CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan Dicekik, Mulut Disumbat Pasir

15-2-2019 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5065| Komen: 11

Polis menolak andaian yang mengatakan terdapat unsur cubaan rogol dalam kejadian di mana pelajar perempuan dicekik dan mulutnya disumbat pasir oleh seorang lelaki.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di perhentian bas Taman Seri Neting, Pengkalan Kubor di Tumpat, semalam sebelum mangsa menggigit jari suspek yang kemudian melarikan diri.


Kredit foto: Harian Metro

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang menunggu bas seorang diri untuk ke sekolah di Pasir Pekan pada jam 6.30 pagi sebelum didatangi lelaki tidak dikenali dari arah belakang dengan menunggang motosikal.

Lelaki itu kemudian menarik mangsa hingga terjatuh sebelum mencekik leher remaja perempuan berkenaan.


“Suspek menarik kepala mangsa dan menyembamkannya ke pasir sebelum memasukkan pasir ke dalam mulut menyebabkan remaja itu melawan dengan menggigit jari suspek," kata Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud.

Tambahnya, suspek yang kesakitan melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan motosikalnya.

Kejadian menyebabkan mangsa mengalami lebam di leher kanan sebelum membuat laporan di Balai Polis Simpangan.

Menurut Ab Rashid, pihaknya sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - CARI
9

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 16-2-2019 02:37 AM
Awal sangat cari sarapan kat bus stop..jilake
Quote precious_chicas 16-2-2019 03:08 AM
Astaghfirullah....semakin gila dah manusia2 sekarang ni. Pantang ada peluang. Takde sikit pun agaknya rasa kasihan dan kawal diri. Dimanakah silapnya manusia dan masyarakat zaman sekarang ni agaknya?
Quote batmana 16-2-2019 07:04 AM
Kalu Masukkan pasir dlm mulut.
Aku rasa bdk ni.mulut laser.
Msti dia kenal sapa yg buat
Quote dewi_rina 16-2-2019 07:39 AM
Seram nye
Sampai sumbat pasir dalam mulut
Mau trauma nak makan
Quote Buritan 16-2-2019 08:28 AM
precious_chicas replied at 16-2-2019 03:08 AM
Astaghfirullah....semakin gila dah manusia2 sekarang ni. Pantang ada peluang. Takde sikit pun agakny ...

Silapnyaaa satuuu.. duit... semua benda nak duit.. dannn manusia terlalu haloba.. dann  tak redha dgn Allah bila takdir tidak menyebelahinya..
Quote jalfa 16-2-2019 08:33 AM
Lain kali ajak berkawan la dek..g sekolah dgn kawan...tunggu bas pagi sorang sorang bahaya sgt
Quote salmon-suki 16-2-2019 09:13 AM
Tu pic ape?pic budak tu ke?mmg teruk ler bt kt bdk tu cmtu,ntah2 dendam kot..
Quote EvieWanKenobi 16-2-2019 09:44 AM
Syukurlah budak ni selamat..
Quote ikanmasin 16-2-2019 11:41 AM
syukur bdk tu selamat..mcm da aim jer kat bdk tu..
ari2 dok tgk masa pukul berapa bdk tu ada kat bas stop tu..
Quote runiadreamer 18-2-2019 11:27 AM
kesiannyaa budak tu
Quote Artemesiaa 18-2-2019 11:41 AM
Nasib berani juga dia bertindak untuk selamatkan diri.  

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036373 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top