CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jurutera Hilang - Bekas Isteri Tampil Dedah Cerita Sebenar!

20-2-2019 10:59 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 19439| Komen: 52|Original author: Oleh: M&M

Malaysia dikejutkan lagi dengan berita kehilangan seorang jurutera yang dikhabarkan mempunyai masalah tekanan perasaan. Jurutera yang dimaksudkan itu ialah Muhd Faiz Nazmi, 32.


Kredit foto: Harian Metro

Terdahulu, kita pernah digemparkan dengan berita seorang ustazah yang tidak pulang ke rumah akibat tertekan terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang sangat jauh. 

Netizen berteka-teki apakah yang terjadi kepada Faiz Nazmi sehingga dia menghilangkan diri sejak seminggu lalu?

Namun, pengakuan yang ditinggalkan oleh seorang wanita di ruangan komen berita tentang kehilangan jurutera tersebut secara tidak langsung memberi petunjuk kepada teka-teki kehilangannya.




Rupa-rupanya, wanita tersebut ialah bekas isteri Faiz sendiri. Menurutnya, kehilangan Faiz kali ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini Faiz sudah biasa menghilangkan diri daripada isteri dan anaknya.





Kredit foto: Facebook Sya Zaki

Wanita itu juga mendakwa Faiz sering berkelakuan demikian apabila perbuatan curangnya terbongkar. Dia juga tidak menerima nafkah untuk anak mereka daripada Faiz sepanjang perceraiannya. 

Sementara itu, tinjauan di Facebook wanita berkenaan mendapati dia turut meluahkan kesedihan berikutan prosiding perceraian mereka yang akan dijalankan pada 21 Februari 2019. Dipercayai, mereka hanya berkahwin selama tiga tahun sahaja. 




Kredit foto: Facebook Sya Zaki

Netizen turut memberi respons terhadap isu ini. Pada mulanya, mereka mengambil berat tentang kehilangan Faiz. Namun setelah bekas isterinya membuat pendedahan itu, netizen mula mencemuh jurutera terbabit dan berharap agar dia benar-benar hilang.




Benarlah setiap yang berlaku itu pasti ada ceritanya. Kita hanya mampu membuat spekulasi, namun yang benar-benar tahu pastinya ahli keluarga mereka sendiri. 

Semoga bekas isteri Faiz tabah dan bersabar mengharungi kehidupan membesarkan anak seorang diri! - CARI
8

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 20-2-2019 11:01 AM
Ex wife cantik gitu pun nk curang? Pelik aku..
Quote AyaqMeloSuam 20-2-2019 11:11 AM
Santeknya ex wife dia.. anak dia pun comey sgt2..
Bruntungnya.. itu 1 bonus.. dpt lahirkn zuriat seindah mata melihat... dah x serasi elok la bina haluan masing2.. moga kedua2nya dpt yg sepadan kelak.. pd Si Paiz nih.. klu kome menipu ckp dri tu hilang sb asbab peribadi.. henti2 kn lah.. jgn pulak kata dri drepressi tp jumpa kt kelab mlm pulok.. tempat tu golap.. mmg x la x jumpa muka kome..
Quote buragazz 20-2-2019 11:18 AM
Nana_Man replied at 20-2-2019 11:01 AM
Ex wife cantik gitu pun nk curang? Pelik aku..

Kan.. rasanya sebelum kawin pun maybe Ex-Wife dia pun tau dia ni kaki pempuan.. dan maybe banyak2 yang telah dikaki jantan ni bini dia ni yang dapat but then.. klu dah cara itu juga bagaimana kau dapat dia so begitu juga lah bagaimana kau dilepaskan oleh jantanz tu.. kene muhasabah diri jer.. "wahh aku drama sangat"
Quote PristineOne 20-2-2019 11:20 AM
Err...apa insta ibu tunggal nih?

Kih..kih..kih
Quote runiadreamer 20-2-2019 11:20 AM
wife lawa pon kena tinggal aku pelik btul la dgn jantan zaman sekarang ni, kalau dah sangap tu sangap jugak lah citernya
Quote kikuri 20-2-2019 11:24 AM
lawo hoi bini dia... si laki ni pon boleh tahan jugak... nak suh hilang teruih pun mamat ni ade mak bapak lagik... keje enginyur tapi kedekut nak bagi nafkah anak.... tahik la...
Quote insulin 20-2-2019 11:28 AM
PristineOne replied at 20-2-2019 11:20 AM
Err...apa insta ibu tunggal nih?

Kih..kih..kih

Sudah2lah pokcik. Berikan laluan kepada saya yang masih bujang ni.....





Quote umbut 20-2-2019 11:33 AM
Bini comel pun curang.. nak juga pasang byk
Quote Nana_Man 20-2-2019 11:44 AM
buragazz replied at 20-2-2019 11:18 AM
Kan.. rasanya sebelum kawin pun maybe Ex-Wife dia pun tau dia ni kaki pempuan.. dan maybe banyak2  ...

Lol!! Kene dgr dari dua2 pihak kan... ex wife ni anak orka ke? Tgk kat fb dia mcm keje kan london gitu..
Quote haryatie 20-2-2019 12:05 PM
uitttt..istri cntik gitu pun curang
adoiiiiii...apa la lbih nya aweks kat luar tu..
elok la blah dr jntn x guna tu
Quote kucingitam 20-2-2019 12:15 PM
Nana_Man replied at 20-2-2019 11:01 AM
Ex wife cantik gitu pun nk curang? Pelik aku..

mana tau kot2 cantik tapi pemalas..rumah sepah, malas mandi bla..bla..time keluar je melawa..

hahah...abihla aku kena kecam lepas ni...


Quote Miss.Rara 20-2-2019 12:45 PM
yeke susah takda duit...

bergambor macam kat obersi...
Quote amyza 20-2-2019 12:57 PM
Akal lelaki...buat2 hilang ingatan, tak jumpa jalan balik rumah
Quote fifie_olin 20-2-2019 12:58 PM
biasanya klu wife dah cantik tp still cari betina lain
konpem playboya
smpi bila la nk berpoya2
Quote ch3ngkoy 20-2-2019 01:05 PM
insulin replied at 20-2-2019 11:28 AM
Sudah2lah pokcik. Berikan laluan kepada saya yang masih bujang ni.....

hahahah..nak try apply..sambung bayor...
Quote jazaa100 20-2-2019 01:10 PM
harap berita ni di masukkan dalam arkib CI....

nanti 30thn akan datang, kwn kwn anak dia nak selongkar...
jumpa dia duduk kat corridoor kedai mamak jual kopok....

jgn ingat dia engineer hari ni, selamanya akan engineer....
Quote Zumbajunkie 20-2-2019 01:51 PM
berpoya poya dgn perempuan simpanan kt langkawi.  Caya ah awek langkawi ada gak spesies Thailand/Indonesia yek.
Quote missinpiece 20-2-2019 01:55 PM
Wah drama
Quote insulin 20-2-2019 01:56 PM
ch3ngkoy replied at 20-2-2019 01:05 PM
hahahah..nak try apply..sambung bayor...

Haha.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073463 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top