Seorang pekerja syarikat kutip sampah tersangkut di antara tiang telefon dan bumbung sebuah pondok selepas dirempuh kereta ketika bertugas. Berita Harian melaporkan, dalam kejadian awal pagi tadi di Jalan Ong Tiang Swee itu, Hamka Su’ud, 48, dipercayai tercampak selepas dilanggar Proton Waja yang dikatakan dipandu laju.
Ketika itu, mangsa sedang melakukan kerja pengutipan sampah di sepanjang jalan berkenaan. Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 6.11 pagi, meminta bantuan untuk menurunkan mayat mangsa sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikerahkan ke lokasi.
Difahamkan, mayat mangsa masih tersangkut di tepi jalan itu ketika anggota tiba. “Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai tercampak dari jarak beberapa meter selepas dirempuh kereta,” katanya. - CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug: Kesiannya. Laju sangat Waja tu sampai melambung beberapa meter
noor2: Nk komen bab pekerja kutip sampah ni....ada sesetengahnya memang tak.jaga keselamatan diri.....selamba sapu sampah tempat laluan yang x selamat. ...ct ...
ADVERTISEMENT