Wanita mengandung majoritinya tidak terlepas daripada mengalami stretch mark atau tanda regangan pada kulit sewaktu tempoh kehamilan. Walaupun pelbagai jenis krim dan minyak disapu pada kawasan stretch marks, namun hasilnya tidak memberangsangkan. Justeru, ramai golongan ibu yang berputus asa dan pasrah dengan penampilannya yang penuh dengan jalur merah pada kulit perut. Baru-baru ini, Chantelle Clarke, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak, berkongsi rahsia paling berharga buat para ibu. Menurutnya, parut stretch marks yang dialaminya setelah melahirkan anak berjaya pudar dalam masa dua minggu sahaja setelah disapu dengan susu badannya sendiri. Sungguh menakjubkan! Chantelle sememangnya percaya dengan kelebihan susu ibu yang mempunyai kolagen dan antibiotik semulajadi. Dia pernah menyapu susunya ke muka bayinya yang mengalami ruam pada wajah dan ia memang berkesan. Oleh itu, Chantelle melakukan eksperimen ke atas stretch marksnya pula. Untuk memastikan keberkesanan susu itu, Chantelle hanya menyapu susu dan membiarkannya meresap pada bahagian kiri perutnya, manakala bahagian sebelah lagi tidak diusik. Selepas dua minggu, warna stretch marks tersebut mulai pudar dan kedalamannya semakin nipis. Chantelle benar-benar tidak menyangka akan hasil eksperimennya yang berjaya. Menurutnya, dia hilang keyakinan diri selepas mempunyai parut stretch marks yang begitu banyak. Chantelle tidak terfikir untuk berkongsi berita gembira ini sehinggalah ibunya menyuruhnya. Post di Facebook tersebut tular dan menerima banyak komen yang positif. Pengguna media sosial yang lain turut berkongsi kisah mereka di ruangan komen. Selamat mencuba kepada ibu-ibu menyusu di luar sana! Setiap racun pasti ada penawarnya. -CARI
|
8
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT