Dari luaran kelihatan bintang realiti Kim Kardashian West punya segala-galanya; wang ringgit, populariti dan keluarga bahagia. Bagaimanapun, baru-baru ini beliau mendedahkan mengalami penyakit kulit psoriasis yang semakin kronik.
Psorisis ialah sejenis penyakit kulit yang menyerang sistem imunisasi badan dan mengakibatkan tompokan kulit yang merah, gatal dan berkeping-keping. Jika tidak dikawal, ianya akan merebak menjadi lebih teruk. Dipercayai penyakit ini adalah keturunan dan tidak berjangkit. Penyakit psoriasis kadangkala menyebabkan rasa tidak selesa seluruh badan, menyakitkan dan memalukan jika keluar di khalayak ramai. Baru-baru ini Kim Kardashian dilihat dalam keadaan tidak terurus dan suratkhabar Daily Mail telah membuat spekulasi mungkin beliau mengalami 'bad skin day' kerana keadaan kulit wajahnya yang tidak secantik biasa. Menyedari komen tersebit, Isnin lalu Kim telah tampil di Instagram mendedahkan bahawa beliau telah lama menghidap penyakit kulis psoriasis sejak 2011 dan sering menutupinya dengan mekap. Walaupun penyakit itu dahulunya hanya timbul sekali-sekala, kini Kim mengatakan ianya datang semakin kerap dan menjengkelkan. 'Psoriasis is the shit!' sumpahnya. Turut dimuatkan dalam posting pendedahan itu adalah gambar-gambar menunjukkan penyakit yang menyerang ke hampir ke seluruh badannya. Menurut Kim, beliau telah menggunakan pelbagai cara untuk merawat penyakit yang dihidapinya tetapi tidak berjaya. 'Saya sudah berjumpa berpuluh-puluh pakar kulit tetapi tidak berkesan, kini saya mencuba ubat-ubatan herba Cina' terang Kim lagi. Keberanian Kim mendedahkan penyakit yang dialaminya mendapat pujian ramai peminatnya. Mereka berpandapat, penyakit itu perlu diberikan pendedahan. Malahan ada juga di antara mereka yang cuba berkongsi petua dengan Kim untuk mengawal psoriasis. Nampaknya, di sebalik kecantikan kulit Kim Kardashian tak sangka tersimpan seribu rahsia yang ditutupi dengan mekap.- CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mawar_mustika replied at 20-2-2019 09:15 AM
arwah abg kpd abg ipar I kene penyakit kulit mcm ni...tp yg kronik sampai seluruh bdn kene...bermula ...
safieyah1984 replied at 20-2-2019 09:33 AM
Ya Allah kesiannya for those yang kena sakit mcm ni, iolsss tumpang simpati lebih2 lagi mcm kim, mes ...
safieyah1984 replied at 20-2-2019 09:33 AM
Ya Allah kesiannya for those yang kena sakit mcm ni, iolsss tumpang simpati lebih2 lagi mcm kim, mes ...
hanglipolopo replied at 20-2-2019 10:36 AM
Baru2 ni aku ade tgk cite Dr Pimple Popper..ade sorang mamat ni ade Psoriasis plus benjol atas kepal ...
pisangbanana replied at 20-2-2019 02:54 PM
Ade ekzima since masuk U 2 taon lps...bila nk final je mesti jdi mkn teruk dgn bdn gtl2 smpai melece ...
pisangbanana replied at 20-2-2019 02:54 PM
Ade ekzima since masuk U 2 taon lps...bila nk final je mesti jdi mkn teruk dgn bdn gtl2 smpai melece ...
ADVERTISEMENT