Masalah ketagihan dadah menjadi masalah sejagat. Satu dunia berdepan dengan masalah ini. Betapa ramainya penagih dadah tidak mengira usia. Baru-baru ini, pasangan kekasih dari Pensylvania, Nora Boyle dan Greg Searl, ditahan atas tuduhan pengabaian terhadap keselamatan anak mereka.
Menurut laporan pihak polis, Boyle, 35, sedang menjaga anaknya namun dia tiba-tiba tidak sedarkan diri. Ketika itulah, bayi mereka yang berusia 16 bulan mengunyah beg plastik kosong yang masih mempunyai sisa dadah jenis heroin. Sebaik sahaja Searl pulang ke rumah, dia mendapati bayinya tidak sedarkan diri lalu menyedari anaknya itu telah termakan dadah. Bayi mereka segera dikejarkan ke hospital.
Pihak hospital memberikan rawatan segera kepada bayi malang itu dengan memberikan suntikan Narkan. Menurut pakar, dadah jenis heroin sangat berbahaya untuk orang dewasa dan boleh membawa maut, apatah lagi untuk kanak-kanak, meskipun dalam jumlah sedikit. Kebiasaannya punca kematian ialah kerana saluran pernafasan tersekat lalu membawa maut. Kedua-dua ibu dan bapa bayi berkenaan adalah penagih dadah. Bapanya, Searl mengakui telah menyuntik lima paket dadah jenis fentanyl pada malam sebelum kejadian. Bayi tersebut bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas insiden terbabit. Dadah sememangnya bahaya. Tetapi lagi bahaya jika mempunyai ibu bapa yang merupakan penagih dadah! -CARI
|
7
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
onexox97 replied at 16-2-2019 10:43 AM
Kenapalah tak guna condom
CiliPadiSedap replied at 16-2-2019 11:32 AM
mana ada orang isap dadah guna kondom dik?
CiliPadiSedap replied at 16-2-2019 11:32 AM
mana ada orang isap dadah guna kondom dik?
onexox97 replied at 16-2-2019 11:36 AM
Owh ingat kan ada
Burong_Hantuk replied at 18-2-2019 09:34 AM
aku memang anti sama penagih dadih nih
ADVERTISEMENT