CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

RM75 Melayang, Kesian Atau Nak Maki Juruwang Lurus Ditipu Pelanggan Stesen Minyak?

14-2-2019 01:18 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6477| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Pelbagai helah digunakan jika terdesak untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah dan percuma. 

Terbaru, tular di Facebook apabila seorang pengguna dipercayai staf sebuah stesen minyak meluahkan rasa terkilannya ditipu pelanggan hingga mengalami kerugian sebanyak RM75.




Menurut Anaqah Abd Hadi, salah seorang pelanggannya enggan membayar deposit sebelum mengisi minyak. Malah, apabila diminta untuk meninggalkan kad kredit, dia berkeras menolak kerana bimbang staf akan mengambil kesempatan.

Bagaimanapun, selepas mengisi minyak, lelaki terbabit meninggalkan stesen minyak begitu saja tanpa menjelaskan bayaran.



Tindakan lelaki terbabit mengundang kecaman hebat daripada netizen kerana telah menyusahkan banyak pihak.

Dalam masa sama, orang ramai menggesa mangsa membuat laporan polis memandangkan bukti jelas ada bagi membantu polis menjejaki suspek.



Walaupun bersimpati dengan nasib mangsa, tidak kurang juga yang menghentamnya kerana terlalu 'lurus' mengikut kehendak pelanggan.


Kredit foto: FB Anaqah Abd Hadi

Yang lelaki itu menipu dah satu hal. Tapi, melihat kepada 'kelurusan' juruwang itu, penulis pun rasa kecewa kerana dia gagal menangani masalah itu dengan baik. Apapun, semoga pelakunya dapat dicekup segera! - CARI
8

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 14-2-2019 01:35 PM
kalau x bayar dulu...petrol bleh terus kluar mcm tu ke?
ingatkan dah bayar dulu baru petrol tu kluar...kalau x byr x kluar la...
Quote pokaibanktokyo 14-2-2019 01:36 PM
Tak mau bayar dulu cakap tak boleh isi la
Quote sambaldurian 14-2-2019 01:41 PM
Tu no plat sebaik clear, jgn kete curi or sewa udoh le. Buat je report. 75 pun duit, kes x amanah.
Quote None68 14-2-2019 02:07 PM
Tak pernah tau plak klu x bg duit boleh pam minyak. Ni adik tunggu SPM ke? Kesian adik, bertabahlah ye..mmg gelap dunia dibuat rm75 tu..byk..
Quote dekmieDandy 14-2-2019 02:28 PM
pernah jadi cashier stesen minyak dulu benda ni lar paling takut especially abang2 yang datang tengah malam tu

nak tak nak buat tak tahu je kalau dia request nak isi dulu
Quote buapakperut 14-2-2019 02:58 PM
deyy suka sangat pakai benda haram
Quote Artemesiaa 14-2-2019 03:01 PM
Zaman kuat menipu ni elok pastikan mereka bayar duli baru bagi guna kalau tak duit poket sendiri bakal melayang
Quote prettyuglybabe 14-2-2019 03:14 PM
kalau guna kad, suruh je la dia guna kat machine..
awal-awal lagi dah bau ikan..
staff pun lurus bendul sangat napa..
Quote haryatie 14-2-2019 03:30 PM
siannya
jgn terlalu lurus dik ..
mcam ank teruna aku, blik rumah aku nmpak dia berbungkus jerk dlm selimut ats katil
mula2 nya aku ingat dia demam, tido ke
tunggu2 x bangun2 jugak
aku gerak dia..tup tup dngar dia nangis
msa tu umur dia 17 tahun
aku tnya knapa... rupa nya tipon kena curi
dia ckp ada sorang lelaki naik motor mula2 tnya arah jalan
pastu ckp dia da tersesat, nk call kwn dia tp xde tipon, dia nk pinjam tipon ank aku
bila ank aku bg org tu trus blah
ank aku nangis ckp kat aku dia buat baik kat org niat nk tolong tp knpa org tu buat jahat kat dia
sampai hari ini aku slalu pesan jgn perccya kat org pe lg yg x diknal
Quote munchkin 14-2-2019 03:45 PM
Lain kali bertegas je!!!!sebab tu orang letak polisi.  Ada polisi ko nak berlembut pulak. Bila org tipu marah orang tipu
Quote CiliPadiSedap 14-2-2019 04:16 PM
haryatie: siannyajgn terlalu lurus dik ..mcam ank teruna aku, blik rumah aku nmpak dia berbungkus jerk dlm selimut ats katilmula2 nya aku ingat dia demam, tido  ...

Baguslah kak yati ibu baik
Quote gigahertz 14-2-2019 06:17 PM
haryatie: siannyajgn terlalu lurus dik ..mcam ank teruna aku, blik rumah aku nmpak dia berbungkus jerk dlm selimut ats katilmula2 nya aku ingat dia demam, tido  ...

macam tu hari la kat sri gombak speedmart 99 ada la pakcik tu mintak no tel nak call kawan(pakcik tu ada tel swndiri tapi kredit takde) aku pun dah was was. tapi bagi jugak la. pastu pakcik tu pegang call macam biasa

tetiba aku dengar suara jerit woi! jangan lari! rupannya suara tu dtg daripada supervisa speedmart99 nak tahan bangla yang masuk kedai dia ambil snek tapi tak bayar . maka berlaku lah drama kejar mengejar.

yang aku ingatkan tu drama laki bini gaduh malas la nak campur.
Quote RatuDunia94 14-2-2019 07:14 PM
Keje bahagian cashier mmg risiko tinggi..

Iols dulu masa lps abis spm plg x suka duk bhgian cashier.. sbb takut duit short. Al hasil iols kire slow2 sampai kaunter jam.. terus manager pindah iols bahagian lain.. padahal mmg iols sengaja buat lambat2.. haha
Quote Jorja 14-2-2019 08:56 PM
Haah pakai kad cucuk aja la kenapa nak deal dgn cashier lagi
Quote nia_salina 14-2-2019 09:12 PM
cashier lurus.tak byr mmg masih blh pam KALAU cashier open pump.sian. biasanya cashier kena ganti balik
Quote Mary_jane 14-2-2019 09:17 PM
Yang cashier lurus bendul satu hal. Masalahnya si penipu takde rasa apa plak lepas menipu isi petrol. Dasar jantan haprak. Cepatlah kau kena cekup polis. Nak berkereta tapi sengkek.
Quote MoCuishle 14-2-2019 10:41 PM
Memang ada stesen minyak yang suruh tinggalkan kad debit di kaunter masa kita nak isi minyak. Akak pernah kena jua.

Contoh nak isi full tank, lepas dah habis isi minyak baru lah cashier akan charge kad debit tu ikut amount yang kita isi.
Quote pokaibanktokyo 15-2-2019 07:01 AM
Dengan blackie pun nak bagi chan.
Quote pokaibanktokyo 15-2-2019 07:06 AM
sambaldurian replied at 14-2-2019 05:41 AM
Tu no plat sebaik clear, jgn kete curi or sewa udoh le. Buat je report. 75 pun duit, kes x amanah.

Muka sengkek macam tu mesti kereta klon

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top