CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Shooting Pre-Wedding Ke?' - Peminat Usik Percutian Siti Nordiana, Zoey Ke Jepun

20-2-2019 12:16 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13927| Komen: 62|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh penyanyi Siti Nordiana mengundang tanda tanya banyak peminat kerana memperlihatkan dia dan rakan pelakon dan pengacara, Zoey Rahman sedang berada dalam satu kapal terbang menuju ke sebuah destinasi.


Kredit foto: Instagram
Ramai yang tertanya-tanya, ke manakah mereka berdua akan bercuti? Dan untuk apa? Adakah kerana urusan kerja ataupun urusan peribadi? 

Ramai yang mengetahui Nana telah lama menyendiri manakala Zoey pula masih belum berpunya.


Kredit foto: Instagram
Walaupun mereka telah lama digosipkan bercinta, pasangan ini belum pernah mengesahkannya kepada media dan selalu mengatakan hanya berteman rapat. 

Malahan Nana pernah membuat kenyataan 'Setakat ini, saya boleh katakan kami tidak bercinta' tetapi kerana kekerapan mereka bersama, peminat sering melihat mereka berdua-duaan, contohnya seperti gambar percutian kali ini.


Kredit foto: Media Hiburan
Ini membuatkan ramai yang mengusik sama ada pasangan ini bercuti atau nak membuat penggambaran pre-wedding. Tidak kurang juga yang meneka mungkin mereka membuat penggambaran di Jepun berdasarkan hashtag. 

Sebilangan lagi membuat spekulasi Nana dan Zoey ada urusan perniagaan.


Kredit foto: Instagram
Bagaimanapun tidak ada satu pun persoalan di atas yang dijawab oleh pasangan itu dan mengundang lebih banyak lagi persoalan.

Apa-apapun, didoakan semoga mereka berdua menemui kebahagiaan sebagai pasangan ataupun sekadar sahabat baik. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 20-2-2019 01:07 PM
Selisih la nk berlakikan zoey ni..
Quote abangadek 20-2-2019 01:11 PM
nana ni bagus, takde pun oter2 muka, maintain desa dari dulu kala
Quote nanny_1 20-2-2019 01:14 PM

zoey ni bukan khabarnya yang tak bayar hutang tu ke? serta ummah lemari.
Quote matchstick 20-2-2019 01:32 PM
aku speku zoey ni sama spesis mcm forumer terpaku tu...
heshe minat n adore nana sendayan tapi rembes dgn sesama jantan jugok. teringat dolu2 heshe asyik kebanjiran time gv musim yg ada zarul umbrella tu
Quote Rapz 20-2-2019 01:34 PM
Wat??!!zoey....?big NO!
Quote mesmerize 20-2-2019 01:34 PM
BFF la kot
Quote mixed 20-2-2019 01:43 PM
dah baik ke last year katanya gaduh masam muka ?

sampai percutian pg jepun nana pg dgn anak dan kwn2 lain
zoey batal kan sb sibuk byk job katanya

NANAAAAAA pls cari lain klu betul bercinta
Quote mieymiey 20-2-2019 01:45 PM
Takkan la Nana nak berlakikan ummah lemari.
Quote sleepandream 20-2-2019 01:47 PM
zoey ni jambu sangat... mcm anak ikan pulak...
Quote umbut 20-2-2019 01:53 PM
Zoey memang minat ngan nana. Tapi nana x layan. Xkan nana dah kalah pujuk rayu zoei.. tapi kalau dia baik apa salahnya..
Quote lee_sakura 20-2-2019 02:21 PM
abangadek replied at 20-2-2019 01:11 PM
nana ni bagus, takde pun oter2 muka, maintain desa dari dulu kala

ini klakar
Quote Fazzbulous 20-2-2019 02:34 PM
abangadek replied at 20-2-2019 01:11 PM
nana ni bagus, takde pun oter2 muka, maintain desa dari dulu kala

Ceiittt.. Desa2 pn naik mini hokeyyyy.. Kikikikiki..
Quote Sang_Pencinta 20-2-2019 03:18 PM
umbut replied at 20-2-2019 01:53 PM
Zoey memang minat ngan nana. Tapi nana x layan. Xkan nana dah kalah pujuk rayu zoei.. tapi kalau dia ...

Zoey dah di friendzone kan ke?
Quote amal12bh 20-2-2019 03:21 PM
iols pun rasa frenzone jek. selesa berkawan. nana tau kot taste zoey tu mcm mana. iols doakan nana bertemu jodoh yg baik2.
Quote diss69 20-2-2019 03:32 PM
amal12bh replied at 20-2-2019 03:21 PM
iols pun rasa frenzone jek. selesa berkawan. nana tau kot taste zoey tu mcm mana. iols doakan nana b ...

Aamiin... Akk pon suka nana..
Quote Sang_Pencinta 20-2-2019 03:41 PM
mieymiey replied at 20-2-2019 01:45 PM
Takkan la Nana nak berlakikan ummah lemari.

Tapi korang gossipkan Awal ummah closet tup2 bahagia berbini. Cemmana tu? Lol
Quote mieymiey 20-2-2019 03:55 PM
Sang_Pencinta replied at 20-2-2019 03:41 PM
Tapi korang gossipkan Awal ummah closet tup2 bahagia berbini. Cemmana tu? Lol

Memang la bahagia kalau dah bini pun sepesen dengan laki.
Quote abangadek 20-2-2019 04:02 PM
Fazzbulous replied at 20-2-2019 02:34 PM
Ceiittt.. Desa2 pn naik mini hokeyyyy.. Kikikikiki..

ape kena mengena berwajah nan desa dgn naik mini kuper? kau ingat rupa fazura je boleh naik mini kuper? lawak la kau sisturr
Quote laksmanabentan 20-2-2019 04:21 PM
tak yah ler nak ikut BBNU pakai cermin mata besor gedabak tuh...
tak sesuai ler nana weeeiii...

cari ler imam yg stabil, yg boleh bela ko dan anak2 di masa depan..
nak pilih anak ikan yg kurang jelas tu watpe la..
tak yah ler nak ikut trend sgt kawin dengan laki muda....

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056859 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top