CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Debat Doula Dengan Prof.Dr Imelda Balchin Jumaat Ini Di TV Alhijrah

21-2-2019 11:25 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 52073| Komen: 445|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Susulan permintaan ramai, satu debat di antara Prof.Dr. Imelda Balchin, seorang profesor dan konsultan perbidanan dan sakit puan dari Universiti Malaya dengan Puan Hayati Muzaffar, seorang freelance doula bakal bersiaran di TV Alhijrah pada Jumaat ini.




Kredit foto: Facebook

Menyedari masih ramai golongan ibu yang lebih memilih doula sebagai pendamping ketika bersalin, maka topik perbincangan ini sememangnya tepat pada masanya. 


Kredit foto: Carian Google


Doula adalah pendamping ketika bersalin yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perbidanan tetapi bertanggungjawab membantu wanita sebelum, ketika dan selepas bersalin.  Walaupun terdapat risiko yang besar dan banyak kes kehilangan nyawa telah berlaku, namun perkhidmatan doula masih menjadi pilihan ramai wanita atas sebab fahaman peribadi, keagamaan mahupun keinginan untuk melahirkan secara natural. 


Kredit foto: Carian Google


Debat di antara Prof. Dr. Imelda dan Puan Hayati itu dijangka bersiaran pada Jumaat, 22 Februari , Jam  10 malam dan dihoskan oleh Syafinaz Yunus dengan tajuk Doula; Peneman Ibu atau Pengganti Doktor


Kredit foto: Facebook



Pengumuman debat itu mendapat sambutan hangat daripada netizen terutamanya golongan wanita. Dalam tempoh enam jam sahaja status Facebook ANALISIS bersama FINAZ YUNUS mendapat lebih 1k komen dan 7.8k perkongsian. Rata-rata ramai berpendapat forum ini perlu diperpanjangkan supaya kupasan kedua pihak lebih mendalam dan ilmu yang disampaikan dapat mendidik masyarakat.

Pastinya ramai tidak sabar untuk mendengar hujah-hujah dari kedua pihak. Kita nantikan Jumaat ini. - CARI 
6

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • edmorita79

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 21-2-2019 11:27 AM
Jawapan heshe selalunya..awak google jer..
Quote Nurul8001 21-2-2019 11:29 AM
famri7 replied at 21-2-2019 11:27 AM
Jawapan heshe selalunya..awak google jer..

Siapa yg suruh gugel jer tu?
Quote famri7 21-2-2019 11:31 AM
Nurul8001 replied at 21-2-2019 03:29 AM
Siapa yg suruh gugel jer tu?

Si hayati ni..kalau suruh explain benda2 .suruh google jer ..saya menari zumba jee nanti dia kena expose mcm huda last week.
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 11:33 AM
famri7 replied at 21-2-2019 11:31 AM
Si hayati ni..kalau suruh explain benda2 .suruh google jer ..saya menari zumba jee nanti dia kena  ...

Kalau mcm tu ada harapan kena terkam dgn Prof Imelda lah
Quote Nurul8001 21-2-2019 11:33 AM
famri7 replied at 21-2-2019 11:31 AM
Si hayati ni..kalau suruh explain benda2 .suruh google jer ..saya menari zumba jee nanti dia kena  ...

Bagus. Harap2 insafla ibu2 yg nak berdoula bila tengok Hayati ni terkulat kulat depan Dr Imelda
Quote gujiwa 21-2-2019 11:33 AM
good luck prof imelda..

hayati.. jangan salah sebut term or perkataan ye.. mcm arwah jadi mendiang..
hahahahahah
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 11:39 AM
Nur Amirah Fazira Zulkifli
8 February 2018 ·
Puan Masyitah Md Hassan yang terkenal dengan perniagaan Doula.. Mana tak terkenal, semua doktor di Malaysia terutama pakar Sakit Puan (OnG) menghentam beliau kerana penipuannya dalam bidang perbidanan dan hasutannya kepada pelanggan terhadap doktor & hospital.. Ditambah lagi dengan adanya kematian ibu dan bayi semasa dalam pantauan Doula..

Nak dikatakan cerita, maka saya stalked la fb beliau.. terasa geram akan apa yang beliau post di laman muka bukunya.. dan pelik kenapa yang komen di setiap post beliau adalah komen yang baik-baik sahaja.. lalu saya tinggalkan komen disitu..

1. Mengapa kalian (pelanggan) lagi percayakan Doula berbanding doktor yang bertauliah di hospital
2. Mengapa kalau hal agama anda boleh merujuk alim ulamak tapi hal perubatan (perbidanan) anda tidak merujuk doktor malah menghasut pelanggan anda untuk sama-sama membenci doktor dan hospital dengan momok-momok cerita palsu..

komen yang sangat mudah.. 2 hari jugak saya tertunggu apa responds dia dan pelanggan dia.. (selalu kejap je keyboard warriors respond).. dah bersedia kena bashed atau sebagainya sebab dah terbiasa.. tapi senyap begitu sahaja.. lalu tadi cuba buka kembali fb dia tapi sayang carian sudah tidak dijumpai.. Terbukti saya sudah di BLOCKED olehnya.. BLOCKED weyh.. tindakan yang sangat tak matang..

So.. No wonder la makin ramai yang percaya dengan beliau.. Semua yang cantik-cantik je kat post, yang buruk takde.. Mana yang cuba bagi kesedaran pada pelangganya terus di BLOCKED supaya tak kacau periuk nasi beliau.. Persoalannya sekarang halal ke perniagaan yang macam tu?? Anda sedar tak yang anda bermain dengan 2 nyawa.. tak takut ke?? 🙄🙄

Saya memang terbiasa untuk komen, memberi penerangan supaya rakyat Malaysia tidak tertipu since dengar talk dr Suhazeli Abdullah yang menyeru kita untuk sama-sama bagi penerangan tentang kes-kes sebegini..

Pun tak faham kenapa rakyat Malaysia mudah percaya dengan golongan yang sebegini.. Kelas prenatal, cara menyusu tu semua boleh dapat kat hospital FREE je.. nak doktor perempuan time beranak boleh request tapi kalau doktor perempuan tak menang tangan, mohon redha ya..

p/s : saya sertakan sekali komen suami beliau (2tahun lepas) yang pada asalnya memberitahu supaya merujuk pakar terlebih dahulu sebelum berurusan dengan Doula (homebirth).. tapi sekarang.. hmmm.
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 11:39 AM
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 11:41 AM
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 11:41 AM
Quote kucingitam 21-2-2019 11:52 AM
tak sabar nak tgk..
ada sorang kawan aku buat hb berdoulatkan si hayati..
Quote Rajawali 21-2-2019 12:06 PM
minta alhijrah buat debat pasal bumi bulat lawan bumi flat pulak..leh panggil sohai mereng jadi panel
Quote minahmanja 21-2-2019 12:09 PM

kalau dh ade bukti2 mcm ni, kjaan tk leh buat apa2 ke..? saman or anything.. sbb dh termasuk aktiviti mematikan ni...
Quote noradaniez 21-2-2019 12:10 PM
Nti suruh prof tu tanya kat dia, berapa ramai anak d.an ibu yg dah mati di tangan dia
Quote namieamuro 21-2-2019 12:12 PM
Edited by namieamuro at 21-2-2019 12:14 PM

mtk tanye soalan cepu emas ke yati tu..kes arwah AMY KARMILA...xde ke secebis penyesalan menyebabkan baby x sempat kenal sape ibu die..

knp die biarkan arwah bleeding for few hours smpi tgl nyawa ikan sblm ke hospital..plsssss tanye finaz
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 12:14 PM
minahmanja replied at 21-2-2019 12:09 PM
kalau dh ade bukti2 mcm ni, kjaan tk leh buat apa2 ke..? saman or anything.. sbb dh termasuk aktiv ...

Susah jugak kot nak saman or ambil tindakan

Sebab dah si ibu pun penganut fahaman doula jugak

Sukarela jadi kambing hitam macam tu
Quote namieamuro 21-2-2019 12:17 PM
kalau debat ni ade pulak pasangan tersangkak si zaki dgn masyitah..lagi bagus lagi hangat..laki bini tersangkak ni ptt ade skali jumaat ni..nk tgk tergagap ke atau lancar mcm dlm fesbuk tu
Quote Sang_Pencinta 21-2-2019 12:20 PM
namieamuro replied at 21-2-2019 12:17 PM
kalau debat ni ade pulak pasangan tersangkak si zaki dgn masyitah..lagi bagus lagi hangat..laki bini ...



Si Zaki tu asyiklah guna alasan tak nak bini mengangkang depan doc lelaki sebab tu support doula
Quote namieamuro 21-2-2019 12:24 PM
Sang_Pencinta replied at 21-2-2019 12:20 PM
Si Zaki tu asyiklah guna alasan tak nak bini mengangkang depan doc lelaki sebab tu support dou ...

zaki ni bkn takat ni je alasan utk gune dola doli..byk lg..mulot mcm '*"$+?*: ..eh geram la laki bini..dorg ni bnasib baik je msia xde lg akta nk dakwa dola doli kalau jd pape..dh ade kes mati dh pn..tp elok aman lg buat sebis dola doli


dh la kelas pn cecah 600-800 katenye..kkm anjurkan klass mak2 ngandung pn x smpi rm150 kot..taktau la rate latest brp..tp xde la semahal rate dola doli..

Lihat semua komen(445)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.083690 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top