Sepasang suami isteri melakar sejarah baharu apabila mencatatkan tempoh perkahwinan terpendek di negaranya. Hanya selepas tiga minit berkahwin, mereka sudah mengambil keputusan untuk bercerai.
Media Kuwait melaporkan, perpisahan berpunca apabila pengantin perempuan secara tidak sengaja tersandung ketika berjalan keluar dari mahkamah selepas selesai menandatangani kontrak perkahwinan. Pengantin lelaki tidak menolong isterinya sebaliknya memakinya dengan panggilan 'bodoh' gara-gara tergelincir. Berang dengan tindakan yang dianggap keterlaluan itu, wanita tersebut berpatah balik dan meminta hakim membubarkan perkahwinan mereka.
Ini adalah penceraian paling pantas dalam sejarah Kuwait, dan mungkin di seluruh dunia. Kes ini tular di media sosial dan ramai netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut. "Perkahwinan yang tiada rasa hormat, adalah satu kegagalan dari awal." Namun ada juga yang mengesyaki wanita terbabit hanya mencari alasan untuk bercerai. Ini kerana banyak anak muda berkahwin hanya untuk mendapat manfaat daripada insentif negara dan kemudian dengan cepat memfailkan perceraian. -CARI
|
7
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT