Gila! Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun mengekori seorang wanita berusia 19 tahun sebelum merogol mangsa beramai-ramai. Lebih mengejutkan, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun turut terbabit dalam serangan itu.
METRO melaporkan, Wilmer Ramos, Philip Worrell, dan Nile Campbell semuanya berusia 14 tahun ditahan dan didakwa sebagai dewasa kerana merogol pada Khamis di Baltimore, Maryland. Manakala, suspek berusia 12 tahun yang tidak dinamakan itu dikategorikan sebagai pesalah juvana dan didakwa merogol, menculik, menyamun serta melakukan penyumbaleweng pada 6 Februari. Menurut pihak berkuasa seperti dipetik Fox 5, ketika kejadian, mangsa yang baru turun dari bas diekori keempat-empat suspek yang kemudian mengacukan sepucuk pistol ke arahnya sebelum membawa wanita itu ke sebuah kawasan belakang rumah. Difahamkan, jiran berhampiran terdengar bunyi mencurigakan dari halaman berlakang sebelum melihat tiga remaja melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita. Suspek yang ketakutan apabila perbuatan mereka disedari bertindak melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas waktu sekolah. Ramos, Worrell dan Campbell kini berada dalam tahanan di Central Booking and Intake Facility. - CARI
|
8
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT