Makanan yang dijeruk merupakan antara makanan yang mudah disediakan, tahan lama dan pastinya menambat selera sesiapa sahaja. Disebabkan kurangnya kemudahan elektrik pada masa dahulu, kaedah menjeruk makanan adalah kaedah popular untuk menyimpan makanan.
Namun begitu, kini terdapat pelbagai makanan yang dijeruk untuk membolehkan ia dinikmati di mana-mana sahaja pada bila-bila masa terutamanya bagi golongan perantau. Tidak kisah sama ada buah, daging, ikan atau sayur, jeruk yang dihasilkan tidak lagi terhad untuk hidangan di rumah bahkan ada yang menjadikannya sebagai barangan yang dijual secara runcit mahupun dalam talian. Jeruk buah yang terkenal terutamanya di Pulau Mutiara dengan jenama Pak Ali pastinya terbayang di minda saat membicarakan jeruk buah, tapi tahukah anda bahawa ada satu jeruk buah yang terkenal di Pulau Borneo, dan anda mungkin tak akan menjumpainya di tempat lain? Ya, jeruk buah yang dimaksudkan ialah jeruk buah bambangan. Sesiapa yang berkunjung ke Sabah terutamanya mungkin pernah terlihat jeruk ini yang dijual dalam bekas plastik dan sedia untuk dimakan dengan nasi.
Buah bambangan adalah buah yang bermusim, jadi jeruk bambangan adalah satu cara untuk membolehkan sesiapa menikmati buah ini walaupun bukan pada musimnya. Cara untuk membuatnya juga sangatlah mudah! Untuk menghasilkan jeruk bambangan, anda hanya perlu mengupas kulit buah yang tebal tersebut dengan cara menghiris bahagian pangkal buah dan seterusnya kulit tersebut ditarik sahaja tanpa perlu mengupas menggunakan pisau. Setelah kulit dikupas sepenuhnya, anda perlu memotong isi buah mengikut saiz yang dikehendaki. Buah ini juga mempunyai biji yang keras di bahagian tengah. Jangan buang biji tersebut kerana ia perlu dibelah dan diparut untuk dicampurkan bersama isi buah tadi. Setelah selesai, gaulkan semuanya dengan hirisan bawang merah, cili api dan garam. Biarkan lebih kurang setengah jam atau lebih lama lagi sebelum dimakan bersama nasi panas. Wah, kecur air liur! - CARI |
7
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sehirkedi replied at 23-2-2019 01:29 AM
Nampak sedap.. Kenapa kat belah sini takde.. Meleleh air liur ni...
dua_chzy replied at 24-2-2019 12:19 AM
Apa yang ngkorang boleh buat dengan buah bambangan? Ngkorang boleh buat:
1. Jeruk bambangan
abangadek replied at 24-2-2019 05:19 PM
rasa mcm mangga je
AyaqMeloSuam replied at 24-2-2019 05:12 PM
Serumpun sma buah binjai..
Bambangan (Mangifera pajang Kostermans)
Binjai (Mangifera. caesia Jack) ...
eimila replied at 24-2-2019 04:13 PM
Wahhh..banyaknya resipi akak Aiskrim bambangan tu pernah try dalam satu event usahawan MARDI ta ...
dua_chzy replied at 24-2-2019 09:17 PM
Karna bambangan ini versatile yah seropa buah tarap boleh dibuat hapa saja. Nanti aiol nak terai ...
ADVERTISEMENT