CariDotMy

Forgot password?
Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selonggok Surat Dibuang Dalam Kebun Sawit, Adakah Ini Perbuatan Khianat?

13-2-2019 01:10 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4187| Komen: 18|Original author: Oleh: LilRose

Hati mana tidak membara apabila menemui longgokan surat dalam sebuah kebun sawit dan melihat banyak surat penting tidak sampai ke tangan empunya.

Adakah ini kerja posmen tidak bertanggungjawab?

Baru-baru ini, tular video memaparkan selonggok surat tidak dihantar kepada pemiliknya dipercayai berlaku di Jalan Kundang, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Menerusi video dikongsikan laman Facebook My Kuala Langat itu, kelihatan seorang lelaki meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang membuang surat berkenaan dalam kawasan kebun sawit begitu sahaja.

"Kenapa posmen macam ini diambil bekerja di tempat kita?

"Kenapa dibuang sesuka hati macam ini? Banyak surat penting ni!

"Surat saya sendiri tak sampai, siapa yang tak geram?" katanya.

Loading FB Post...

Jika dilihat, surat-surat itu masih belum dibuka dan ada yang penting seperti dari Universiti Malaya dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Video itu mendapat perhatian orang ramai. Namun, ada yang mendakwa semua surat itu dibuang atas sebab tertentu seperti alamatnya tidak lengkap menyukarkan proses penghantaran surat kepada penerimanya.

Ekoran itu, pelbagai reaksi diberi netizen. Ada yang menyalahkan pihak posmen kerana tidak bertanggungjawab, malah ada juga yang mengecam pengirim yang tidak menulis alamat lengkap selain mengkritik pihak yang menularkan video berkenaan.

Namun, kejadian itu dipercayai sudah dibincangkan dan diselesaikan dengan baik oleh wakil pihak Pos Malaysia yang memohon maaf atas kejadian itu.

Kredit foto: FB My Kuala Langat

Adakah ini perbuatan khianat mana-mana pihak? Apapun, kes sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi. Semoga tiada lagi kes sedemikian berlaku selepas ini. - CARI
5

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (40 people)

• Bosan

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Terkejut

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Marah

Anonymity

• Bagus

Anonymity

• Bosan

Anonymity

• Lawak

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Terkejut

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Terkejut

Anonymity

• Terkejut

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Bosan

Anonymity

• Bosan

Anonymity

• Lawak

Anonymity

• Bagus

Anonymity

• Sedih

Anonymity

• Terkejut

Anonymity

• Marah

Anonymity

• Lawak

Anonymity

• Sedih

Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 13-2-2019 01:16 PM
Takkan la keje posmen unless singkat akal.
Quote pearl.silver 13-2-2019 01:18 PM
Pihak pos minta maaf
Jd mmg salah posmen mental?
Quote moonbug 13-2-2019 01:33 PM
Kesian yang tertunggu-tunggu surat penting tak kunjung tiba
Quote misslauren 13-2-2019 01:35 PM
Posmen malas kot. Yg condemn psal alamat tu pun satu. Rumah kampung ceruk mana ada no rumah. Dasar bbnu
Quote matseh 13-2-2019 01:45 PM
Posmen byk buat rider Grab dan food panda skrg ni, lagi untung, sehari buleh dpt ratus2 keje 12 jam sehari. Dapat cash.
Quote CiliPadiSedap 13-2-2019 02:38 PM
Akak pos surat guna angry bird je dik.
Quote Burong_Hantuk 13-2-2019 02:43 PM
aduh...kenapa posmen buat macam nih?
Quote Melorqe 13-2-2019 02:47 PM
pearl.silver replied at 13-2-2019 01:18 PM
Pihak pos minta maaf
Jd mmg salah posmen mental?

mohon maaf tak semestinya mengaku bersalah.kadang2 sykt corporate mohon maaf ja dulu sebab hal ni dah susahkan ramai orang.
lepas tu siasat la punca2 masalah tu.

Quote Artemesiaa 13-2-2019 02:57 PM
Tak amanah menjalankan tugas kalau ada antaranya surat penting pasti menyusahkan si penerima
Quote matbad 13-2-2019 03:14 PM
Posmen pn malas..tau pulak dalam ladang kelapa sawit port nak buang surat tu..ke buang sbb pergi main barang kat situ..hihihi
Quote tvonlineid 13-2-2019 05:15 PM
thanks artikelnya sangat membantu dan berguna

TV Online

streaming rcti

streaming sctv
Quote tvonlineid 13-2-2019 05:15 PM
www.itvonline.id
Quote giyomi 13-2-2019 05:40 PM
masih ada yg tak nak salahkan posmen dgn mengatakan alamat tak betul bagai, and khianat...bullshit. setiap org dlm dunia ni ada kelakuan sendiri, bukan semua baik n bukan semua jahat begitu juga pekerja di luar sana
Quote kroit92 14-2-2019 04:33 AM
takut kerja budak2 nakal je
macam rumah aku dulu. habis surat, bil semua tak sampai. peti surat kat tingkat bawah
sekali jumpa surat aku berlonggok sekali dengan surat-surat orang lain kat tempat budak2 main pondok-pondok. adoii la.. anak sape entah
Quote EncikRhoma 14-2-2019 09:56 AM
Netizen yg acah2 bersangka baik tu apsal bengap sangat? Kalau alamat tak lengkap, surat akan dihantar balik kepada orang yg menghantar. Bukannya dibuang di kebun kelapa sawit. Annoying betul la netizen macam ni. Nak bersangka baik pun agak2 la
Quote Themilo 14-2-2019 10:59 AM
kampung kau jenis takde nombor rumah, takde nombor tiang letrik, kau expect posmen nak hafal nama adik-beradik, anak-beranak kau ke bang?

dengan gaji basic RM1400, memang kesian tengok posmen-posmen sekarang..

Quote bukanomi 15-2-2019 07:48 AM
EncikRhoma replied at 14-2-2019 09:56 AM
Netizen yg acah2 bersangka baik tu apsal bengap sangat? Kalau alamat tak lengkap, surat akan dihanta ...

Kan...mesti Ada tmpt utk asingkan surat2 tu. Takkan buang kt.kebun kelapa sawit. Boleh jatuhkan imej pos Malaysia
Quote dewi 15-2-2019 09:28 AM
mmg procedure kalau cari alamat tak de, tak lengkap surat di pulangkan .

bawak balik surat tu chop dan tanda sebab apa return then hantar balik kat pengirim. kecuali la surat tu tak de alamat pengirim .  tapi tak juga la boleh posmen buang surat tu . not for any reason lah surat boleh di buang.

kg2 mana yg rumah2 tak tersusun no tak de , biasanya urusan pos ni di hantar ke satu tempat je macam kedai runcit atau rumah penghulu kampung .

Lihat semua komen(18)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052210 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top