CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja ISIS Bersalin Di Syria, Merayu Mahu Kembali Ke UK

22-2-2019 01:17 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4388| Komen: 30|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Shamima Begum, 19,  remaja berasal dari London yang meninggalkan United Kingdom (UK) empat tahun lalu untuk menyertai Islamic State di Syria (ISIS) dikatakan telah bersalin di negara bergolak itu dan merayu untuk dibenarkan kembali, kata keluarganya.



Kredit foto: CNN
Menurut peguam keluarga itu, anak lelaki yang baru dilahirkan Shamima kini dalam keadaan sihat. Shamima yang pernah ditemu bual oleh Sky News dari kem pelarian di Syria pernah berkata bahawa rakyat UK perlu memaafkannya kerana dia tidak tahu apa-apa mengenai Syria ketika membuat keputusan untuk menyusup masuk ke negara itu. 

'Saya membuat kesalahan ke Syria, tetapi saya tidak menyesal kerana keputusan itu membuatkan saya lebih kuat' katanya lagi.



Kredit foto: Daily Mail
Dalam temuramah terakhir Shamima Begum dengan wartawan Times di sebuah kem pelarian, remaja itu dikatakan sedang sarat mengandung dan mahu kembali ke UK. Menurutnya, ini adalah kandungannya yang ketiga. Dua anaknya sebelum ini mati ketika dilahirkan. Kelahiran anak yang ketiga dimaklumkan kepada keluarga Shamima melalui telefon daripada seorang jurucakap dari kem itu.


Kredit foto: Twitter
Mengulas isu itu, menteri kabinet Jeremy Wright memberitahu BBC bahawa kewarganegaraan bayi itu bukan mudah untuk ditentukan. 'Yang paling penting ialah kesihatannya, tetapi jika dibenarkan pulang Shamima perlu bertanggungjawab atas tindakannya menurut undang-undang' katanya lagi. Bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang menteri yang tidak bersetuju remaja itu diterima semula.



Kredit foto: CNN
Shamima Begum dan dua orang lagi remaja, Kadiza Sultana dan Amira Abase dari London menghebohkan UK kerana menyertai ISIS pada Februari 2015. Kadiza dipercayai telah mati dalam satu serangan bom manakala nasib Amira tidak diketahui.

Penulis berpendapat beliau perlu dihukum sewajarnya sekiranya diterima kembali ke negara asalnya. Apa kata anda? -CARI
5

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Malaysia.Doom 22-2-2019 01:19 PM
Sila lah mereput Kat Sana...memang tu pilihan ko kannn nak mati sayid till jannah jadi bidadari terselak kain janjian tok Arab
Quote cmf_premierleag 22-2-2019 01:28 PM
heran ya
ummah meleis berlomba2 nak masuk UK, dpt selfie kat london bridge, london eye bagai tu masuk fb sbb nk show off, manakala cainis lak siap keje kt resto paki jd tukang basuh pinggan sbb nk sgt duk kat landen
tapi ummah UK lak mahu lari ke syria
sudah gila agaknya
Quote Sang_Pencinta 22-2-2019 01:43 PM
Baru 3-4 tahun dengan ISIS dan 3 kali beranak

Jadi hamba seks kah di sana?
Quote belon 22-2-2019 01:48 PM
Tak fikir panjang
Quote Marsyal Yau 22-2-2019 01:49 PM
Takyah kutip bende camni. Biar mampos kat syria ngan jejaka pilihan dia.
Quote Bedah.Cun 22-2-2019 01:54 PM
Begum ker? Napa taknak balik Bangla? Dasar migrant sbijik mcm Tamil Mahamariaman!
Quote Aerhys 22-2-2019 02:04 PM
Negara "kafir lahnat" yg dia mahu perangi juga jadi pilihannya jadi tempat perlindungan. Kenapa tak pilih duduk di negara islam lain yg aman. Oh tak wujud rupanya atau taraf third world country sahaja. Angkut semua keluarganya ke "negara islam" lain sahaja. Arab saudi tak mahu hulurkan bantuan kah kepada sesama umat islam? Malaysia pun sudah tidak cukup tangan dengan pelarian rohingya dan PATI.
Quote merrissa 22-2-2019 02:13 PM
cmf_premierleag replied at 22-2-2019 01:28 PM
heran ya
ummah meleis berlomba2 nak masuk UK, dpt selfie kat london bridge, london eye bagai tu mas ...

khennnnn....ada juga ereb yg lahir kat uk, membesarkan kt uk....berlumba2 nak syahid bagai berbekalkan perjuangan si ISIS tuh...tp syria sendrik pon tak prnh jejak...bodoh2 juge baka UK ni

Quote runiadreamer 22-2-2019 02:14 PM
musykil apa yang buat diorang terfikir utk join ISIS  ni
Quote munchkin 22-2-2019 02:17 PM
Tak tahu apa konon puiiiii
Quote tri-max 22-2-2019 02:21 PM
mostly pergi sbgai hamba seks jah
pegang senjata pon tak pernah
apatah lg nak berlawan
kesian kat pompuan sentiasa diperkotak-katikan lelaki
dlu WWW II pon pompuan japan/korea gak jadik pemuas nafsu jejans yg claim wira dunia
Quote chicozinn 22-2-2019 02:24 PM
ko jadi hamba pemuas nfsu pjuang ISIS ke yachh?tkot kawen kontrak je ni sbb syiah wt cmtu..
Quote pyropura 22-2-2019 02:26 PM
Edited by pyropura at 22-2-2019 02:28 PM

3 musketeers yg lari dari rumah demi sebatang kotey sang lobai penuh barokah
Quote pyropura 22-2-2019 02:27 PM
Yg gambo kiri sekali pakai specs tu dah mampos kan
Quote Sang_Pencinta 22-2-2019 02:36 PM
Kiri sekali tu dah meninggal kena bom sesat
Quote namieamuro 22-2-2019 02:41 PM
pdnla muke uk banned die pulak..dh la xde rase nyesal..so duduk mereput aje la kt syria tu..org mcm ni bahaye..mandai2 kan nk join isis bagai..sng2 nk blk uk blk..
Quote kucingitam 22-2-2019 02:46 PM
ni lebih kurang malaysian yang lari ke lombok, nepal..dah susah baru nak balik
Quote Artemesiaa 22-2-2019 02:49 PM
Mereka ni asal bangla dah dapat kerakyatan UK gigih nak ke Syria dah keluar anak satu gigih nak balik UK semula macam mana tak kena cemuh
Quote ikanmasin 22-2-2019 02:51 PM
tak fikir panjang..anak2 jd mangsa..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052111 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top