Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Syifa Melvin dikatakan sedang hangat dilamun cinta dengan Fendy Bakry. Betul ke? Bukan ke Fendy dah ada kekasih?
Menjawab spekulasi ramai pihak dan tidak mahu ianya disalah anggap, Syifa memberitahu ia sekadar khabar angin sahaja.
"Saya tak dilamun cinta pun seperti apa yang ditulis. Saya berkawan biasa saja. Kami hanya bertegur sapa di Instagram saja. "Tidak tahu macam mana boleh timbul isu saya mesej sambil senyum. Itu semua bohong. "Kalau berjumpa pun di acara dan atas urusan kerja saja. Saya berasakan penjelasan ini perlu sebab tidak mahu peminat dia marah dan pasarannya terjejas," katanya kepada Harian Metro.
Syifa, 25, atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin sendri tahu Fendy dah ada kekasih dan mendoakan dia bahagia dengan kekasih hatinya. Malah Syifa yang juga merupakan adik kepada Syatilla Melvin masih solo lagi. Belum fikir soal cinta atau jodoh. Kalau boleh, saya nak memberi fokus kepada kerjaya lakonan dulu." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|