CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Toreh Lengan Sebab Tak Hafaz Al-Quran, Ibu Bapa Tuduh Anak Tak Rapat Dengan Tuhan

11-2-2019 11:10 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7822| Komen: 7|Original author: Oleh: LilRose

Setiap orang ada masa mereka mengalami tekanan perasaan, namun semuanya bergantung kepada cara masing-masing mengatasinya. Jika dibiarkan, dikhuatiri boleh membawa kepada kemurungan.


Terbaru, sebuah perkongsian di Twitter mengejutkan orang ramai kerana seorang remaja perempuan yang mengaji di sebuah pusat tahfiz mendedahkan dia mengalami tekanan perasaan berat hingga menoreh tangan sendiri.


Gambar Hiasan

Berdasarkan pengakuan di laman Curious Cat, sebuah platform yang dimiliki Tweetfamous @brgsjks, individu berusia 17 tahun itu mendakwa melakukannya kerana kecewa selepas gagal memenuhi harapan Ustazah kesayangannya untuk menghafaz Al-Quran dan kitab.

Kegagalannya itu menyebabkan Ustazah berkenaan tidak mengendahkannya lagi menyebabkan gadis itu terlalu sedih dan kemurungan hingga menoreh tangan sendiri.



Bagaimanapun, apabila perkara itu diadukan kepada ibu bapanya, dia dikatakan tidak rapat dengan Tuhan hingga disampuk jin.

Penderitaannya tidak tamat di situ sahaja, keadaan semakin teruk apabila seorang Ustazah baru merangkap warden mula bertugas di pusat tahfiz berkenaan.

Menurutnya, warden terbabit sering mendera emosi dan fizikalnya. Malah, Ustazah baru berkenaan tergamak menuduh pelajarnya itu seorang lesbian!



Sadisnya, apabila disoal warden itu mengakui sengaja melakukannya tanpa sebab kerana tidak menyukai gadis berkenaan.

Perkongsian itu menyentuh hati ramai netizen yang menasihatinya untuk mendapatkan bantuan selain memberi kata-kata pendorong dan semangat.

Dalam masa sama, ada yang menyalahkan Ustazahnya kerana meletakkan harapan terlalu tinggi untuk digalas gadis itu.

Malah, ramai juga berasa marah dengan warden baru berkenaan yang membenci orang lain tanpa sebab.


Kredit foto: Twitter

Semoga gadis itu mendapatkan bantuan dan rawatan segera. Jika ada masalah, carilah sesiapa yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan. Jangan dipendam sampai memudaratkan diri dan orang sekeliling. - CARI
10

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Renush 11-2-2019 06:20 PM
No matter how you use Windows 10 on a desktop with mouse and keyboard or via the touchscreen there are some https://windowsclassroom.com/how-to-get-help-in-windows-10 ways to make it easier and more efficient to use.
Quote giyomi 11-2-2019 07:43 PM
well, aku tak paham nep, why are yo so obsessed with an ustajah, sedih sebab dia tk nak menegur, klu ustat handsome Iol phm lar gak...so very fishy, apa2pon dun waste your life with this kind of minor issue...perjalanan masih jauh.
Quote 234126 11-2-2019 09:02 PM
Kadang2 orang yg tak paham depression akan anggap benda tu saja dibuat2 mengada2 nak attention. Tu yg ustazah dia mcm baran je kot. Benda ni kena ikut atas nasib.

Try la cari org yg memahami, pujuk family suruh tolong cari.. kaunselor ke masuk support group ke, and doa kat Allah tolong temukan dgn insan yg memahami, insha Allah bila dah jumpa the right support system, depression boleh sembuh walaupun mkn masa.

Kita x boleh nak salahkan org yg tak faham sebab level sabar lain2.
Quote hasniey 11-2-2019 11:21 PM
giyomi replied at 11-2-2019 07:43 PM
well, aku tak paham nep, why are yo so obsessed with an ustajah, sedih sebab dia tk nak menegur, klu ...

Mungkin ustazah tu je layan dia baik2.yela,family kt rumah mcm xde.kt asrama ada ustazah je utk luah perasaan.bila yg tu pon xnk ckp dgn dia depressed la bdk tu
Quote chinta89 12-2-2019 09:48 AM
serius weyy rsa menitik air mata ak baca crte budak ni (if ni bukan rekaan Hasanah again).

Mak Pak yg kurang membaca soal kesihatan etc ni, dia akan ckp anak diorg tersampuk setan, x dekatkan diri dengan Tuhan lah ape la sb tu hati x terang (susah hafalan etc) dan mudah kena sampuk2. ape org ckp tu? "Kalau ada iman dalam diri, takkan buat toreh2 tgn ni" haaa gtu la ayat2 org yg tak faham mslh mental tu ape? yg ditahunya sampuk setan jin semata. lps tu sikit2 nk ata anak pusat tahfiz, mengaji quran, hafazan etc sedangkan diorg sbg ibubapa pun mse kecik2 dulu bengap je bab mengaji ilmu agama. dh sampai turn anak dipaksanya mcm2 dgn alasan "mak ayah dulu xde sape peduli nk ata2 mengaji ni sb xde kesedaran. zmn skg nk la ata anak2 kat pusat tahfiz etc sb anak syurga akan bantu mak ayah masuk syurga" serius wehh ak rata2 dengar ayat ni dari mak pak yg ata anak ke pusat tahfiz. dh knpe nak masuk syurga, suruh anak sbg laluan mudah? ko berusahlah sdiri nk ke syurga weyh!paksa anak ke arah agama melebih2. bagi aku kalau anak tu diajar secukupnya al quran dengan mana2 ustaz ustazah dah cukup dh melainkan deols sdiri btl2 bminat. x perlu paksa2 masuk pusat tahfiz kalau diorg x boleh catch up.

mslh makpak ni bila anak x leh go on dengan bidang akademik je mesti nk suruh anak pandaikan diri bab agama which is ko tau tak bljr bab agama lagi susah dari bljr aliran sekolah biasa? hari2 nk menghafaz shelai mukasurat Al Quran, baca kitab etc.. its not easy!

eh letih ak bebel pjg2 ni.
Quote haryatie 12-2-2019 03:56 PM
tmpt belajar apa kalau mcam tu sekali
parents pun spesis peliknya
x nak kisah psal ank ok ke tak
buat ank ambil kisah sgttt
Quote LadyCarefree 3-4-2019 08:29 AM
haryatie: tmpt belajar apa kalau mcam tu sekaliparents pun spesis peliknyax nak kisah psal ank ok ke takbuat ank ambil kisah sgttt


Yg penting bila anak hafal quran parents boleh bangga dan rasa secure masuk syurga. Dan juga masuk tahfiz,parents boleh lepas tangan didik anak dn ambil tahu hal anak.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072239 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top