Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer telah meluahkan rasa kekecewaannya terhadap Alexis Sanchez. Solksjaer memberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa selagi penyerang cilik yang berasal dari Chile itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri. Sanchez dilihat gagal 'menepati piawaian' yang dikehendaki sejak menyertai kelab tersebut pada tahun yang lalu. Sanchez masuk menggantikan Jese Lingard dalam perlawanan Liga Juara Juara Eropah yang mana menyaksikan Manchester United dimalukan Paris Saint Germain (PSG) dihadapan penyokong sendiri. Sanchez gagal menunjukkan sebarang kualiti selaku pemain berkelas dunia dan dikatakan tidak berguna sepanjang penglibatannya diatas padang semasa perlawanan tersebut.
Desas desus khabar angin kuat mengatakan bahawa penyerang sayap prolifik United iaitu Anthony Martial dan Jese Lingard menghadapi kecederaan yang serius dan skuad The Red Devils itu terpaksa bergantung dengan Alexis Sanchez untuk mengharungi dua perlawanan getir selepas ini apabila menerima kunjungan Liverpool dan Chelsea. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|