze apabila disindir sebagai pondan hanya kerana karektor lembutnya. Lebih malang, orang tersebut adalah tetamu jemputan yang turut mengisi slot program yang makin panas itu. Segala luahan Haze diungkapkan dalam bentuk video di Youtube yang berdurasi selama 9 minit 27 saat dan juga di Instagram.
'Gemuk, Hitam, Buruk, Pondan, Bapok.' - Walaupun nak sedekad aku kerja, masih lagi terima 'hate speech' dan prejudis dalam professional setting. Benda ni takkan hilang, so you just have to deal with it. Annoy them back with self-confidence and self love." Menurut Haze lagi, karektornya kerap kali menjadi persoalan bagi mereka yang sukar untuk menerima kelainan penampilannya. Malahan perkara ini tidak akan berakhir kerana sehingga kini dia masih menerima persepsi negatif itu termasuklah yang terbaharu apabila tetamu jemputan Motif Viral sendiri yang melontarkan kata-kata itu. "This particular guest yang viral, tetapi dia nak masukkan kawan-kawannya dalam program ini walaupun kawan-kawannya tiada kaitan langsung dengan isu viral ini. Jadi soalan aku, you viral ini ada team yang viralkan you ke? Dia kata takda. Jadi macam mana aku nak masukkan dengan perbualan seterusnya. Jadi kami matikan disitu. "Bila dah habis aku salam semua, berbudi bahasalah, kita kan orang Melayu. Ceritanya pula individu ni dia cerita pada assistan producer aku, dia tak suka produksi pondan. Lepas tu bertemu Pink di stesen minyak pula dan tanya "Produksi ni memang suka kencing orang ke? Mungkin dia maksudkan dengan kawan-kawan dia yang dah siap mekap dan pakai mikrofon. Dan mungkin mereka rasa terkencing sebab tu. Macam mana nak viral dengan kawan-kawan yang tak membantunya." Bagaimanapun menurut Haze, luahannya ini bukan sengaja diada-adakan, tetapi lebih kepada kesedaran dan 'self love' kepada pertanyaan ramai pengikutnya yang bertanya tentang pelbagai persoalan berkaitan dihina kerana tidak sama dengan orang kebanyakan. "Something like, aku takleh dengan pondan. Tapi kenapa kau datang juga. Apa kaitan dengan aku pondan dengan kawan-kawan kau yang tak dapat masuk Motif Viral." Haze juga menasihatkan mereka yang mengalami masalah sepertinya supaya tidak mempedulikan kata-kata tersebut sebaliknya sentiasa berada di hadapan. Masalah seperti direndah-rendahkan oleh cikgu, diperli dan sebagainya adalah kerana golongan tersebut yang tidak pernah jumpa orang macam anda, lembut atau lepas laku. Mereka tak pernah jumpa dan terkejut jadi jika mereka memanggil anda apa sahaja yang mereka mahukan, anda tahu level diri anda. Itu adalah masalah mereka yang berfikiran sempit jadi sayangi diri anda. Ramai netizen menyokong kenyataan Haze yang tegas itu dan masing-masing tidak sabar menunggu episod Motif Viral tersebut. Namun Haze telah menjelaskan yang program tersebut tidak akan ditayangkan atas permintaan individu itu. Netizen juga turut mempersoalkan motif individu tersebut yang melangkaui tugasan produser seolah-olah mempunyai agenda sendiri. Malahan menuduh Haze sebagai pondan pula seperti katak dibawah tempurung. Jadi, siapakah yang berani terang-terangan menghina orang lain? Mereka lebih berani dari makcik bawang siber nampaknya. - CARI
|
7
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wadiunong replied at 8-2-2019 10:38 AM
wartawan cari ni memang rela kena maki rasanya. dah kenapa dok repeat balik semua gossip yg forumer ...
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...
kibodwatriuh replied at 8-2-2019 11:35 AM
kalau dah ramai mengadu benda yang sama, the problem lies in you wahai reputz dan editor CARI (ke ...
solarlunar replied at 8-2-2019 01:31 PM
Suke btol bukak byk thread yang SAMA. Pastu bukan nk update content. Org tegur mengamuk.
Thanatus replied at 8-2-2019 10:53 AM
ko jangan main main.. kang datang ketua editor kata tak paham cara diaorg buat kerja... kerja repe ...
ADVERTISEMENT