Mungkin berita ini masih baru dan belum ada yang tahu, pelakon Mona Allen, 38 mengesahkan bahawa dia dan aktor Pekin Ibrahim telah berkahwin 7 Disember tahun 2018.
Namun perkahwinan mereka dirahsiakan kerana mereka ingin upacara itu berlangsung secara tertutup hanya dengan saudara terdekat sahaja. "Sebenarnya, kami sepakat untuk tidak hebohkan perancangan ini. Bukan apa, bimbang juga kalau tak jadi, lain pula ceritanya. Jadi, kami putuskan untuk beritahu kepada umum apabila sudah selamat bergelar suami isteri. "Perhubungan kami sebelum ini bukan satu rahsia. Rakan dan orang sekeliling ramai sudah tahu kami bercinta.
"Kami juga jenis tak berapa suka bercerita hal peribadi. Kami tak ambil kisah orang nak kata apa pun. Malah, apabila gambar pernikahan kami tersebar, tak terasa hati pun. Kami positif saja,"- katanya kepada Harian Metro Tahun 2017 , Pekin Ibrahim hangat digosipkan dengan Uqasha senrose dan mereka dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi namun perancangan itu tidak kesampaian. Mereka menamatkan percintaan pada 3 Feb 2017. "Ya (hubungan kami sudah berakhir). Dia (Pekin) minta putus 2 hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri kepadanya. Hasrat kami nak berkahwin pada tahun ini juga nampaknya takkan menjadi kenyataan. Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri rahsia Tuhan," jelas Uqasha. Nampaknya kini Pekin Ibrahim sudah mendirikan rumah tangga, dan uqasha masih di awang-awangan dengan gaya free hairnya itu.
Berikut adalah sedikit maklumat mengenai isteri Pekin Ibrahim dan Mona Allen Biodata Nama penuh: Munna Hafiraneza binti Allen Nama popular: Mona Allen Tarikh lahir: 16 April 1980 Umur: 38 tahun Kelahiran: Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Pekerjaan: Pelakon dan pengacara Media sosial: Instagram @mona.allen Fakta Menarik 1. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris. 2. Pernah menjadi pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2000. 3. Hangat diperkatakan sekitar era 90-an gara-gara kemunculannya dalam iklan komersial Celcom yang menggunakan cogan kata 'Awak Nampak Birulah'. 4. Selepas menamatkan persekolahan, Mona menumpukan perhatian terhadap pengajian demi memenuhi harapan kedua orang tuanya. Kemudian beliau menguruskan perniagaan bersama keluarga. 5. Sejak tahun 2016, dia kembali mewarnai dunia hiburan kerana cinta yang mendalam. 6. Ingin berhati-hati mengatur langkah sebagai anak seni kerana enggan terpalit dengan sebarang isu kontroversi.
7. Sejak kemunculan semulanya, dia membintangi banyak drama popular iaitu Mr. Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Waris Kampung Semarah Padi, Monalisa, Mencari Qiblat dan terkini, Seribu Rindu. 8. Menerusi Seribu Rindu yang ditayangkan di Slot Akasia, saluran TV3, di bawah arahan Zamri Zakaria, beliau berkerja di samping nama-nama terkenal seperti Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Fadlan Hazim, Ku Faridah, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Doria Rachel, Ainul Aishah, Aman Graseka dan Hafizuddin Fazil. 9. Manakala beberapa telefilem lakonannya ialah Joras Van Haji Murshid, Licin dan Kitab Sijjin. 10. Bakal terbit dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Manap Karaoke pada tahun 2019 yang turut dibintangi Pekin Ibrahim, Ropie dan Joey Daud. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|