CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tips Raih 'Chicken Dinner' Dalam PUBG! Fuh Confirm Menang

16-2-2019 10:53 AM| Diterbitkan: Danneia| Dilihat: 4101| Komen: 18|Original author: Oleh: DEE

                                                                         

Di sini akan dikongsikan 5 tips mudah untuk pemain PUBG mendapatkan 'Chicken Dinner'. Macam yang anda tahu,permainan video ini cuma ada satu pemenang dan semua orang kejar untuk dapat tempat pertama atau 'Chicken Dinner'. Tempat kedua dan ketiga tiada gelaran yang ada,cuma 'point' anda sahaja akan naik. Tips ni jugak boleh digunakan untuk senang dan cepat naik 'ranking'.

1)Jadi pejuang bukan penyerang

Pilih tempat untuk turun yang kurang popular sebab tempat tu biasanya tiada orang yang turun. Kalau ada pun sedikit, jadi mudah untuk cari barang dan tak ada yang nak bunuh anda.


Contoh tempat popular kalau main kat Sanhok macam Paradise Resort.. Kalau di Erangel macam Pochinki.Jadi,kalau 'skill' macam anak ayam jangan acah macam paskal.

Bila barang dah cukup, anda masuk mana-mana rumah yang agak selamat untuk menyorok. Pilih sudut yang boleh nampak pintu dan tingkap supaya senang anda tembak kalau musuh masuk. Kemudian, tukar posisi anda dlm keadaan duduk. Lepas tu, tengok je peta tu kalau ada tapak kaki yang datang tu, bersedia sahaja. Jangan ambil 'pain killer' ke apa masa tu. Ambil semua tu masa 'line clear'. 

2)Gunakan 'drop' sebagai umpan

                                                             Image result for drop pubg
'Drop' ni macam 'supply' untuk pemain.. Biasanya barang dalam tu menarik. Kebanyakan pemain akan kejar 'drop' ni dan ramai juga yang mati sebab 'drop' ni. Jadi masa mula-mula 'drop' ni jatuh, anda pergi dekat je. Menyorok dulu, 'prone' dalam rumput ke tengok dari tingkap. Nanti bila ada orang datang, anda bunuh orang yang nak ambil drop tu. Jadi, 
anda bukan dapat drop je, tapi harta pusaka si mati tu juga. Menguntungkan bukan?Tunggu agak lama sikit,sebab kalau drop tu lama,biasanya tak ada pemain nak ambil dah sebab ingatkan dah ada orang lain ambil. Jadi,masa tu anda kutip semua harta dalam drop tu dan sekali harta-harta pusaka si mati tadi. 

3)Buat umpan
                                                                      
Tabur barang yang semua orang nak sepanjang jalan yang 
anda nak dia pergi. Contohnya,'aid kit', 'pain killer'. Yang tambah 'orange line' semua tu. Jadi masa dia kutip semua tu, andabunuh dari jauh.Dapat balik barang-barang yang korang dah tabur dan barang-barang si arwah.

4)Kejar zon
Sentiasa tengok peta kat bahagian kanan atas 'screen'.Jangan leka. Jadi kalau zon tu jauh, cari kenderaan. Seterusnya, bila 
anda nak berhenti kat rumah untuk cari barang lagi,jangan parkir depan rumah yang korang nak masuk tu. Parkir di rumah lain, masuk rumah lain. Itu tips supaya tak ada musuh yang masuk serang.

5) 'Prone' sampai chicken! 
Tukar posisi kepada 'prone' bila bilangan player dah kurang daripada 20 pemain. Jumlah pemain ni 
anda boleh rujuk kat bahagian atas kiri. Perlu koranganda bahawa bilangan yang masih hidup itu adalah termasuk anda sekali.'Prone' dalam PUBG ni bermaksud posisi meniarap. Lebih kurang menyorok dalam semak.Jangan bangun. Bergerak pun dalam posisi itu sahaja untuk masuk zon. Zon masa ni pun dah tak besar. Pastikan sebelum tu anda dapatkan 'scope' dulu.Lagi tinggi kuasa 'scope' lagi bagus.

