CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Guna Duit Ini!-Enggan Terima Angpau Dari Tauke Jual Babi, Peniaga Dikecam

12-2-2019 12:08 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11628| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sempena Tahun Baru Cina ini, menjadi tradisi kaum Cina untuk memberikan sampul merah berisi wang tunai atau angpau kepada anak-anak dan sanak saudara terdekat mereka. 

Kredit foto: Facebook
Amalan ini kemudiannya berkembang dan pemberian angpau bukan lagi terhad kepada saudara mara tetapi juga kepada pekerja dan rakan perniagaan termasuklah yang bukan berketurunan Cina. Bagaimanapun, masih ada golongan yang tertanya-tanya apakah dibolehkan menerima angpau bagi perayaan Tahun Baru Cina, apa lagi bagi perniagaan yang dikatakan haram?


Kredit foto: Today Online
Baru-baru ini seorang peniaga mencetuskan perbahasan hangat apabila memuat naik sekeping gambar menunjukkan angpau yang baru diterimanya. 

Menurut tulisan dalam gambar itu, dia menerima angpau daripada seorang peniaga daging babi dan berniat untuk memberikan wang itu kepada rakannya yang bukan muslim.

Sebilangan netizen berpendapat ianya adalah rezeki yang boleh diterima kerana datang dengan cara yang baik bukannya dicuri atau kegiatan jenayah. Ada yang menyatakan duit itu adalah antara peniaga tersebut dengan tauke daging babi.


Kredit foto: Facebook
Tambah panas, seorang netizen berkata tidak sepatutnya perkara tersebut dipersoalkan kerana tauke itu memberi dengan ikhlas. 'Seperti menerima darah di hospital, kita tidak mempersoalkan sama ada darah itu milik Cina atau kaum lain,' tambahnya.


Kredit foto: Facebook
Menyedari keresahan peniaga tersebut, ada yang berseloroh menawarkan diri untuk 'menerima bagi pihak' sekiranya peniaga itu benar-benar ragu akan angpau tersebut.


Kredit foto: Facebook
Kes  ini jauh berbeza dengan status menggelikan hati yang dimuatkan oleh pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di Facebooknya yang dengan senang hati menerima angpau dalam sarung babi daripada kakaknya.


Nampaknya isu ini masih lagi menghantui sesetengah orang bukan Cina yang menerima angpau daripada rakan Cina mereka. Apa kata anda? Pernahkah anda menerima angpau dari rakan-rakan Cina? -CARI
9

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 12-2-2019 12:17 PM
cerdik sgt
pergila samak duit tuuu
Quote Themilo 12-2-2019 12:22 PM
kah kah kah..

meols dulu kerja kat sebuah islamic bank,  relax jaa taukeh kedai daging salai bukak current acc & FD dengan kitorang..
Quote umbut 12-2-2019 12:25 PM
Babi betul. Hina sungguh babi.. x nak.bagi aku je duit tu babi
Quote Sang_Pencinta 12-2-2019 12:25 PM
Bagi aku je lah duit tu bang
Quote chinta89 12-2-2019 12:31 PM
belajar agama x habis lps tu sibuk halal ke tak nk buat belanja duit hasil tauke babi. eh geram aku. org mcm ni yg rosakkan agama silam, yg buat islam ni nmpk 'susah'
Quote saviour_09 12-2-2019 12:55 PM
aarr meh bagi aku

jangan nak beria sgt life tu boleh?

habis selama ni duit2 ko tu tau ke dari mana?


Quote prettyuglybabe 12-2-2019 01:52 PM
harap-harap bukan kak hasanah yang mengarang..
tapi kalau kisah benar, sememangnya bodoh la orang tu..
duit yang ko pegang hari-hari tu pun ko tak tau dari mana..
tu pun sedap ko cium-cium letak dalam baju seluar bagai..
Quote Artemesiaa 12-2-2019 02:29 PM
Sebab tu belajar kena sampai habis kalau tak habis cam tu ler jadinya
Quote babaicute88 12-2-2019 02:39 PM
Apa lah salahnya terima duit dari cina jual babi, lain lah kalau jual arak,jual da ma cai. X paham melayu punya konsep halal haram ni
Quote sonatalady 12-2-2019 02:47 PM
Kenapa sampai mcm ni perangai melayu ni?
Diri tu suci sgt ke...habis semua libatkan babi.jadi haram?
Tp yg kerap sebut babi ni..mencarut..org melayu gak.
Tiba2 part ni..part jual patung babi..lalu kedai babi..semua haram.
Quote chicozinn 12-2-2019 02:48 PM
jangan kata babi, meollss jual tshirt gmbar snoopy tetiba ade acik meleis ni ckap kat meollss kan xelok sbb anjing kn haram..I was like eh helllloo bukan aku selotep anjing sekor kat tshirt tu pon smpai gmbar snoopy jahhh pun da jatuh haram..what a nonsense!!
Quote zuuu 12-2-2019 02:58 PM
Susah nk percaya dlm dunia skrg masih ada org camni,biasanya kalo dpt duit org pakat ambik je...aq OK je dpt angpao dari bos...
Quote dua_chzy 12-2-2019 04:18 PM
Ni la jadinya if dalam femili ngkorang suma Melayu dan Islaaaaam saje.
Quote sofiazara 12-2-2019 05:20 PM
duit rasuah pemimpin ko hadap pulak ye
Quote None68 12-2-2019 07:49 PM
Ni namanya bodoh x boleh diajar, pandai x boleh diikut! Sangap.
Quote EncikRhoma 13-2-2019 07:52 AM
nak terima atau tak, itu hak kau tapi perlu ke kau nak viralkan? Babi je perangai
Quote mawar_mustika 13-2-2019 09:15 AM
rasanya xperlulh die nk viralkan...klu rs xnk bg jelah kt sape2 kwn non muslim die...pernah terjadi kat I dlu kwn chinese die bg coklat dr jepun...i rasa was2...opis I dekat dgn sekolah...ade budak2 chinese lalu dpn opis I, I bagi diorg..kemain happy dieorg....ble kwn I tanye I ckp sedap coklat tu tipu utk ambk hati xsalahkan
Quote nishikido 13-2-2019 12:35 PM
typical meleis ..apa2 berkaitan babi semuaaaa haram.pantang tok nenek..tapi tang rasuah,duit tepi depan belakang semua pejam mata, tutup mulut..tak masuk lagi pakcik2 pakai kopiah duk beratur beli no ekor

Quote Sang_Pencinta 13-2-2019 07:18 PM
Rasuah tak busuk sis tp babi busuk katanya...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050210 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top