CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Jadi Pendatang Asing Di Kemboja, 47 Orang Ditahan!

15-2-2019 04:33 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 1830| Komen: 11|Original author: Oleh: Nia M

Di Malaysia, kita melihat lambakan warga asing yang datang ke sini untuk mencari pekerjaan. Malaysia digelar syurga pekerjaan bagi golongan mereka.

Namun, dalam pada itu, ada juga rakyat Malaysia yang sanggup ke negara lain demi mencari sesuap nasi. Adakah di Malaysia sudah tiada ruang pekerjaan untuk rakyat tempatan?


Terkini, sejumlah 47 orang rakyat Malaysia ditahan di Phnom Penh, Cambodia akibat tidak mempunyai permit kerja di sana. Mereka rupa-rupanya telah diperdayakan oleh sebuah agensi pekerjaan yang menjanjikan bayaran lumayan.

Kredit foto: freemalaysiatoday

Polis Cambodia menahan mereka kerana mengesyaki mereka terlibat dalam sindiket gaming antarabangsa, lalu memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia di sana.


Pihak kedutaan Malaysia mendapati tahanan yang termasuk 9 wanita ini, majoriti mereka adalah dari Sabah dan Sarawak, dan berasal daripada keluarga yang miskin. Mereka juga sedang menunggu untuk bekerja secara sah mengikut perjanjian dari agensi terbabit.

Identiti agensi berkenaan masih belum dapat disahkan sekiranya ia dikendalikan oleh rakyat berbangsa Cina atau jika ia melibatkan pemerdagangan manusia yang menyalahi undang-undang.

Walau bagaimanapun, pihak kedutaan Malaysia sedang mengusahakan rundingan agar tahanan ini dapat dibebaskan kerana jika tidak, mereka mungkin akan dipenjarakan sehingga tiga tahun tanpa perbicaraan. Pihak keluarga mangsa menyatakan kerunsingan terhadap ahli keluarga masing-masing. 

Semoga semua tahanan rakyat Malaysia dapat dibebaskan dan diharap perkara sebegini tidak berulang lagi. Usah percaya dengan janji manis agensi pekerjaan tanpa usul selidik kerana sudah ramai yang tertipu! - CARI 


4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 15-2-2019 04:37 PM
Dah berhari2 aku baca kisah ni..bila nak bawak balik Msia tu..
Quote idakamaruddin 15-2-2019 04:40 PM
aku pelik cane dorang leh rasa keje kt kemboja leh dpt gaji lumayan ek?

Quote Skuau 15-2-2019 04:48 PM
idakamaruddin replied at 15-2-2019 04:40 PM
aku pelik cane dorang leh rasa keje kt kemboja leh dpt gaji lumayan ek?

depa ni bdk kampung.....(agaknya).
Quote Skuau 15-2-2019 04:52 PM
None68 replied at 15-2-2019 04:37 PM
Dah berhari2 aku baca kisah ni..bila nak bawak balik Msia tu..

sikit masa lg....sistem perundangan berbeza dgn negara kita..katanya.
Quote keronsang 15-2-2019 05:10 PM
Pelik nyaaa..since when kemboja lg develop dr m’sia   Concept m’sia baru mungkin
Quote justchu 15-2-2019 05:10 PM
idakamaruddin replied at 15-2-2019 04:40 PM
aku pelik cane dorang leh rasa keje kt kemboja leh dpt gaji lumayan ek?

Dorang yg dari Borneo yg prefer keje negara luar biasanya dtg dari Indon, philipine....bukan asal2 sabah s'wak ori pon. Dorang dpt ic malaysia semata2 nk dpt privilege. Pastu dorang akan ikut agent utk dapatkan kje kat negara2 lain mcm korea, cambodia, thai.....kalo kita mmg tak habis fikir apsal dorang nk ke sana....bg dorang asal dpt g oversea.......janji bukan indon dorang bila dpt keluar dari indon tu rasa hebat dah. Sbb kalu kje kat indon gaji murah....keluar dari indon dah byk dpt dah tu even kemboja ke apa still  x sehauk rate indon. Lg satu indon pon x byk peluang kje
Duk sabah swak pon rasa mcm duk indon....

Sedikit pngalaman sy masa duk sabah...bergaul dgn org sabah

Kalo dpt g korea...kje packing kimchi pon dorang dah act cam retis tu...dlm insta tu da happy sgt tu. Sbb sebulan gaji 6 ke 7k Guna ic malaysia...tp dlm insta n fb....bila tarikh indon merdeka muka dia la lebih kibar bendera indon.

Tula privilege bila dorang ada ic malaysia. Kalo dia guna ic indon sapa nk ambik dorang kje
Quote None68 15-2-2019 05:10 PM
Skuau replied at 15-2-2019 04:52 PM
sikit masa lg....sistem perundangan berbeza dgn negara kita..katanya.

Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, niat dah baik nak cari rezeki lebih utk keluarga.
Quote None68 15-2-2019 05:10 PM
Skuau replied at 15-2-2019 04:52 PM
sikit masa lg....sistem perundangan berbeza dgn negara kita..katanya.

Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, niat dah baik nak cari rezeki lebih utk keluarga.
Quote idakamaruddin 15-2-2019 05:13 PM
justchu replied at 15-2-2019 05:10 PM
Dorang yg dari Borneo yg prefer keje negara luar biasanya dtg dari Indon, philipine....bukan asal2 ...

bab dpt ic malaysia ni mmg i tau..hb i ada kenal org sabah sendiri jd agent tau..kadang nak marah tau sbb jual negara tp tula... mmg sana ramai indon n filipina je.. bkn org msia btl
Quote justchu 15-2-2019 05:19 PM
idakamaruddin replied at 15-2-2019 05:13 PM
bab dpt ic malaysia ni mmg i tau..hb i ada kenal org sabah sendiri jd agent tau..kadang nak marah  ...

Haah...nnt dorang2 ni la yg buat malu malaysia bila pg negara lain

Org akan kata malaysian pengotor, pemalas takde manner etc2

Dorang pon bukan sayang msia pon....sbb nk survive je. Bukan main puji pemimpin2 dia....negara dia
Quote helicornia 15-2-2019 06:16 PM
dah bebas petang ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037069 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top