Selamat mencuba.Jangan sampai leka sudah.Semoga berjaya! -CARI
11

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 16-2-2019 04:25 PM
baru semalam aku main pubg lite ada indon ketuk aku pakai kuali.
Quote Victorioussss 16-2-2019 08:45 PM
Tips no 6
Pakai SLR

hahaha
Screenshot_20190216-030039.png
Quote lee_sakura 17-2-2019 12:44 AM
mcm best je game ni, main guna pc ke mcm mana ni, teringin plak nk main...dulu2 min game comando, red alert ngan star wars je
Quote swayne 17-2-2019 08:34 AM
Pubg ni apa
Quote 234126 17-2-2019 10:01 PM
Tak main game tapi perkataan chicken dinner buat iol open link pastu tetibe nak mkn chicken {:run
Quote Sazida 17-2-2019 10:27 PM
Tq for the tips! Jgn nanti ank aku keluar kaki game sudahlaaa
Quote CikNano 18-2-2019 08:04 AM
Taktik no.2 & 3 dah xboleh pakai dah
Quote intan_smsb 18-2-2019 10:03 AM
bf aku cakap main pubg ni boleh jumpa jodoh

nasib bf aku x main pubg.. main candy crush je
Quote Danneia 21-2-2019 11:15 PM
gigahertz replied at 16-2-2019 04:25 PM
baru semalam aku main pubg lite ada indon ketuk aku pakai kuali.

Biasalah tu.. Tu jugak teknik membunuh dengan cara menghina.. Knock out enemy guna weapon, kill guna kuali.. Sedih kan mati sebab kuali? HAHAHHAH
Quote Danneia 21-2-2019 11:16 PM
intan_smsb replied at 18-2-2019 10:03 AM
bf aku cakap main pubg ni boleh jumpa jodoh

nasib bf aku x main pubg.. main candy crush je

Bukan jodoh je.. 'bodoh' pun banyak.. HAHAHHA.. tapi selalu off je mic kalau main.. Segan.. Huhu
Quote Danneia 21-2-2019 11:18 PM
CikNano replied at 18-2-2019 08:04 AM
Taktik no.2 & 3 dah xboleh pakai dah

Mungkin umpan yang CikNano gunakan pada orang yang menggunakan teknik yang sama.. Jadi tak. Makan.. Kena cari strategi baru ni.. Heheh
Quote Danneia 21-2-2019 11:20 PM
Sazida replied at 17-2-2019 10:27 PM
Tq for the tips! Jgn nanti ank aku keluar kaki game sudahlaaa

Most welcome!
Jangan main banyak sangat pulak..kalau dah rasa banyak sangat main, istighfar je.. Doa anak tu buat PUBG next level.. The graphic is sooo wow.. Mesti dah kaya all the creators.. Huhu
Quote Danneia 21-2-2019 11:24 PM
234126 replied at 17-2-2019 10:01 PM
Tak main game tapi perkataan chicken dinner buat iol open link pastu tetibe nak mkn chicken {:run

Hahah.. Pun boleh.. Jangan start.. Nanti addicted.. Huhu
Quote CikNano 22-2-2019 07:53 AM
Danneia replied at 21-2-2019 03:18 PM
Mungkin umpan yang CikNano gunakan pada orang yang menggunakan teknik yang sama.. Jadi tak. Makan. ...

Mungkin sebab RP makin tinggi tu yg kena cari strategi baru. Saya senang je cari pistol merah banyak-banyak then tembak dekat langit, time tu byk kapal dtg bawak hadiah. menyorok & then guna sniper 8xscope perghhhh
Quote gigahertz 22-2-2019 08:04 AM
Danneia replied at 21-2-2019 03:15 PM
Biasalah tu.. Tu jugak teknik membunuh dengan cara menghina.. Knock out enemy guna weapon, kill gu ...

bagi aku PUBG punya controller agak susah sikit nak paham. patut left click tu boleh jadi aim button.
Quote gigahertz 22-2-2019 08:05 AM
swayne replied at 17-2-2019 12:34 AM
Pubg ni apa

ni mak bapak selalu tak hadir mesyuarat tu pastu selalu time anak mintak rm10 ramai ngelat.
Quote bedahmulutpuaka 23-2-2019 01:23 AM
Apa lah korang cerita ni..
Quote gargi12 6-1-2020 07:05 PM
According to NBI, applicants who have previously issued NBI clearances (from ... the National Bureau of Investigation in Manila for the issuance of the clearance.
http://nbi-clearance.site/authorization-letter-for-nbi-clearance/

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057370 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top