CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa Dah Jadi Dengan Dunia? Kenali 5 Pasangan Lesbian Terkenal Di Dunia

20-2-2019 11:53 AM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 6754| Komen: 19|Original author: Oleh: Black Rose

Sejak kebelakangan ini, kisah lelaki yang menyukai pasangan sejenis heboh diperkatakan. Malah, ada yang sanggup menukar jantina dan berhabis wang untuk melakukan pembedahan supaya kelihatan seperti wanita. 


Kebanyakan pasangan gay ini mempunyai wajah kacak dan wajah lelaki asli. Kita memang tidak menyangka bahawa mereka menyukai sesama jenis.


Gambar Hiasan

Perkara seperti ini memang sudah terjadi sejak zaman dahulu lagi. Malah, semakin bertambah pada zaman sekarang. Bukan hanya lelaki, begitu juga dengan wanita. 

Bagaimana seorang wanita boleh menyukai sesama jenis? Atau lebih dikenali sebagai lesbian. Mari kita ungkap lima pasangan lesbian yang terkenal di dunia.


1. Cat Cora dan Jennifer Cora

   


Cat Cora merupakan seorang chef profesional yang sering tampil dalam rancangan masakan Iron Chef. Dia mengaku telah berkahwin dengan pasangan lesbiannya, Jennifer pada 2013. 

Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 2015. Mereka memiliki empat cahaya mata iaitu Zoran, Caje, Thatcher dan Nash.


2. Wanda dan Alex Sykes




Wanda Sykes merupakan seorang pelakon komedi, penulis dan artis popular di Amerika. Pada 2008, dia mengaku dirinya seorang lesbian dan berkahwin dengan Alex Sykes di Los Angeles. Pada tahun 2009, Alex melahirkan bayi kembar.


3. Rosie O'Donnell dan Michelle Rounds


 

Pada 2002, Rosie O'Donnell mengakui dirinya seorang lesbian. Dia merupakan artis terkenal di Amerika. Pernikahan pertamanya bersama Keli Carpenter gagal dan mereka berpisah pada  2009.

Pada 2011, Rosie bertemu dengan pasangan lesbiannya Michelle Rounds dan berkahwin secara senyap. Dalam usia perkahwinan mereka, mereka mengambil seorang anak angkat bernama Dakota. Namun, mereka bercerai pada 2015. 

Rosie O'Donnell telah meluahkan rasa sedih di atas kematian 'Bekas isterinya' Michelle Rounds yang pada ketika itu berusia 46 tahun.


4. Cynthia Nixon dan Christine Marinoni



Cynthia Nixon seorang artis Amerika yang telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Danny Mozes pada 1988 dan memiliki dua orang anak. 

Pada 2007, dia mengaku bahawa dia seorang biseksual dan berkahwin dengan Christine pada 27 Mei, 2012. Mereka merupakan aktivis bagi program LGBT.


5. Jane Lynch dan Lara Embry



 
Jane Lynch merupakan idola bagi kaum gay dan lesbian di Amerika. Dia seorang pelakon yang telah membintangi beberapa drama popular termasuk 'Julia and Julia' (2009) dan 'A Mighty Wind' (2003). Bukan hanya pandai berlakon, dia juga memiliki Ijazah Seni dan Persembahan dari Cornell.

Pada 2005, dia mengakui dirinya lesbian. Pernikahan dia dan pasangan lesbiannya, Lara Embry diadakan di sebuah restoran tertutup yang dihadiri ahli keluarga sahaja. Lara Embry ialah seorang ahli psikologi yang memegang Ijazah Dalam bidang Psikologi dari University of Washington. Kini mereka mempunyai tiga anak angkat.

Kisah mereka ini menjadi tauladan kepada kehidupan kita. Di malaysia, hubungan sesama jenis amatlah dilarang. Namun, di negara luar terutamanya Amerika, hubungan sesama jenis ini tidak dilarang malah mereka mempunyai hak untuk mempertahankan kaum mereka.

Apa sudah jadi dengan manusia? Pasti kita yang normal tertanya-tanya, bagaimana semua ini boleh terjadi. Pelik bukan? Tetapi, apakan daya kita hanyalah manusia biasa. Memang kita cuba hindari dari tersalah laku. Jika itu memang sudah takdir, Bagaimana? - CARI
2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missDollie 20-2-2019 11:55 AM
Mana ellen dengan portia?
Quote Artemesiaa 20-2-2019 12:42 PM

Nak break up kabarnya sebab tu mungkin tak masuk list
Quote tri-max 20-2-2019 12:50 PM




keji hidup melayan nafsu dari akal
Quote RatuDunia94 20-2-2019 01:12 PM
Malaysia xde ke?
Quote abangadek 20-2-2019 01:21 PM

gay ade la, jat ngan yin
Quote fly_in_d_sky 20-2-2019 01:36 PM
Artemesiaa replied at 20-2-2019 12:42 PM
Nak break up kabarnya sebab tu mungkin tak masuk list

laaaa nak break up ke?
bukan hari tu baru lepas sambut bday si ellen ke?
isk isk ...


Quote Beribear 20-2-2019 02:08 PM
Yg no 4 tu dia tak bercera dgn laki nya ke terus kawin dgn perempuan lain?
No 5 tu ahli psikologi tp pon still celaru dgn identiti sendiri
Quote Ferr_Remy 20-2-2019 03:55 PM
Baru tau coach dlm cite Glee tu lesbian haha
Quote perangka 20-2-2019 04:42 PM
ellen de generes ngan portia de rossi takde tak cukup masak la list
Quote sinalegna 20-2-2019 10:25 PM
Baru tau yg no 2 tu.. acik tu kelako
Quote Victorioussss 21-2-2019 06:34 AM
Sape top sape bottom?
Quote intan_smsb 21-2-2019 01:06 PM
last week my friends call ajak hangout

die kata die bawk boifren

skali penkid da

da anak meols blur.. anak tnye

ibu, tu lelaki ke pompuan

kalau lelaki kenape sore perempuan

mak nak jawab apa nak
Quote iloveyou 25-2-2019 12:54 PM
mana pasangan lesbian yg dr korea tu??? Ha Soo Young & Kim Ji Woo combined nett worth harta $170 billion wooo
Quote rosewhite 25-2-2019 02:24 PM
elton john dgn ricky martin pun boleh masuk list
Quote meow_tompok 25-2-2019 05:51 PM
kenapa mereka jadik lesbian yea?
sbb insecure tak percaya lelaki ke apa.

Dulu penah ada member couple dgn pengkid, alasan dia mudah je takde laki tackle dia.
Quote oshinz 2-4-2019 04:37 PM
intan_smsb replied at 21-2-2019 01:06 PM
last week my friends call ajak hangout

die kata die bawk boifren

Susah nak jawab ni..
Quote oshinz 2-4-2019 04:37 PM
Kalau ade anak tu, buat macammane eh? Takpaham..
Quote intan_smsb 3-4-2019 09:43 AM

tula aku pulak jadi segan dengan anak aku
tu anak yg no 2
kalau aku bawak anak yg sulung
confirm ank aku tatik muka masam
dia bukan suka orang2 macamtu
Quote UMMI_MAI 3-4-2019 10:44 AM
apa mesejnya ? kenapa perlu kenal pasangan lesbian???? apa pekdah nye ?? kenapa perlu war2 kan cara hidup mereka ?



Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043201 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top