CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Bimbang Netflix Banyak Tayang Filem Adegan Tak Senonoh

14-2-2019 11:57 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9733| Komen: 34|Original author: Oleh: Azza





Sejak kemunculan TV Streaming yang berkembang pesat sekarang ini, warga Malaysia mempunyai banyak pilihan untuk menonton sama ada secara percuma mahu pun berbayar. Sebut sahaja Netflix dan Iflix, pasti ramai pengguna pernah melanggannya sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.

Keburukan TV streaming ini pula ialah tiada tapisan yang ketat seperti mana stesen televisyen 'mainstream'. Justeru itu, pasti ada drama, drama bersiri dan filem mengandungi adegan-adegan terlarang seperti lucah, menggunakan kata-kata kesat, keganasan keterlaluan dan pelbagai lagi.

Jadi, bagaimana dengan nasib anak-anak kita yang mungkin menonton tanpa pengawasan? Bagaimana dengan situasi remaja sekarang yang nampaknya lebih ke hadapan berbanding umurnya?

Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Carian Internet

Antara siri yang sedang hangat diperkatakan ialah Sex Education yang mengisahkan permasalahan seksual dan penyelesaiannya. Bagaimanapun dalam penceritaan tersebut ada beberapa adegan yang tidak sesuai dengan budaya ketimuran. Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang dewasa kerana ia boleh mendorong remaja dan kanak-kanak meniru perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, ada remaja yang beranggapan bahawa ia memberi ilmu baru sementara perbuatan tersebut anggaplah sebagai selingan semata-mata. Lalu timbul lah cadangan supaya kerajaan campur tangan bagi menghentikan adegan tidak bermoral ini.
Kredit foto: Carian Internet

Sementara itu, seorang netizen turut mencadangkan supaya ibu bapa memainkan peranan dalam mengawal TV mainstream ini dan bukannya meletakkan semua di bahu kerajaan.

Cadangannya mendapat pelbagai tindak balas. Ada yang mengatakan kerajaan perlu turut campur tangan memandangkan tidak semua ibu bapa faham dengan semua benda ini. Sementara itu ada beberapa netizen yang turut memberi panduan kepada ibu bapa agar boleh menyelamatkan anak-anak daripada menonton cerita tidak bermoral.



Apabila segala-galanya di hujung jari dan murah pula tu, memang segala perkara menjadi normal dan biasa. Begitu juga dengan filem-filem yang sebelum ini cuma diakses oleh orang dewasa sahaja tetapi kini ia boleh ditonton oleh semua golongan dengan berselindung disebalik nama filem. Apa akan jadi jika ia terus-terusan ditonton oleh golongan yang tidak sepatutnya? Renung-renungkan. - CARI 
8

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-2-2019 12:02 PM
Setuju dengan pendapat driz diatas ibubapa kena main peranan untuk menapis apa yang boleh ditonton apa yang tidak.  Tak kan semua tu pun nak harap pemerintah lakukan sedangkan boleh je set sendiri.  Benda ni antara malas atau tidak antara nak ambil tahu atau tidak antara nak belajar atau tidak jer.
Quote acikhan 14-2-2019 12:05 PM
Haku setujuk mmg byk citer seks la...da la kdg2 ank2 haku on tibi n Netflix sekali die amik remote da terpampang citer2 seks padahal nak buka citer kartun
Quote AbukRokok 14-2-2019 12:17 PM
so nak suruh netflix ikut kemahuan ko ke?
atau xyah langgan netflix.. hadap je tv1 tv2 tv3 dan astro
Quote mariane 14-2-2019 12:26 PM
tak payah langgan la. salahkan netflix pulak. kau suruh anak kau tengok si nopal je.
Quote nuralisa 14-2-2019 12:27 PM
cite sex education tu mula2 adegan lagi dah tunjuk
Quote sherry_zaida 14-2-2019 12:33 PM
Eh helo! Netflix tu dari US of course la byk adegan tak senonoh. Goblok!
Quote MakareyumSuciey 14-2-2019 12:43 PM
Netflix tu kan ada tanya siapa yg nak tonton...kalau utk anak2...setting kan i folder utk children...so citer2 yg sesuai utk children jer la keluar....sebelum guna sesuatu kemudahan tu...peka la dgn benda2 macam ni...takde de Netflix ni direka utk merosakkan org...pokoknya org yg nak guna tu alert la. Lagi satu...setting display TV kita pun boleh jer block update utk dipaparkan di skrin. So pengguna sebelum nak guna sesuatu tu...tanggungjawab pada awak la....ni kes tak buat homework...pastu dok salahkan invention.
Quote mieymiey 14-2-2019 12:50 PM
Uninstall jer la kalau dah tau lagi banyak keburukan dari kebaikan.
Quote merrissa 14-2-2019 12:56 PM
Edited by merrissa at 14-2-2019 12:58 PM
MakareyumSuciey replied at 14-2-2019 12:43 PM
Netflix tu kan ada tanya siapa yg nak tonton...kalau utk anak2...setting kan i folder utk children.. ...

khenn jenis laju menaip di twitter dari search info pasal parental control...ada je netflix buat...

ntah2 parental control setting pon deme ni tak tau....


Quote buragazz 14-2-2019 01:54 PM
Artemesiaa replied at 14-2-2019 12:02 PM
Setuju dengan pendapat driz diatas ibubapa kena main peranan untuk menapis apa yang boleh ditonton a ...

Aku baru nak sebut... kan ada option Kids or user.. alahai.. klu tak kat Netflix kat tenet tu lagi la berlambak.. cuma rajin dengan tak rajin jer click filter.. klu tak nak tgk bende tu sumer apsal subscribe..
Quote dewi 14-2-2019 01:56 PM
adoi la parental control kan ada. nak pilih kids friendly  citer jer pun boleh .. set la kat profile tu  
Quote matseh 14-2-2019 02:02 PM
Banyak betul pilihan skrg ni.
Plilihan Bijak
Quote juruterra 14-2-2019 02:29 PM
MakareyumSuciey replied at 14-2-2019 12:43 PM
Netflix tu kan ada tanya siapa yg nak tonton...kalau utk anak2...setting kan i folder utk children.. ...

kan..ni la melayu takleh exercise self control, semua nak moral policing buat.
Quote runiadreamer 14-2-2019 04:20 PM
skit2 harapkan pemerintah puihh walhal boleh setting sendiri kalau tknk setting senang tkyah la bagi gajett tu pon nak ajar
Quote ramaramu 14-2-2019 04:24 PM
semua benda nak jadikan issue. padahal ummah sendiri ignorant tak nak explore benda tu
Quote MakareyumSuciey 14-2-2019 05:45 PM
merrissa replied at 14-2-2019 12:56 PM
khenn jenis laju menaip di twitter dari search info pasal parental control...ada je netflix buat.. ...

Kannn....jenis bodoh sombong pastu ego....elok kita skolahkan jer
Quote dewi 14-2-2019 05:57 PM
ramaramu replied at 14-2-2019 04:24 PM
semua benda nak jadikan issue. padahal ummah sendiri ignorant tak nak explore benda tu

bukan perlu explore sgt pun . awal2 buka dah ada kids profile tu  kat situ sebelum masuk
bukan nak kena setting merata sampai perlu IT degree pun
Quote iloveyou 15-2-2019 11:50 AM
choiiiiiii. kn ada option Kids kt awal2 bukak netflix. over la netizen ni. ntah2 netizen ni jenis yg melayan benda x senonoh.
Quote cikenet76 15-2-2019 12:01 PM
iloveyou replied at 15-2-2019 11:50 AM
choiiiiiii. kn ada option Kids kt awal2 bukak netflix. over la netizen ni. ntah2 netizen ni jenis yg ...

kalu kita ada kt umah leh ler pantau...
netflix mmg xder option tuk lock mcm asteruk tu ek...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051175 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top